Roslan Madun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Roslan Madun
Kelahiran (1952-07-20) 20 Julai 1952 (umur 71)
Kampung Durian Tawar, Mengkarak, Triang, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1972–kini
Laman sesawang
roslanmadun.com

Roslan bin Madun (lahir 20 Julai 1952) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan mempersembahkan lagu-lagu rakyat dan mendapat kejayaan komersial menerusi lagu "Lemak Manis".[1][2][3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Roslan Madun dilahirkan pada 20 Julai 1952 di Kampung Durian Tawar, Mengkarak, Triang, Pahang dan mendapat pendidikan menengah di Raub.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Roslan memulakan kerjayanya dalam bidang muzik dengan menyelidik dan mempopularkan lagu rakyat. Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1982 dan memperjuangkan lagu-lagu rakyat, dengan mengadakan persembahan dalam majlis sastera dan majlis rasmi kerajaan di seluruh negara.[4]

Lagu "Lemak Manis" nyanyiannya digunakan di sekolah-sekolah dan kem-kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Lagu ini juga sering dinyanyikan di majlis keramaian dalam berbagai bentuk, seperti koir dan nyanyian berkumpulan. Lagu "Seloka Pak Kaduk" nyanyian beliau pula menduduki carta Hit THR Gegar selama hampir setahun, iaitu pada tahun 2009.[4]

Pada tahun 2000, Roslan pulang ke Temerloh dan menubuhkan Anggun Performing Arts, yang telah menjalankan kegiatan kecil dan besar setiap bulan termasuk bengkel-bengkel sastera, teater dan lain-lain. Beliau juga aktif memberi bimbingan lagu rakyat dan puisi tradisional di sekolah, maktab dan universiti dan turut diundang menjadi juri dalam pertandingan kesenian tradisional.[4]

Penglibatan beliau dalam bidang sastera melayakkan Roslan menerima Anugerah Sastera Utusan/ExxoMobil bagi kategori puisi pada tahun 2006. Beliau terlibat dalam industri perfileman pada tahun 1986, dengan menggalas tugasnya sebagai pengarah seni untuk filem Riang Tirana, sejak itu beliau terus menulis skrip, berlakon, mengarah drama dan teater.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohammad Al Faizal Abdul Karim (4 Jun 2023). "Tuah Lemak Manis Roslan Madun". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Disember 2023.
  2. ^ Hizam Jaafar (24 November 2023). "'Lagu Lemak Manis Kembali Popular Selepas 40 Tahun' – Roslan Madun Ucap Terima Kasih Buat Orang Ramai". The Vocket. Dicapai pada 29 Disember 2023.
  3. ^ "Roslan Madun terharu Lemak Manis tular". Kosmo!. 26 November 2023. Dicapai pada 31 Disember 2023.
  4. ^ a b c d e "Roslan bin Madun". Pemetaan Budaya. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Dicapai pada 29 Disember 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]