SCART

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

SCART (dari Bahasa Perancis Syndicat des Constructeurs d'Appareils Radiorécepteurs et Téléviseurs, Persatuan Pengilang Penerima Radio dan Televisyen) ialah piawaian yang berasal dari Perancis dan juga nama penyambung 21 pin berasaskan piawaian tersebut yang bertujuan menyambungkan kelengkapan audio-visual (AV). SCART juga dikenali sebagai Péritel (terutamanya di Perancis), 21-pin EuroSCART (istilah yang digunakan oleh Sharp dalam cubaan memasarkan penyambung ini di rantau Asia, Euroconector[1] atau EuroAV. Di Amerika Syarikat, SCART juga dikenali sebagai EIA Multiport (sejenis antara muka EIA).

Di Eropah, SCART ialah kaedah penyambungan kelengkapan audio-visual yang terlaris, hinggakan menjadi piawaian utama bagi peranti-peranti sedemikian (berbanding palam fono); tetapi jarang ditemui di tempat lain. Bagaimanapun, sebagai bahantara pemindahan kandungan analog berdefinisi biasa, SCART semakin kurang digunakan berikutan kemunculan piawaian digital baru seperti HDMI yang juga boleh membawa kandungan definisi tinggi dan audio berbilang saluran. Namun demikian, HDMI juga berasaskan konsep-konsep yang pernah dikembangkan untuk SCART; misalnya, HDMI-CEC diterbitkan dari AV.link SCART.

Piawaian rasmi untuk SCART ialah CENELEC nombor dokumen EN 50049-1. SCART kadang-kala dirujuk sebagai piawaian IEC 933-1.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Analogvideo