Rusuhan bola sepak Stadium Port Said

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rusuhan bola sepak Stadium Port Said
Fail:PortSaidStadiumIncident.jpg
Tarikh01 Februari 2012 (2012-02-01)
Lokasi
KaedahPenyokong pasukan lawan diserang pemain dan penyokong Al-Ahly dengan pisau, parang, pedang, belantan, batu, botol dan mercun.
Korban
Maut79[1]
Tercedera1,000+[2]
Ditangkap47[1]

Rusuhan bola sepak Stadium Port Said berlaku pada 1 Februari 2012, susulan perlawanan bola sepak di antara Kelab Al-Masry dan Al-Ahly S.C. di Stadium Port Said di Port Said, Mesir.

Sekurang-kurangnya 79 orang terbunuh setelah ribuan orang meluru ke arah padang, susulan kemenangan 3–1 oleh Al-Masry.[1][3] Penyokong lawan menyerang pemain dan peminat Al-Ahly, yang cuba melarikan diri, dengan pisau, parang, pedang, belantan, batu, potol dan mercun. Lebih 1,000 orang dilaporkan cedera.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Berikutan peminat pasukan tuan rumah memasuki padang sebelum perlawanan, sepak mula tertangguh 30 minit. Semasa separuh masa serta setelah setiap satu daripada tiga gol bagi Al-Masry, peminat pasukan tuan rumah berlari-larian.[4] Sesudah perlawanan tamat, ribuan penonton memasuki padang. Peminat lawan meluru ke arah pemain Al-Ahly, membaling botol dan mercun ke arah pemain, yang cuba melarikan diri daripada penyerang mereka.[5] Penyerang bersenjatakan pisau, parang, pedang, belantan dan batu.[6] Penyerang kemudiannya menyerang peminat Al-Ahly yang cuba melarikan diri.[6][7]

Dalam keganasan tersebut, 79 orang terkorban.[5] Sebahagiannya ditikam dan dibelasah, manakala yang lainnya mati sama ada disebabkan dibaling keluar atau dipijak.[8] Hisham Sheha, seorang pegawai di Kementerian Kesihatan, berkata kematian disebabkan oleh kecederaan akibat tikaman, pendarahan otak, and konkusi.[7] Lebih 1,000 orang dilaporkan cedera, sebahagiannya daripada keadaan panik di kalangan orang ramai memandangkan peminat cuba melarikan diri.[9] Sekurang-kurangnya 47 orang ditangkap.[1] Tentera Mesir menghantar anggota mereka menggunakan helikopter untuk menyelamatkan pemain yang terperangkap.[5]

Jurulatih Al-Ahly, Manuel José, ditendang dan ditumbuk oleh peminat setelah dia tidak dapat kembali ke bilik lokernya. Dia kemudiannya dihantar ke balai polis. Kedua-dua José dan Mohamed Aboutrika melaporkan bahawa pemain mati di bilik loker Al-Ahly. Aboutrika mengambil keputusan bersara daripada bola sepak, diikuti oleh Mohamed Barakat dan Emad Moteab, sementara José mempertimbangkan untuk meninggalkan Mesir.[10][11]

Rakaman video menunjukkan polis kelihatan tidak berupaya atau enggan menangkap kumpulan-kumpulan yang menyerang antara satu sama lain dengan pisau dan senjata lain.[9] Saksi rusuhan mendakwa bahawa polis "tidak berbuat apa-apa untuk menghentikannya", serta "enggan membuka pintu pagar" untuk membolehkan orang ramai melarikan diri.[12] Ketua biro Voice of America d Mesir menerima laporan bahawa polis membuka tembok penghalang yang memisahkan penyokong Al-Ahly dan Al-Masry.[13] Seorang saksi lain pula mendakwa bahawa ramai penonton yang dibenarkan masuk ke stadium tanpa tiket sah.[13]

Satu lagi perlawanan di Kaherah, Zamalek lwn Ismaily, dibatalkan, setelah pemain dimaklumkan mengenai kematian di Port Said.[4][14]

Penglibatan "ultras"[sunting | sunting sumber]

The New York Times melaporkan bahawa faktor utama bagi rusuhan maut itu ialah penglibatan kumpulan peminat bola sepak ekstremis yang dikenali sebagai "ultras", yang turut dilaporkan terlibat dalam pertempuran di Tahrir Square semasa Revolusi Mesir 2011.[9]

Perlawanan[sunting | sunting sumber]

Al-Masry3–1Al-Ahly
Zakaria Goal 72'83'
Cissé Goal 90+2'
Laporan Fábio Junior Goal 11'

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Fahmy, Mohamed Fadel; Lee, Ian (2 February 2012). "Anger flares in Egypt after 79 die in soccer riot". CNN. Turner Broadcasting System. Dicapai pada 2 February 2012.
  2. ^ "Egypt football pitch invasion leaves dozens dead". The Guardian. Guardian News and Media. 1 February 2012. Dicapai pada 1 February 2012.
  3. ^ "Egypt football violence leaves many dead in Port Said". BBC News Online. 1 February 2012. Dicapai pada 1 February 2012.
  4. ^ a b "Viele Tote bei Fußballkrawallen in Ägypten" (dalam bahasa German). tagesschau.de. 1 February 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2012. Dicapai pada 4 February 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ a b c Enoch, Nick (3 February 2012). "Five protesters shot dead by police in clashes in Cairo as unrest following football riot leaves new government on brink". Daily Mail. Associated Newspapers. Dicapai pada 3 February 2012.
  6. ^ a b Hussein, Abdel-Rahman; Chulov, Martin (2 February 2012). "Egypt football violence: 'I saw people with knives and swords'". The Guardian. Guardian News and Media. Dicapai pada 3 February 2012.
  7. ^ a b Michael, Maggie (1 February 2012). "Egyptians Blame Military for Deadly Soccer Riot". ABC News. Associated Press. Dicapai pada 3 February 2012.
  8. ^ Tarek, Sherif (3 February 2012). "Egypt military rulers accused of instigating Port Said disaster". Ahram Online. Al-Ahram Publishing House.
  9. ^ a b c Kirkpatrick, David (1 February 2012). "More than 70 killed in Egyptian soccer mayhem". The New York Times. The New York Times Company. Dicapai pada 1 February 2012.
  10. ^ Monteiro, Duarte (1 February 2012). "Manuel José está bem após a tragédia no Al Ahly x Al-Masri". (in Portuguese)
  11. ^ "Egypt football riots: three Egypt internationals retire after mass deaths in stadium riot". The Daily Telegraph. Telegraph Media Group. 2 February 2012. Dicapai pada 3 February 2012.
  12. ^ Fahmy, Mohamed Fadel (2 February 2012). "Eyewitnesses: Police stood idle in Egypt football massacre". CNN. Turner Broadcasting System. Dicapai pada 2 February 2012.
  13. ^ a b Latham, Brent (2 February 2012). "The politics behind Egypt's soccer riot". ESPN.com. ESPN Inc. Dicapai pada 2 February 2012.
  14. ^ "Zamaley - Ismaily match report". soccerway.com. 1 February 2012. Dicapai pada 4 February 2012.