D-Terminal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penyambung video D jantan.
Diagram penyambung video D betina.

D-Terminal atau D-tanshi (D端子?) ialah sejenis penyambung video analog yang terdapat dalam kelengkapan elektronik pengguna di Jepun, terutamaya alat-alat HDTV, DVD, Blu-ray, D-VHS dan HD DVD. D-terminal dimajukan oleh Persatuan Industri Elektronik Jepun (Electronic Industry Association of Japan, EIAJ) dalam piawaian RC-5237 untuk kegunaan dalam penala siaran satelit digital. Dari luarannya, penyambung D-terminal berbentuk trapezoid yang kecil dan leper, sama dengan penyambung AAUI yang digunakan oleh Apple Computer untuk bersambung dengan ethernet.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Dua penyambung D-Video (D4) pada set HDTV. D-Terminal yang lebih kecil tidak patut dikelirukan dengan penyambung VGA yang serupa bentuknya tetapi lebih besar.

Sesebuah penyambung D-Terminal membawa isyarat video komponen (Y Pr Pb). Sesebuah peranti yang berlengkapkan penyambung D5 boleh mentafsir dan memaparkan isyarat-isyarat video berikut:

  • D1 480i (525i): 720×480 Selang-seli
  • D2 480p (525p): 720×480 Progresif
  • D3 1080i (1125i): 1920×1080 Selang-seli
  • D4 720p (750p): 1280×720 Progresif
  • D5 1080p (1125p): 1920×1080 Progresif

Peranti yang berlengkapkan penyambung mana satu D-Terminal menyokong tahap itu dan juga isyarat D-Terminal yang lebih rendah. Contohnya, penyambung D4 boleh digunakan dengan isyarat D4, D3, D2, atau D1, tetapi bukan D5.

Kita boleh menggunakan kabel breakout ringkas untuk menghubungkan penyambung D-Terminal pada sambungan picu RCA standard 3 atau komponen BNC.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]