Raihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Raihan

Raihan semasa masih disertai Nazrey Johani
Latar belakang
Genre Nasyid
Tahun aktif 1996 - Kini
Label Warner Music (M)
Kegiatan berkait
NowSeeHeart
Ustaz Amaluddin
S.M. Salim
Yusof Islam
Miloud Zenasni
Mecca2Medina
Seven8Six
Laman web http://www.raihan.com.my
Ahli
Che Amran Idris
Abu Bakar Md Yatim
Amran Ibrahim
Zulfadli Mustafa
Bekas ahli
Nazrey Johani
Nordin Jaafar

RAIHAN adalah sebuah kumpulan nasyid yang berasal dari Malaysia yang membawa erti haruman dari syurga. Kumpulan ini ditubuhkan bersama oleh Farihin Abdul Fattah pada 1996. Anggota asal kumpulan ini adalah Azahari Ahmad (Allahyarham), Nazrey Johani, Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim. Kemunculan Raihan pada penghujung 90-an telah menggegarkan Malaysia dan bermulalah industri nasyid secara komersial. Lagu-lagu seperti Puji-Pujian, Iman Mutiara dan Syukur telah membawa Raihan ke mercu populariti dan mencatatkan rekod penjualan album tertinggi di Malaysia.

Susulan dengan itu, Raihan terkenal hingga ke seluruh pelusuk dunia dengan irama yang segar sehingga muzik mereka menjadi asas rujukan nasyid kontemporari dunia. Saban tahun, pasti Raihan menjelajah ke merata dunia seperti Eropah, Timur Tengah, China, Indonesia dan Australia. Tidak hairanlah dalam album Syukur pada 1998, pendakwah terkenal Yusuf Islam (dahulunya Cat Steven) berduet untuk lagu Rakan Selawat: The Seal of The Prophet dan God Is The Light.

Selepas kelahiran album Syukur, Amran Ibrahim telah mengundurkan diri buat sementara waktu kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. Album Senyum menyusul pada 1999 hanya membariskan empat personal Raihan. Album ini mengadunkan element asal nasyid bersama muzik Nusantara seperti gamelan, ryhtm gendang dan angklung menjadikan muzik Raihan lebih diyakini melalui eksplorasi penerbit Farihin Abdul Fatah. Tidak hairanlah, kesemua album Raihan telah menggondol Anugerah Industri Muzik Malaysia. Kesinambungan ini diteruskan untuk album sempena Ramadan dan Syawal pada 1999; maka lahirkan album istimewa Maafkan diterajui Raihan di samping NowSeeHeart, Man Bai, Ajai, Rem dan Amir.

Filem dakwah Syukur 21 pada tahun 2000 lakonan Raihan menjadi titik tolak kehangatan medium nasyid kontemporari untuk terus berkembang menjadi satu industri yang bertapak kukuh. Berlatarbelakangkan tahun 2021, Raihan mempunyai sebuah pusat sains Raudah memasyhurkan budaya Islamisasi sains yang berteknologi tinggi. Lagu keinsafan berjudul I'tiraf duet bersama Yasin (bekas anggota nasyid Brothers) diangkat menjadi tema filem ini.

Dalam seminggu sebelum album Demi Masa dilancarkan, peristawa yang amat sedih berlaku pada 29 September 2001, Azahari Ahmad telah meninggal dunia pada hari kelahirannya. Raihan bagaikan kehilangan peneraju semangat utama. Tinggallah Raihan dengan tiga ahli - Che Amran Idris yang menggalas sebagai ketua, Nazrey Johani dan Abu Bakar Mohd Yatim. Pada 2003, sebagai langkah untuk memantapkan kembali ahli Raihan untuk album seterusnya Gema Alam, Amran Ibrahim kembali ke pangkuan Raihan untuk meneruskan perjuangan bekas peneraju utama yakni Allayarham Azahari Ahmad. Album Allahu (2004), Raihan mencetuskan kolabrasi hangat apabila bergabung dengan Awie (Wings) untuk lagu Dari Tuhan, S. Jibeng - Takwa & Iman dan Muhammad Al-Husayyan (penyanyi nasyid popular Timur Tengah) untuk lagu 'Araftuka.

Setelah 10 tahun berkecimpung di dalam pahit dan manis di dalam industri nasyid, lahirlah album Koleksi 10 Tahun membariskan lagu-lagu daripada filem animasi Muhammad Utusan Terakhir dan lagu-lagu malar segar Raihan beserta 2 lagu bonus rakaman terbaru Bacalah dan Assalamu'alaikum. Raihan terus berkelana ke merata selusuk dunia, mereka bersetuju merakam lagu hip hop bersama kumpulan rap Islam bernama Mecca2Medina di dalam album Ameen yang diterbitkan pada tahun 2005.

Sudah menjadi diari tahunan mereka, Raihan terus berkelana di seluruh dunia untuk membawa mesej keharmonian dan dakwah Islam. Album Tawakkal (2006) menjadi titik peralihan vokalis utama - Nazrey Johani telah meninggalkan kumpulan Raihan untuk bergerak di dalam bidang dakwah di negeri kelahirannya Sabah, bermotivasi dan bernasyid secara bersendirian. Penggantinya Nordin Jaafar bekas ahli kumpulan AlarmMe menyumbangkan suara solonya yang lunak untuk separuh daripada album ini. Belum pun sampai setahun, Nordin Jaafar mengumumkan pengundurannya daripada Raihan.

Walaubagaimana pun, Raihan tetap harum dan terus merentasi sempadan benua sehinggakan sudah dua kali mereka muncul dewan bersejarah yang berprestij di dunia yakni Royal Albert Hall, England tanpa Nazrey Johani[1] mahupun Nordin Jaafar. Di dewan terkenal inilah, keempat-empat anak muda beserta seorang ahli barunya Zulfadli Mustafa melancarkan sebuah album pertama mereka selepas meninggalkan Warner Music (M) Sdn. Bhd. berjudul Selawat: Praises For The Prophet pada 2008 yang berkonsepkan Selawatheraphy dengan alunan suara harmoni menusuk jiwa rangkaian selawat-selawat popular seluruh dunia tanpa apa jua alatan muzik.

Oleh: Ahmad Busyairi-.[2]

Anugerah & Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan Tewas Kepada
1998 (AIM 5) Artis Baru Terbaik (Berkumpulan) Menang
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Puji-Pujian Dicalonkan Innuendo - Innuendo
Album Nasyid Terbaik Menang
Lagu Terbaik Iman Mutiara Dicalonkan Innuendo - Selamanya
Puji-Pujian Dicalonkan
Album Terbaik Menang
Anugerah Kembara Menang
1999 (AIM 6) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Syukur Menang
Rakaman Album Terbaik Dicalonkan KRU - The Way We Jam
Album Nasyid Terbaik Menang
Album Terbaik Dicalonkan Siti Nurhaliza - Adiwarna
2000 (AIM 7) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Senyum Menang
Rakaman Album Terbaik Dicalonkan Ella - EL
Album Nasyid Terbaik Menang
Lagu Terbaik Bismillah Dicalonkan Sheila Majid - Ku Mohon
Album Terbaik Dicalonkan Noraniza Idris & Siti Nurhaliza - Seri Balas
2001 (AIM 8) Anugerah Kembara Menang
2002 (AIM 9) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Demi Masa Menang
Kulit Album Terbaik Dicalonkan M. Nasir - Phoenix Bangkit
Album Nasyid Terbaik Dicalonkan Rabbani - Intifada
2004 (AIM 11) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Gema Alam Menang
Kulit Album Terbaik Dicalonkan Pete Teo - Rustic Living of Urbanites
Album Nasyid Terbaik Menang
Album Terbaik Dicalonkan Siti Nurhaliza - E.M.A.S
2005 (AIM 12) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Allahu Menang
Album Nasyid Terbaik Menang
Album Terbaik Dicalonkan Spider - Nazraku
2006 (AIM 13) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Ameen Dicalonkan V.E - For You
Album Nasyid Terbaik Menang
Album Terbaik Dicalonkan Jaclyn Victor - Gemilang
Anugerah Kembara Menang
2007 (AIM 14) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Album Tawakkal Menang
Album Nasyid Terbaik Dicalonkan Ahmadi Hassan - Bahagia Berkasih
2009 (AIM 16) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu Assubhu Bada Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
1997/1998 Penyanyi Berkumpulan Popular Menang
1998/1999 Penyanyi Nasyid Popular Menang
2000 Penyanyi Nasyid Popular Menang
2002 Penyanyi Nasyid Popular Dicalonkan
2003 Penyanyi Nasyid Popular Dicalonkan
2004 Penyanyi Nasyid Popular Dicalonkan
2005 Penyanyi Nasyid Popular Dicalonkan
2006 Penyanyi Nasyid Popular Dicalonkan
2007 Penyanyi Nasyid Popular Dicalonkan
2008 Penyanyi / Artis Nasyid Popular Dicalonkan
2009 Penyanyi Nasyid Popular Dicalonkan
2010 Penyanyi Nasyid Popular Dicalonkan
  • Jualan album terbaik Malaysia (PUJI-PUJIAN – 1.5 juta unit). dan terjumlah 3.5 juta unit sehingga sekarang;
  • released two compilation albums entitled “KOLEKSI NASYID TERBAIK” (2001) and “BACALAH” (2005, tenth anniversary release);
  • starred in Malaysia 's first movie with a totally Islamic theme, SYUKUR 21;
  • won many local industry music awards for a variety of achievements including Best Album, Best Vocals, Album Of The Year and Most Travelled Artistes, travelled all six continents;
  • accorded the Malaysian Book Of Records' Fastest Selling Album (Jan 1997)
  • awarded the Mahabbah award in Dubai (2006)
  • defined the Contemporary Nasyeed music genre, becoming the trendsetters and inspiring many local and international nasyeed acts
  • being the preferred benchmark for nasyeed repertoire and performances
  • appointed Peace Ambassadors representing Malaysia by the Prime Minister Department (2006);
  • launching the annual RAIHAN World Tours (2006) and most significant of all (but seldom mentioned) - inspiring millions of lives to constantly become better Muslims.
  • Termasuk daripada 50 wajah-wajah Malaysia tahun 2008.
Kulit album kompilasi termasuk Raihan.

Album-Album Raihan[sunting | sunting sumber]

  • 01. Puji-Pujian
  • 02. Syukur
  • 03. Senyum
  • 04. Maafkan [bersama NowSeeHeart, Ajai, Rem, Amir dan Man Bai]
  • 05. Koleksi Nasyid Terbaik
  • 06. Syukur 21 [album runut bunyi filem Syukur 21]
  • 07. Demi Masa
  • 08. Gema Alam
  • 09. Brotherhood [pasaran antarabangsa]
  • 10. Allahu
  • 11. Ameen
  • 12. Iqra' ( Bacalah )
  • 13. Tawakal
  • 14. Praises For The Prophet
  • 15. Musafir Perjuangan

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • 25 Rasul
  • Balada Selawat
  • Damba CintaMu
  • Al-Hijrah
  • Khabar Iman
  • Kita Hamba
  • Odei Anak
  • Rakan Selawat
  • Rukun Kita
  • Syukur(Acapella)
  • Syukur
  • Thank You Allah
  • Haji Menuju Allah
  • I'tiraf
  • 10 Malaikat
  • Anak Permata
  • Bersatu
  • Bismillah (Acapella)
  • Bismillah
  • Cahaya Selawat
  • Cinta Hakiki
  • Nabi Anak Yatim
  • Senyum
  • Tak Selamanya
  • Ya Rasulullah
  • Iman Mutiara
  • Puji - Pujian
  • Allahu
  • Sesungguhnya

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]