Rosnah Jasni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rosnah binti Jasni
Roseyatimah.jpg
Rosnah Jasni, atau lebih dikenali sebagai Roseyatimah
Kelahiran Rosnah binti Jasni
17 November 1943
Singapura Singapura
Meninggal dunia 14 Disember 1987 (umur 44)
Nama lain Roseyatimah
Pasangan Datuk Mustapha Maarof (k. 1967)
Anak Azlynna
Mohammed Khairuddin
Mohamad Rezainuddin

Allahyarhamah Rosnah Jasni atau lebih dikenali sebagai seniwati Roseyatimah merupakan salah seorang pelakon filem etnik Melayu yang terkenal. Roseyatimah dilahirkan pada 17 November 1943, (Roseyatimah adalah gabungan nama Rose dan Yatimah iaitu nama ibunya seniwati Neng Yatimah oleh P. Ramlee) dikenali oleh jutaan rakyat Malaysia melalui filem-filem lakonannya sebagai seorang seniwati yang cantik, lemah lembut dan berbakat besar.

Penglibatan dan kerjaya seni[sunting | sunting sumber]

Pembabitannya dalam dunia seni bermula dengan kejayaan dalam satu ujibakat yang diadakan oleh P. Ramlee untuk filem Pendekar Bujang Lapok termasuk Aziz Sattar yang turut bertindak sebagai salah seorang penilai bakat. Beliau adalah salah seorang dari 10 peserta yang dipilih.

Selepas menjayakan filem komedi arahan dan lakonan P Ramlee bersama Aziz dan S. Shamsudin, kerjaya Roseyatimah terus melambung dan beliau terus tidak menoleh ke belakang untuk bergelar anak wayang. Bakat lakonannya di Cathay Keris menerusi beberapa filem lain seperti Tunang Tok Dukun, Seri Mersing, Rumah Itu Duniaku, Jula Juli Bintang Tujuh, Lanchang Kuning, Cucu Datuk Merah, Muda Mudi semakin menyerlahkan lagi namanya.

Namun selepas berlakon dalam filem Anak Bapak yang diarahkan P. Ramlee pada 1965 di Studio Merdeka, Roseyatimah mengucapkan selamat tinggal kepada bidang lakonan dengan alasan untuk memberikan tumpuan kepada rumah tangga selepas bergelar isteri dengan suami yang dikenalinya semenjak sejak sekitar tahun 1950-an lagi iaitu seniman Datuk Mustapha Maarof sewaktu mempelajari seni silat di Boon Teck Road, Singapura bersama guru silat bernama Pak Awang, yang juga merupakan rakan baik kepada Pak Jasni (bapa kepada Roseyatimah). Dari situlah Mustapha mengenali Roseyatimah sehinggalah mereka sama-sama berpindah ke Cathay Keris. Pada 1960, Datuk Mustafa Maarof kemudian berpindah ke Studio Merdeka di Kuala Lumpur manakala Roseyatimah pula masih lagi di Cathay Keris. Selepas itu, barulah beliau digandingkan bersama suaminya di dalam filem Seri Mersing arahan Salleh Ghani. Filem Udang Di Sebalik Batu adalah filem terakhir lakonan beliau bersama suaminya dan kemudian disusuli dengan perkahwinan mereka pada 1967.

Detik-detik akhir[sunting | sunting sumber]

Selepas 10 hari menjalani radioterapi di hospital, Roseyatimah meminta sangat-sangat supaya beliau dibawa pulang ke rumah. Beliau dibawa pulang bersama seorang jururawat dan tangki oksigen. Roseyatimah dibawa kembali dari hospital tiga hari sebelum beliau meninggal dunia, selang tujuh bulan selepas bapanya meninggal.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Roseyatimah menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 1987 di rumahnya di Subang Jaya, Selangor akibat penyakit barah payudara ketika berusia 44 tahun, meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu Azlynna, Mohammed Khairuddin (meninggal dunia pada usia empat tahun) dan Mohamad Rezainuddin.[1][2]

Filem[sunting | sunting sumber]

  1. Lanchang Kuning
  2. Seri Mersing
  3. Jula Juli Bintang Tujuh
  4. Rumah Itu Duniaku
  5. Tunang Tok Dukun
  6. Rumah Itu Duniaku
  7. Cucu Datuk Merah
  8. Badang
  9. Muda Mudi
  10. Pendekar Bujang Lapok
  11. Anak Bapak

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Wahida Asrani (10 November 2006). "Roseyatimah: Hilang di mata, tidak di hati". mStar Online. Diperoleh pada 24 Februari 2014. 
  2. "ROSEYATIMAH - Karier Bermula & Berakhir Di Tangan P. Ramlee". Nostalgia. Cinema Malaysia. 09 Mar 2007. Diperoleh pada 24 Februari 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]