Rooikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rooikat
Rooikat-rear.jpg
Rooikat 105 - belakang
Jenis Armoured fighting vehicle
Asal Bendera Afrika Selatan Afrika Selatan
Sejarah pengeluaran
Tarikh cipta 1976
Tarikh pengeluaran 1983 - kini
Spesifikasi
Berat 28 t
Panjang 7.1 m (23.29 kaki)
8.2 m (26.9) dengan meriam ke depan
Lebar 2.9 m (9.51 kaki)
Tinggi 2.6 m (9.19 kaki) bumbung turet
Krew 4

Senjata
utama
1 x meriam berpilin Denel GT4 76mm kaliber-62, menembak peluru APFSDS
Halaju muncung: > 1600 m/s.[1][2]
Senjata
kedua
2 x mesingan MG4 7.62 mm; 8 x pelancar bom asap 81 mm[2]
Enjin enjin diesel 10 silinder penyejukkan air
414 KW (563 HP)
Kuasa/berat 14.89kW/t
Sistem
ampaian
Pacuan beroda 8×8, lengan mengekor aktif bebas sepenuhnya
Jarak
operasi
1000 km (621 batu)
Kelajuan Jalan 120 km/j (75 bsj)
Jalan desa 50 km/j (31 bsj)

Rooikat (bahasa Afrika untuk 'Caracal') adalah sebuah kenderaan tempur berperisai beroda yang dibina di Afrika Selatan untuk Tentera Darat Afrika Selatan. Ia telah direka untuk melaksanakan operasi pengawasan tempur dan cari dan musnah. Peranan keduanya termasuk sokongan tempur, operasi-operasi anti-perisai dan anti-gerila. Rooikat digunakan untuk misi-misi penyusupan dalam melepasi sempadan, dan rekabentuk beroda diperlukan untuk kelajuan dan mengatasi persekitaran pada pasir yang mungkin melambatkan kereta kebal dan kenderaan berunut.

Sejarah pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Rooikat telah direka bagi mengantikan Eland dan agak lewat bagi menyertai perang di Angola. Ia direbentuk bagi menggabungkan pengajaran daripada pertempuran di semak-samun.[perlu rujukan] Ia pernah diubah menjadi kenderaan konvensional penunjuk teknologi elektrik (CVED) dan dipamerkan di AAD2006, yang mana telah diadakan di Cape Town pada bulan September, 1996. Projek CVED melibatkan LMT, HIT, IAD, Nezrotek, Hotchinson (Perancis), Kessler Magnet Motor (Jerman) dan MTU (Jerman). Majalah VEG melaporkan pada tahun 2006, kenderaan ini telah dipasang dengan sistem kawalan bekalan kuasa yang menjana lapan hub roda unit-unit elektrik M67/0 dan sebuah kotak giar pneumatik 2-fasa.

Keupayaan[sunting | sunting sumber]

  • Boleh memanjat tangga tangga menegak setinggi 1 meter.
  • Boleh menyeberang parit selebar 2 meter dengan merangkak 1m @ 60km/j. Boleh mengharung air sedalam 1.5 m.
  • Boleh memanjat cerun 70 darjah.
  • Boleh melepasi kecerunan 30 darjah.

Kelainan[sunting | sunting sumber]

  • Rooikat 76
  • Rooikat 105: meriam anti kereta kebal GT7 105 mmn

Pengguna[sunting | sunting sumber]

 Afrika Selatan: Pasukan Pertahanan Kebangsaan Afrika Selatan.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]