Rush Hour 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rush Hour 3
Rushhourposter5.jpg
Pengarah Brett Ratner
Penerbit -
Pengarang Jeff Nathanson
(lakon layar)
Lakonan Chris Tucker
Jackie Chan
Pengedar New Line Cinema
Bahasa Bahasa Inggeris
Rujukan IMDb

Rush Hour 3 adalah siri ketiga dalam siri filem aksi/seni mempertahankan diri Rush Hour, dibintangi pelakon utama iaitu Jackie Chan dan Chris Tucker. Pembikinan filem tersebut mula diumumkan pada 7 Mei 2006 dan kerja pembikinan dimulakan pada 4 Julai 2006. Filem tersebut mengambil tempat di bandar raya Los Angeles, Bandar raya New York dan Paris. Di Malaysia, tayangan Rush Hour 3 bermula pada 9 Ogos 2007.

Seorang pengarah filem yang pernah memenangi anugerah Academy Award, Roman Polanski, turut membintangi filem tersebut sebagai seorang pegawai polis Perancis yang sering terlibat dalam kes Lee (lakonan Chan) dan Carter (lakonan Tucker). Tzi Ma turut berlakon sebagai Konsul Han, bos serta sahabat Lee semasa filem pertama Rush Hour.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Lee ditugaskan sebagai pelindung peribadi bagi Duta China untuk menghadiri perbincangan Mahkamah Jenayah Dunia. Semasa duta tersebut baru sahaja berucap, tiba-tiba dia diserang oleh seorang penembak curi, menyebabkan semua orang menjadi panik. Lee mengejar penembak curi tersebut dan mendapati penembak tersebut adalah Kenji, "abang" kepada Lee (bukan abang kandung), menyebabkan Lee berasa tidak sanggup untuk menembaknya. Carter yang telah diturunkan pangkat kepada seorang polis trafik turut masuk campur dalam kes tersebut, menyebabkan mereka terlepas akan Kenji. Sementara itu, Duta China tersebut sedang dirawat di hospital dan anaknya, Soo Yung meminta mereja berjanji untuk menangkap dalang di sebalik peristiwa tersebut. Adegan kejar-mengejar telah membawa mereka ke kota Paris, di mana mereka bertembung dengan musuh utama serta dalang sebenar di belakang peristiwa tersebut iaitu Reynard.

Klasifikasi[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, filem tersebut diklasifikasikan sebagai U (sesuai untuk semua peringkat umur).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]