Reloaded

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Reloaded (atau lebih dikenali sebagai RELOADED dan RLD) adalah sebuah kumpulan cetak rompak ditubuhkan pada bulan Jun 2004 dari bekas ahli DEViANCE.[1] Mereka mengedar dan cracked Spore 4 hari [2] dan The Sims 3 beta version 15 hari sebelum tarikh pengeluaran yang dijangkakan. Pada Februari 29, 2008, Reloaded mengedarkan versi crack untuk permainan video Assassin's Creed, sebulan sebelum tarikh yang dijangkakan iaitu pada March 28. Bagaimanapun, hasil keluaran ini telah nuked untuk tidak menjadi versi akhir serta mempunyai banyak masalah. Versi yang kedua yang lebih baik dari versi pertama diedarkan oleh mereka sebulan selepas itu.

Jangka Masa[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Mei, 2006, Reloaded telah mengedarkan permainan yang dilindungi oleh perisian StarForce iaitu Tom Clancy's Splinter Cell: Chaos Theory. Versi crack ini sudah tersedia 424 hari sebelum tarikh yang dijangkakan.[3]

Pada 27 Februari, 2010, Reloaded telah mengedarkan Battlefield: Bad Company 2 tiga hari sebelum tarikh pengeluaran yang rasmi, tetapi ramai penggemar permainan video melaporkan versi ini mempunyai masalah di bahagian kawalan.[4]

Pada 23 Jun, 2010, Reloaded telah mengedarkan Singularity 6 hari sebelum tarikh rasmi pengeluaran.

Ubisoft menggunakan cracked exe daripada Reloaded untuk permainan video komputer berjudul Tom Clancy's Rainbow Six: Vegas 2 selepas patch rasmi yang dikeluarkan oleh mereka mempunyai masalah.[5][6]

Pada 24 Oktober, 2011, Reloaded telah mengedarkan Battlefield 3 empat hari sebelum tarikh rasmi pengeluaran.

Pada 8 November, 2011, Reloaded telah mengedarkan Modern Warfare 3 pada hari tarikh pengeluaran rasminya.

Pada 5 Mac, 2012, Reloaded telah mengedarkan versi crack untuk permainan video Mass Effect 3 sehari sebelum tarikh rasmi pengeluaran.[7] An uncracked version was already available on February 14.

Pada 1 Jun ,2012, Reloaded telah mengedarkan versi crack untuk permainan video Max Payne 3.

Pada 27 Julai ,2012, kumpulan ini telah mengedarkan Brave pada hari pengeluaran rasmi permainan video itu, tetapi dikategorikan nuked disebabkan mempunyai sedikit kekurangan pada crack tersebut.

Pada 21 September , 2012, Reloaded mengedarkan permainan video berjudul Torchlight II.

Pada 8 Oct, 2012, RELOADED mengedarkan FIFA 2013, 11 hari selepas permainan ini dikeluarkan di UK. Perisian keselamatan yang digunakan oleh syarikat EA sangat sukar untuk dipecahkan, dan RELOADED menjadi satu-satunya kumpulan di dalam warez yang berjaya membolos perisian keselamatan itu.


References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "History of RELOADED". Defacto2.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-01. Dicapai pada 2011-11-06.
  2. ^ Daniel (2008-11-03). "Spore cracked before its street date".
  3. ^ Todd Ciolek (2009-06-16). "Interview: The Return Of... StarForce?". Gamasutra. Everybody remembers Ubisoft's Splinter Cell: Chaos Theory. It held for 422 days without a piracy crack. This world record for AAA-class games is still unbeaten and no other solutions managed to make a game last longer.
  4. ^ "Battlefield Bad Company 2 Mouse and Keyboard Control Issues Only For Pirates?". FILEnetworks. 2010-02-27.
  5. ^ Ben Kuchera (2008-07-21). "Ubisoft DRM snafu reminds us what's wrong with PC gaming".
  6. ^ Jones, Ben (2008-07-18). "Ubisoft Steals 'No-CD Crack' to Fix Rainbox 6: Vegas 2". TorrentFreak.
  7. ^ "mass effect 3 xbox 360 and pc versions pirated ahead of tomorrow's release". Gamezone. Dicapai pada 8 March 2012.