Jackie Chan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jackie Chan
成龍
Jackie Chan 2002.jpg
Kelahiran 陳港生 Chan Kong-Sang
7 April 1954 (60 tahun)
Nama lain 房仕龍 Yuen Lo (nama yang diberikan sekolah)
Ketokohan Chinese Kung Fu
Tinggi 174 sm (5'8½")
Pasangan Lin Feng-Jiao
Laman web
jackiechan.com

Chan Kong-Sang (陳港生), juga dikenali sebagai Jackie Chan Sing Lung (陳成龍) atau Jackie Chan, SBS (lahir 7 April 1954) ialah pesilat, pelakon (khususnya, dalam filem aksi), pengarah filem, penulis skrip, penerbit filem, penyanyi, serta pelagak ngeri Cina.

Chan adalah salah satu nama yang terkenal dalam filem kung fu dan aksi di seluruh dunia, khususnya untuk gaya perlawanan akrobatik, pengaturan masa yang lucu, serta penggunaan alatan yang termasuk perabot dan benda-benda set sebagai senjata reka ganti. Beliau yang sendiri melakukan banyak lagak ngeri dalam filemnya telah muncul dalam melebihi seratus buah filem, dan merupakan salah satu bintang filem Asia yang paling dapat dikenal di seluruh dunia. Chan telah dianugerahi dengan bintang di Lebuh Bintang di Hong Kong, serta juga di Lorong Kemasyhuran Hollywood.

Chan juga merupakan seorang bintang pop yang utama di Asia dan telah menerbitkan melebihi 100 judul lagu dalam 20 album sejak 1984. Beliau bernyanyi dalam banyak bahasa yang berbeza, termasuk bahasa Inggeris, Kantonis, Mandarin, dan Jepun. Chan juga menyanyikan banyak daripada lagu tema dalam filem-filemnya.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Puncak Victoria, Hong Kong, China (kini sebahagian Republik Rakyat China, Chan adalah anak lelaki kepada Lee-Lee dan Charles Chan yang berhijrah ke Canberra, Australia pada tahun 1960 sebagai pelarian daripada Perang Saudara Cina. Sebelum meninggalkan China, Lee-Lee dan Charles masing-masing bekerja sebagai pembantu rumah dan butler kepada Duta Besar Perancis di Hong Kong. Chan menghabiskan tempoh pembentukannya di dalam kawasan kediaman duta. Nama lahir Cinanya ialah Chan Kong-Sang yang bermakna "dilahirkan di Hong Kong".

Sebelum Chan menerimaguna nama kebaratan, "Jacky" dan kemudiannya "Jackie", beliau dikenali dengan sebilangan nama samaran yang lain. Sebagai bayi yang berat (5.5 kg (12 paun) pada kelahirannya, Chan mendakwa bahawa beliau menghabiskan 12 bulan dalam rahim), ibunya memberinya nama samaran "Pao Pao" (yang bermakna "Peluru Meriam"). Kemudian, semasa beliau belajar di Sekolah Opera Peking, beliau dikenali sebagai "Yuen Lo" sebagai tanda hormat kepada gurunya, Yu Jim-Yuen.

Semasa kerjaya lagak ngeri dan pelakonannya yang awal (sebelum Penumbuk Keberangan Baru pada tahun 1976), Chan dikenali sebagai "Chen Yueng Lung" (atau Chen Yuen Lung). Dalam autobiografinya, Chan menyatakan bahawa beliau mempergunakan nama ini yang hampir serupa dengan nama opera Sammo Hung, saudara operanya, supaya beliau tidak perlu membubuh nama sendiri pada filem-filem yang dirasainya tidak cukup memuaskan. Chan kemudian dikenali sebagai "Jacky", suatu nama yang diberikan oleh teman-teman sekerja Australia ketika beliau tinggal di sana pada tahun 1976-1977. [1] Bekerja di sebuah tapak binaan bersama-sama dengan seorang buruh yang bernama Jack, teman-teman sekerja Chan memberinya nama samaran "Little Jack" yang kemudian disingkatkan menjadi Jacky. Bagaimanapun, beliau menukarkan nama "Jacky" itu kepada "Jackie" semasa membuat filem, Pergaduhan Besar (The Big Brawl), dan inilah nama yang digunakannya sejak dari masa itu. Oleh sebab nama keluarga bapanya adalah Fong pada asalnya dan hanya diubah ketika tiba di Hong Kong, nama Cina Chan dalam rekod-rekod keluarga ditukarkan bertahun-tahun kemudian kepada "Fong Si Lung". [2]. Beliau juga telah disenaraikan dengan nama "Sing Lung" (bermaksud "sudah menjadi seekor naga" dalam satu percubaan untuk melompat keluar daripada bayangan Bruce Lee), khususnya berhubung dengan muziknya. Oleh itu, wataknya dalam filem Dubuk Yang Tidak Mengenal Takut yang dinamai "Shing Lung" mungkin tidak merupakan suatu kebetulan.

Tahun-tahun awal[sunting | sunting sumber]

Chan dalam filem Pesilat Unggul Yang Muda (The Young Master), filem terawalnya untuk Golden Harvest.

Chan belajar di Sekolah Rendah Nan Hua tetapi pembelajarannya merupakan satu kesusahan dan oleh itu, ibu bapanya berasa bahawa beliau tidak sesuai untuk belajar di sekolah itu dan menghantarnya ke Institut Penyelidikan Opera Cina. Bagaimanapun, ibu bapanya kemudian mendaftarkannya di Sekolah Opera Peking (1961-1971) apabila mereka mengalami kesulitan kewangan. Pembelajarannya di sana berlangsung selama 10 tahun dan ketika di sana, beliau diajar kemahiran-kemahiran dalam akrobatik dan kung fu di bawah aturan hidup yang amat tegas. Adalah di sini bahawa Chan menyertai sebilangan murid yang lain yang kemudian menjadi ahli-ahli Tujuh Untung Nasib Kecil (Seven Little Fortunes), murid-murid terbaik sekolah itu, yang akhirnya menjadi pelakon-pelakon sezaman dalam industri filem Hong Kong. Murid-murid itu termasuk Yuen Wah, Corey Yuen (Yuen Kwai), dan Yuen Qiu. Chan juga menjadi kawan rapat kepada Sammo Hung dan Yuen Biao yang kemudian dikenali sebagai Tiga Adik Beradik / Tiga Naga.

Selepas tamat sekolah, Chan menghadapi kepayahan untuk mencari kerja, khususnya kerana kemerosotan kepopularan Opera Cina. Selepas tinggal untuk beberapa waktu dengan ibu bapanya di Australia dan bekerja di tapak-tapak binaan, Chan kembali ke Hong Kong. Serupa dengan bekas-bekas murid sekolahnya, beliau mendapatkan kerja sebagai pelagak ngeri dalam banyak filem, termasuk filem Bruce Lee, Masuknya Naga (Enter The Dragon), sebelum akhirnya ditawarkan peranan pelakonan. Amat awal dalam kerjayanya pada tahun 1975, Chan berlakon dalam sebuah filem komedi dewasa yang digelar Semua di dalam Keluarga (All in the Family). "Aku terpaksa membuat apa-apa saja untuk mencari nafkah 31 tahun dahulu, tetapi aku berasa ini tak hairan kerana Marlon Brando juga pernah mendedahkan kulitnya dalam filem-filemnya," Chan berkata. Bagaimanapun, adegan-adegan dewasa ketika itu adalah lebih konservatif berbanding dengan filem-filem kini. Filem itu merupakan filem tunggal yang dilakonnya setakat ini yang tidak melibatkan sebarang perlawanan atau lagak ngeri. Chan mencapai kejayaan antarabangsanya yang pertama pada tahun 1978 melalui filem Pesilat Agung Yang Mabuk (Drunken Master). Filem itu menggambarkan pahlawan rakyat China, Wong Fei Hung (yang dilakonkan oleh Chan) sebagai seorang budak nakal, berbanding dengan watak pesilat unggul yang dihormati sebagaimana yang digambarkan dalam filem-filem yang lain. Bersama dengan telatah dan daya tarikan Chan serta Yuen Siu Tien (juga dikenali sebagai Simon Yuen), bapa kepada koreografer silat yang termasyhur, Yuen Woo-ping, Pesilat Agung Yang Mabuk merupakan sebuah filem yang radikal pada masa itu. Filem itu mencapai kejayaan dan dicontohi oleh filem-filem gemar ramai antarabangsa yang lain.

Filantropi[sunting | sunting sumber]

Chan adalah seorang filantropis yang sangat ramah dan seorang duta dari UNICEF Goodwill Ambassador, telah bekerja tanpa mengenal lelah untuk mengkampanyekan pekerjaan-pekerjaan sosial. Ia juga sudah mengkampanyekan etika konservasi, melawan penganiayaan binatang dan menggalang dana untuk para korban banjir di Cina Daratan dan dalam gempa bumi Samudra Hindia 2004.

Jackie Chan dan Beruang: Semasa Chan membuat penggambaran "Around the World in 80 Days" di Berlin, Jerman, beliau bersua dengan United Buddy Bears buat kali pertama. Pada masa itu, terdapat Buddy Bears di seluruh bandar Berlin. Jackie tertanya-tanya tentang beruang berwarna-warni tersebut lalu menyelidik. Beliau dapati beruang tersebut hasil idea penduduk Berlin, Klaus dan Eva Herlitz. Beliau diberitahu mereka ingin menyampaikan mesej penting - sesuatu yang beliau sendiri telah bekerja keras untuk sampaikan: kita semua mesti hidup bersama secara aman-damai. Beliau juga diberitahu bahawa Buddy Bears mengumpul wang untuk kebajikan. Chan terpikat dengan Buddy Bears, jadi beliau melibatkan diri membawa United Circle of Buddy Bears ke Hong Kong pada tahun 2004[3].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Herald Sun Australia, 9 Julai 2005.
  2. I Am Jackie Chan: My Life in Action, edisi buku semakan kulit lembut, m.s. 354, ISBN 0-345-42913-3; Majalah Variety
  3. Jackie Chan dan United Buddy Bears

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Jackie Chan, I Am Jackie Chan: My Life in Action, Ballantine Books (28 Jun 1999), ISBN 0-345-42913-3.
  • Curtis F. Wong and John R. Little, Jackie Chan (Best of Inside Kung-Fu), McGraw-Hill; edisi pertama (11 Disember 1998), ISBN 0-8092-2837-8.

Rujukan luar[sunting | sunting sumber]