Retno Marsudi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Retno Marsudi
Menteri Luar Negeri Indonesia ke-17
Memegang jawatan
27 Oktober 2014
PresidenJoko Widodo
Wakil (Naib) MenteriAbdurrahman M. Fachir
Didahului olehMarty Natalegawa
Butiran peribadi
Lahir27 November 1962
 Indonesia Semarang, Indonesia
Kerakyatan Indonesia
PasanganAgus Marsudi
Anak-anakDyota Marsudi
Bagas Marsudi
Alma materUniversitas Gadjah Mada
Haagse Hogeschool
ProfesionDiplomat

Retno Lestari Priansari Marsudi (lahir di Semarang, Jawa Tengah, 27 November 1962; umur 61 tahun[1]) adalah Menteri Luar Negeri perempuan pertama[2] Indonesia yang berkhidmat sejak 27 Oktober 2014 di bawah kabinet kerja Presiden Joko Widodo. Sebelum ini, beliau menjawat sebagai duta besar Indonesia kepada Belanda di Den Haag.

Masa kecil dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Retno lahir di Semarang, Jawa Tengah pada 27 November 1962. Beliau menempuh pendidikan menengah atasnya di SMA Negeri 3 Semarang sebelum akhirnya mendapatkan lulusan S1nya di Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta pada tahun 1985.[3] Beliau kemudiannya memperoleh lulusan S2 dalam bidang pengajian Undang-undang Kesatuan Eropah di Haagse Hogeschool, Belanda.[4]

Karier[sunting | sunting sumber]

Setelah beliau berjaya lulus pengajiannya, beliau bekerja dalam Kementerian Luar Negeri Indonesia. Dari tahun 1997 hingga 2001, Retno menjawat sebagai setiausaha utama bidang ekonomi di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Den Haag, Belanda.[5] Pada tahun 2001, beliau dilantik sebagai Pengarah Eropah dan Amerika.[3] Retno dipromosikan menjadi Pengarah Hubungan luar Eropah Barat pada tahun 2003.[5] Pada tahun 2005, beliau dilantik sebagai Duta Besar Indonesia untuk Norway dan Islandia.[6] Selama masa tugasnya ini, beliau memperoleh anugerah Den Kongelige Norske Fortjenstorden ("Darjah Merit Diraja Norway") dari Raja Norway pada Disember 2011, menjadikannya orang Indonesia pertama yang memperoleh penghargaan tersebut.[2] Selain itu, beliau juga sempat mendalami pengajian hak asasi manusia di Universitas Oslo.[4] Sebelum masa baktinya selesai, Retno dihantarkan kembali ke Jakarta untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Jeneral Eropah dan Amerika yang bertanggungjawab mengawasi hubungan Indonesia dengan 82 negara di Eropah dan Amerika.[7] Retno kemudian dilantik sebagai Duta Besar Indonesia untuk Kerajaan Belanda pada tahun 2012.[3] Beliau juga pernah memimpin berbagai-bagai rundingan multilateral dan konsultasi dua hala dengan Kesatuan Eropah, ASEM (Asia-Europe Meeting) dan FEALAC (Forum for East Asia-Latin America Cooperation).[3]

Pada 2017, Retno mendapat anugerah atas jasanya sebagai seorang agen perubahan dalam bidang kesetaraan jantina dan pemberdayaan wanita. Penghargaan tersebut diberikan oleh UN Women, lembaga PBB yang bertugas memajukan kesetaraan jantina dan pemberdayaan perempuan, dan Partnership Global Forum (PGF) iaitu sebuah lembaga bukan untung yang bertujuan memajukan kemitraan inovatif bagi pembangunan. Penghargaan ini diserahkan oleh Pembantu Setiausaha Jeneral PBB yang juga selaku Naib Pengarah Wanita PBB Lakhsmi Puri pada acara jamuan makan siang di sela pelaksanaan Sidang Perhimpunan Agung PBB ke-72 di ibupejabat badan tersebut, kota New York.[8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Retno menikah dengan Agus Marsudi, seorang arsitek; perkahwinan mereka dikaruniai dua orang anak iaitu Dyota Marsudi dan Bagas Marsudi.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Profil Singkat Menteri Luar Negeri Retno Marsudi
  2. ^ a b "Retno Marsudi, Menlu Perempuan Pertama Indonesia". Bisnis.com. 26 Oktober 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-11. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
  3. ^ a b c d "Dubes Retno siap kelola hubungan Indonesia-Belanda". Antara. 14 Januari 2012. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
  4. ^ a b c "Mengenal Retno Marsudi, menlu perempuan pertama Indonesia". Merdeka.com. 26 Oktober 2014. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
  5. ^ a b "Menlu Retno Marsudi Sudah Siapkan Program Kerja". Kompas. 26 Oktober 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-20. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
  6. ^ Retno Marsudi named foreign affairs minister "Retno Marsudi named foreign affairs minister" Check |url= value (bantuan). Antara. 26 Oktober 2014. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
  7. ^ "Retno tunggu arahan presiden soal tiga KTT". Antara. 26 Oktober 2014. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
  8. ^ Aji, Wahyu. "Bersama Empat Tokoh Perempuan Dunia, Menteri Luar Negeri RI Diakui Sebagai Agen Perubahan oleh PBB | Good News from Indonesia". Good News From Indonesia. Dicapai pada 2017-09-22.