Puyehue-Cordón Caulle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Puyehue-Cordón Caulle

Puyehue dilihat daripada arah selatan Tasik Puyehue
Ketinggian 2,236 m (7,336 ka) (Puyehue)[1]
Tonjolan ~1,800 meter (5,906 ka)
Senarai Ultra
Lokasi
Lokasi Komun Lago Ranco, Río Bueno dan Puyehue, Chile
Banjaran Andes
Koordinat 40°35′25″S 72°07′02″B / 40.59028°S 72.11722°B / -40.59028; -72.11722Koordinat: 40°35′25″S 72°07′02″B / 40.59028°S 72.11722°B / -40.59028; -72.11722 (Puyehue)
Geologi
Jenis Gunung berapi kompleks
Lengkung/jaluran gunung berapi Zon Gunung Berapi Selatan
Letusan terakhir 2011[2]
Mendaki
Laluan termudah Entre Lagos – Fundo El Caulle – puncak Puyehue
Awan debu akibat letusan PCCVC pada Jun 2011

Puyehue (pron.: /pˈjw/, poo-YAY-way; Sebutan Sepanyol: [puˈʝewe]) dan Cordón Caulle (/kɔrˈdn ˈkj/, kor-DOHN-' KOW-yay) adalah gunung berapi utama yang bergabung membentuk massif gunung utama di Taman Negara Puyehue di Banjaran Gunung Andes Provinsi Ranco, Chile. Dalam vulkanologi kelompok ini dipanggil Puyehue-Cordón Caulle Volcanic Complex (PCCVC). Empat gunung berapi berbeza membentuk kompleks gunung berapi ini: kaldera Cordillera Nevada, gunung berapi Mencheca, lohong rekahan Cordón Caulle dan stratovolkano Puyehue.[3]

Kawasan Puyehue-Cordón Caulle merupakan salah satu tapak utama peninjauperiksaan untuk kuasa geoterma di Chile.[4][5] Aktiviti geoterma ketara di permukaan Puyehue dan Cordón Caulle dalam bentuk mata air didih, solfatara dan fumarol.[6]

Letusan 2011[sunting | sunting sumber]

Peningkatan kadar aktiviti di sini baru-baru ini menyebabkan amaran tahap 4 (tertinggi) dikeluarkan pada 3 Jun 2011.[7] Awal keesokan harinya, letusan bermula dengan awan debu mencapai ketinggian 10,000 meter (32,810 ka).[2]

Sekitar 3,500 penduduk dipindahkan dari kawasan sekitar,[8] sementara awan debu sampai ke bandar Bariloche di Argentina, memaksa penutupan lapangan terbang tempatan.[9] Selain itu Lapangan Terbang Neuquén serta dua lapangan terbang di Buenos Aires juga terpaksa ditutup buat sementara.[10][11]

Pada 9 Jun awan debu tiba pula ke Uruguay, memaksa beberapa penerbangan dibatalkan.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan magmaevolution tidak disediakan
  2. 2.0 2.1 "Servicio Nacional de Geología y Minería". http://www2.sernageomin.cl/ovdas/ovdas7/informativos2/Informes/Reportes/RegionXIV/REAV_N28_Los-Rios_04062011.pdf.  (Sepanyol)
  3. David C. Gerlach; Frederick A. Frey, Hugo Moreno-Roa, Leopoldo López-Escobar. Stasiuk1, S. J. Lane, C. R. Adam, M. D. Murphy, R. S. J. Sparks dan J. A. Naranjo (1988). "Recent Volcanism in the Puyehue-Cordon Caulle Region, Southern Andes, Chile (40.5° S): Petrogeneis of Evolved Lavas". Journal of Petrology (Oxford University Press) 58: 67–83. 
  4. Alfredo Lahsen, Present Status of Geothermal Exploration in Chile, [[]], 24–29 April 2005.
  5. Klaus Dorsch, Hydrogeologische Untersuchungen der Geothermalfelder von Puyehue und Cordón Caulle, Chile., [[]], 2003.
  6. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan gtep tidak disediakan
  7. "Reporte Especial de Actividad Volcánica No 26 Región de Los Ríos Complejo Volcánico Puyehue – Cordón Caulle 03 de junio de 2011". http://www2.sernageomin.cl/ovdas/ovdas7/informativos2/Informes/Reportes/RegionXIV/REAV_N26_Los-Rios_03062011.pdf.  (Sepanyol)
  8. Volcán Puyehue: Gobierno evacua a 3.500 personas La Nacion, 4 Jun 2011 (Sepanyol)
  9. Bariloche entró en alerta roja por las cenizas del volcán chileno Puyehue MDZ online, 4 Jun 2011 (Sepanyol)
  10. "Volcanic Ash from Puyehue Halts Argentina’s Air Traffic Again Today". International Business Times. http://www.ibtimes.com/articles/160305/20110609/chile-volcano-puyehue-volcanic-ash-cloud-argentina-argentina-flights-lan-volcanologist-aerolineas-ar.htm. Capaian 9 Jun 2011. 
  11. "Puyehue's volcanic ash cloud grounds flights out of Argentine capital". CNN. http://news.blogs.cnn.com/2011/06/09/puyehues-volcanic-ash-cloud-grounds-flights-out-of-argentine-capital/. Capaian 9 Jun 2011. 
  12. "Nube de cenizas del cordón Caulle alcanza Uruguay y obliga a cancelar vuelos", Emol.