S. Shamsuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

'Sahamsudin bin Dali atau lebih dikenali sebagai S. Shamsudin (dilahirkan 1 Januari 1929 (84 tahun)) merupakan pelakon dan pelawak filem Melayu kelahiran Singapura yang terkenal semasa 1950-an & 1960-an.[1] Beliau lebih terkenal kerana lakonan watak-watak lucu dalam filem. S. Shamsuddin telah mendapat didikan daripada bapa mertua P. Ramlee iaitu Daeng Haris. Keistimewaannya terletak pada gerak badannya yang lincah dan lidahnya yang petah sewaktu berkata-kata. Telah berlakon beberapa filem antaranya Bujang Lapok, Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.


Isi kandungan

[sunting] Kehidupan awal

S. Shamsudin dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura. Bapanya, Dali bin Kechik berasal dari Melaka, sementara ibunya, Khatijah binti Haji Ahmad berasal dari Geylang, Singapura. S. Shamsudin atau Sudin sebelumnya bekerja sebagai buruh bagi membantu keluarganya sebelum menyertai bidang lakonan.

[sunting] Kerjayanya

Suatu hari, pada 1948, dia melawat Studio Malay Productions (MFP) di Jalan Ampas hanya untuk melihat bagaimana perfileman dijalankan. Lawatannya ternyata bertuah kerana dia diberikan peluang untuk menjadi pelakon tambahan dalam filem Chempaka yang di arah olrh B. S. Rajhans. Beberapa hari kemudian dia mencari kerja di MFP dan mendapat kerja sebagai tukang kayu bagi set studio dan filem. Sementara itu dia turut bekerja sebagai pelakon tambahan atau penari dalam filem. Akhirnya, dia diberi peranan dalam film Aloha, yang diarah oleh B. S. Rajhans. Dia berlakon dalam beberapa babak yang memerlukan banyak dialog, yang dianggap besar bagi pelakon tambahan malah bagi pelakon baru. Peranan komedinya dalam filem dilakonkan bersama Osman Gumanti, Mariam, P. Ramlee, A. R. Tompel dan D. Harris, menonjolkan bakatnya dalam lakonan. Lebih banyak watak filem ditawarkan kepadanya, dan Sudin akhirnya menjadi pelakon tetap bagi filem Melayu era tersebut bersama Aziz Sattar, kedua-duanya muncul bersama pelakon terkenal P. Ramlee beberapa kali, terutamanya dalam siri filem Bujang Lapok.

[sunting] Kehidupan peribadi

S. Shamsuddin berkahwin dengan Puteh binti Esmoon pada 1954 dan mereka mendapat 7 orang anak. Salah seorang anaknya, Ariff Shamsuddin juga merupakan pelakon pelawak TV Singapura.

Dalam kunjungan Finas ke Singapura pada 7 November lalu, S Shamsuddin yang ditemani isterinya, Che Putih Ismot turut menerima sumbangan RM5,000 yang disampaikan Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd Zulkifli Ab Wahab.

[sunting] Pengarah

  1. Jashan (1955)

[sunting] Filmography

Year Title
1950 Aloha
1951 Sejoli
1952 Aladdin
1952 Sedarah
1953 Istana Impian
1954 Panggilan Pulau
1955 Abu Hassan Pencuri
1956 Hang Tuah
1956 Panca Delima (1956)
1957 Bujang Lapok (1957 - Sudin)
1958 Kaki Kuda
1958 Sarjan Hassan
1959 Pendekar Bujang Lapok (1959 - Sudin)
1959 Nujum pak belalang (1959 - Nyawa, Penjahat No. 2)
1960 Antara Dua Darjat
1961 Ali Baba Bujang lapok (1961 - Kassim Baba)
1961 Seniman Bujang Lapok (1961 - Sudin)
1962 Siti Muslihat
1963 Nasib Si Labu Labi
1964 Bidasari
1964 Mambang Moden
1964 Tiga Abdul (1964 - Pencerita)
1969 Filem Ibulah Shorga [1969]
1981 Dia Ibuku
1979 Tuan Badul
1981 Setinggan
1981 Penyamun Tarbus
1986 Bujang Lapok Kembali Daa
2005 Pontianak Harum Sundal Malam 2
2007 Budak Lapok
2010 Eee...Hantu!!!!!

[sunting] Pengarah

  1. Jashan (1955)

[sunting] Anugerah

1981 2nd Malaysia Film Festival Best Comedian
2009 22nd Malaysia Film Festival Special Award for Veteran Male Actor

[sunting] References

  1. New Straits Times 08-10-2001