Rokok
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.
[sunting] Penggunaan
Kira-kira 5.5 trilion rokok dihasilkan secara global pada setiap tahun dan dihisap oleh lebih 1.1 bilion penduduk atau lebih besar daripada satu per enam bagi penduduk dunia. Manakala kadar-kadar merokok telah mendatar atau menurun di negara-negara maju, mereka terus naik di bahagian yang sedang membangun dalam dunia. Kadar merokok di Amerika Syarikat telah jatuh separuh dari 1965 hingga 2006 jatuh daripada 42% ke 20.8% untuk orang dewasa. [1] Dalam pembangunan dunia, penggunaan tembakau sedang meningkat 3.4% pada setiap tahun.[2]
| Peratus merokok | ||
|---|---|---|
| Kawasan | Lelaki | Wanita |
| Afrika | 29 | 4 |
| Amerika Syarikat | 35 | 22 |
| Eastern Mediterranean | 35 | 4 |
| Eropah | 46 | 26 |
| Asia Tenggara | 44 | 4 |
| Western Pacific | 60 | 8 |
Source: World Health Organization anggaran, 2000
| Negara | Populasi (juta) |
Penggunaan rokok (bilion) |
Penggunaan rokok (per kapita) |
|---|---|---|---|
| China | 1248 | 1643 | 1320 |
| Amerika Syarikat | 270 | 451 | 1670 |
| Jepun | 126 | 328 | 2600 |
| Rusia | 146 | 258 | 1760 |
| Indonesia | 200 | 215 | 1070 |
[sunting] Rujukan
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanautogenerated1tidak disediakan - ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanautogenerated2tidak disediakan - ↑ Cigarette numbers from WHO[1], population from: China: China Population Information and Research Center (estimate?)[2], USA: US Census estimate[3], Japan: National Statistics Center intercensal estimate[4], Russia: Population Reference Bureau[5], Indonesia: average of 1995 and 2000 figures from Statistics Indonesia[6], all accessed on 2 August 2008. Per capita consumption given to 3 significant figures.
[sunting] Pautan luar
- Smoking Calculator - Mengira dan meramal jangka hayat perokok dan jumlah wang dikeluarkan untuk membeli rokok.

