HDMI

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Antara Muka Multimedia Definisi Tinggi (bahasa Inggeris: High-Definition Multimedia Interface, HDMI) ialah antaramuka penyambung audio/video boleh dilesenkan untuk memancarkan strim digital yang disulitkan dan tidak dimampatkan. HDMI menyambungkan sumber-sumber audio/video digital yang menguatkuasakan DRM, seperti set-top box, pemain cakera Blu-ray komputer peribadi, konsol permainan video, atau penerima AV, kepada peranti audio digital dan/atau pengawas video yang serasi, seperti televisyen digital (DTV). HDMI muncul pada tahun 2006 dalam kamera video HDTV prosumer dan kamera pegun digital yang canggih.[1][2]

HDMI dijadikan alternatif DRM kepada piawaian analog pengguna seperti RF (kabel sepaksi), video komposit, S-Video, SCART, video komponen dan VGA, serta piawaian digital seperti DVI (DVI-D dan DVI-I). Pengedaran HDMI dijangka mengatasi pengedaran Antara Muka Visual Digital (DVI) pada tahun 2008 dengan pacuan oleh pasaran elektronik pengguna (consumer electronics, CE).[3]

Isi kandungan

[sunting] Umum

HDMI menyokong mana-mana format video TV atau PC, termasuk video standard, dipertingkat, atau definisi tinggi, serta audio digital pelbagai saluran pada sebatang kabel tunggal. HDMI tidak bergantung kepada mana-mana piawaian DTV seperti ATSC, dan DVB (-T,-S,-C), kerana piawaian-piawaian ini merupakan pengkapsulan strim-strim data filem MPEG yang dihantar ke dekoder, lalu dioutputkan sebagai data video yang tidak dimampatkan dalam HDMI. HDMI mengekodkan data video ke dalam TMDS untuk pemancaran secara digital melalui HDMI.

Peranti-peranti berkenaan dibuat agar mematuhi pelbagai versi spesifikasi, yang mana setiap versi diberi nombor seperti 1.0 atau 1.3. Setiap versi spesifikasi yang berikutnya menggunakan kabel-kabel yang sama, tetapi meningkatkan daya pemprosesan dan/atau keupayaan pemancaran melalui kabel. Contohnya, dahulunya, kadar jam piksel maksimum antaramuka ialah 165 MHz, iaitu cukup untuk menyokong 1080p pada 60 Hz atau WUXGA (1920x1200), tetapi HDMI 1.3 meningkatkan kadar itu kepada 340 MHz, maka menyediakan sokongan untuk WQXGA (2560x1600) dan selebihnya merentasi satu pautan digital tunggal. See also: Versi-versi HDMI.

HDMI juga merangkumi sokongan untuk audio digital tidak dimampatkan lapan saluran pada kadar sampel 192 kHz dengan 24 bits/sampel serta mana-mana strim yang dimampatkan seperti Dolby Digital, atau DTS. HDMI menampung sehingga 8 saluran audio satu bit, seperti yang digunakan pada Super Audio CD pada kadar sehingga 4x. Dengan versi 1.3, HDMI kini juga menampung strim dimampatkan lossless seperti Dolby TrueHD dan DTS-HD Master Audio.

HDMI serasi ke belakang dengan Antara Muka Visual Digital berpautan tunggal yang membawa video digital (DVI-D atau DVI-I, bukan DVI-A) yang digunakan pada monitor dan kad grafik terkini. Ini bermakna sumber DVI-D boleh memacu monitor HDMI, atau sebaliknya, melalui alat suai atau kabel yanf sesuai, tetapi ciri-ciri audio dan kawalan jauh HDMI tidak disediakan. Tambahan pula, tanpa sokongan untuk Perlindungan Kandungan Digital Lebar Jalur Tinggi (bahasa Inggeris: High-bandwidth Digital Content Protection, HDCP) pada paparan, sumber isyarat boleh menghalang pengguna akhir dari menonton atau merakam kandungan terhad yang tertentu.

Komputer peribadi (PC) yang ada output HDMI perkakasan mungkin memerlukan sokongan perisian dari sistem pengendalian seperti Windows Vista. Kini, Linux menyokong output video melalui keserasian ke belakang dengan DVI.

Di Amerika Syarikat, sokongan HDCP ialah satu ciri-ciri lazim pada TV digital yang sedia dipasang penala digital (ATSC), kecuali set TV digital lebih murah yang langsung tidak disertakan kemudahan HDMI. Dalam industri paparan PC pula, yang mana paparan komputer jarang sedia dipasang penala digital, sokongan HDCP tidak terdapat dalam kebanyakan model. Contohnya, monitor-monitor LCD terawal dengan penyambung HDMI tidak menyokong HDCP, dan tidak banyak juga monitor LCD padat (17" ke bawah) yang menyokong HDCP.

Pengasas-pengasas HDMI termasuk pengeluar elektronik pengguna Hitachi, Matsushita (Panasonic/National/Quasar), Philips, Sony, Thomson (RCA), Toshiba, dan Silicon Image. Digital Content Protection, LLC (anak syarikat Intel) menyediakan HDCP untuk HDMI. Selain itu, HDMI disokong penerbit-penerbit wayang utama seperti Fox, Universal, Warner Bros., dan Disney, serta pengendali-pengendali sistem DirecTV dan EchoStar (Dish Network) dan juga CableLabs dan Samsung.

[sunting] Versi

Peranti-peranti berkenaan dikilangkan untuk mematuhi pelbagai versi spesifikasi, iaitu setiap versi diberi nombor kemaskini. Setiap versi spesifikasi berikutnya menggunakan kabel yang sama, tetapi juga menambah daya pemprosesan dan kemampuan apa-apa yang boleh dipancarkan melalui kabel itu. Keperluan kabel HDMI baru sebenarnya bergantung pada kabel itu sendiri (yang juga disertakan kadaran HDMI). Faktor utama untuk dipertimbangkan ialah sama ada kabel yang sedia ada akan dapat menangani lebar jalur yang semakin besar; misalnya 10.2 Gbit/s yang disertakan dalam versi 1.3. Ujian akur kabel disertakan dalam Spesifikasi Ujian Akur HDMI (lihat TESTID 5-3), dengan huraian "Kategori 1" dan "Kategori 2" dalam Spesifikasi HDMI 1.3a (Seksyen 4.2.6).

Sesuatu produk yang dinyatakan mempunyai suatu versi HDMI tidak semestinya bererti merangkumi segala ciri-ciri yang diterangkan dalam pengelasan versi akan: memang, sesetengah ciri-ciri adalah tidak wajib. Contohnya, bagi HDMI v1.3, sokongan piawaian warna luas xvYCC adalah tidak wajib. Ini bermakna, jika anda membeli sebuah kamera video yang menyokong ruang warna yang luas itu (yang misalnya dijenamakan oleh Sony sebagai "x.v.Color") anda perlu memastikan bahawa paparan berkenaan menyokong kedua-dua HDMI v1.3 dan piawaian warna luas xvYCC.

[sunting] HDMI 1.0

Dikeluarkan pada Disember 2002.

  • Sambungan audio/video digital kabel tunggal dengan kadar bit maksimum 4.9 Gbit/s. Sokongan maksimum video 165 Mpixel/s (1080p60 Hz atau UXGA) dan audio 8 saluran/192 kHz/24-bit.

[sunting] HDMI 1.1

Dikeluarkan pada Mei 2004.

[sunting] HDMI 1.2

Dikeluarkan pada Ogos 2005.

  • Penambahan sokongan untuk One Bit Audio, digunakan dalam Super Audio CD, sehingga 8 saluran.
  • Adanya penyambung HDMI Type A untuk sumber-sumber PC.
  • Kebolehan sumber-sumber PC menggunakan ruang warna RGB natif sambil mengekalkan pilihan menyokong ruang warna YCbCr CE.
  • Keperluan HDMI 1.2 dan paparan-paparan selanjutnya menyokong sumber voltan rendah.

[sunting] HDMI 1.2a

Dikeluarkan pada Disember 2005.

  • Menetapkan ciri-ciri Kawalan Elektronik Pengguna (Consumer Electronic Control, CEC), set-set perintah, dan ujian akur CEC sepenuhnya.

[sunting] HDMI 1.3

Dikeluarkan pada 22 Jun 2006.[4][5]

  • Peningkatan lebar jalur pautan tunggal kepada 340 MHz (10.2 Gbit/s)
  • Pilihan sokongan Deep Color dengan xvYCC, sRGB, atau YCbCr 30-bit, 36-bit, dan 48-bit berbanding sRGB atau YCbCr 24-bit dalam versi HDMI sebelumnya.
  • Incorporates automatic audio syncing (Audio video sync) capability.
  • Pilihan sokongan output strim-strim Dolby TrueHD dan DTS-HD Master Audio untuk penyahkodan luaran oleh penerima AV.[6] TrueHD dan DTS-HD merupakan format-format kodek audio tanpa kehilangan yang digunakan pada Cakera Blu-ray dan HD DVD. Jika pemain cakera boleh menyahkodkan strim-strim ini menjadi audio yang tidak mampat, maka HDMI 1.3 tidak perlu kerana semua versi HDMI boleh mengangkut audio yang tidak mampat.
  • Adanya penyambung mini Type C baru untuk peranti-peranti seperti kamera video.[7]

[sunting] HDMI 1.3a

Dikeluarkan pada 10 November 2006.[8]

  • Pengubahsuaian Kabel dan Lubuk untuk Type C
  • Cadangan penghapusan sumber
  • Pengguguran lajak bawah dan had masa naik/turun maksimum.
  • Perubahan dalam had kemuatan CEC
  • Penjernihan julat pengkuantuman video RGB
  • Perintah CEC untuk kawalan pemasa dikembalikan dalam bentuk diubah, penambahan perintah kawalan audio.
  • Penyertaan spesifikasi ujian akur dikeluarkan serentak.

[sunting] HDMI 1.3b

Dikeluarkan pada 7 Oktober 2007.[perlu rujukan]

[sunting] HDMI dan pemain media optik definisi tinggi

Kemaskini HDMI 1.0 1.1 1.2/1.2a 1.3/1.3a/1.3b
Lebar jalur isyarat maksimum (MHz) 165 165 165 340
Lebar jalur TMDS maksimum (Gbit/s) 4.95 4.95 4.95 10.2
Lebar jalur video maksimum (Gbit/s) 3.96 3.96 3.96 8.16
Lebar jalur audio maksimum (Mbit/s) 36.86 36.86 36.86 36.86
Peleraian yang boleh melalui HDMI pautan tunggal pada 24 bit per piksel 1920x1080p60 1920x1080p60 1920x1080p60 2560x1600p60
RGB Ya Ya Ya Ya
YCbCr Ya Ya Ya Ya
xvYCC Tidak Tidak Tidak Ya
Deep Color Tidak Tidak Tidak Ya
Kedalaman warna maksimum (bit per piksel) 24 24 24 48*
Kawalan Elektronik Pengguna (CEC)** Ya Ya Ya Ya
Senarai perintah CEC dikemaskini*** Tidak Tidak Tidak 1.3a+
Segerakan bibir automatik Tidak Tidak Tidak Ya
Kemampuan audio 8 saluran/192 kHz/24-bit Ya Ya Ya Ya
Sokongan DVD-A Tidak Ya Ya Ya
Sokongan SACD (DSD) **** Tidak Tidak Ya Ya
Kemampuan alur bit TrueHD Tidak Tidak Tidak Ya
Kemampuan alur bit DTS-HD Master Audio Tidak Tidak Tidak Ya
Video dan audio Blu-ray/HD DVD pada peleraian penuh***** Ya Ya Ya Ya

* = Sokongan 36-bit adalah mandatori untuk peranti CE yang serasi Deep Color dengan sokongan 48-bit sebagai pilihan.

** = CEC disertakan dalam spesifikasi HDMI sejak versi 1.0 tetapi cuma mula digunakan dalam produk CE dengan HDMI versi 1.3.

*** = Bilangan besar penambahan dan penjelasan untuk perintah CEC. Salah satunya ialah perintah CEC membolehkan kawalan volum penerima AV.

**** = Kemaskini lama mungkin berpeluang memain semula SACD asalkan punca isyarat (seperti Oppo 970) ditukar ke LPCM. Untuk penerima yang cuma ada penukar PCM DAC dan bukan DSD, ertinya tiada kehilangan leraian tambahan akan berlaku.

***** = Sekalipun bagi format-format alur bit audio yang tidak dapat diangkut kemaskini HDMI tertentu, namun masih boleh menyahkodkan alur bit dalam pemain lalu memancarkan audio sebagai LPCM.

[sunting] Nota dan rujukan

  1. Robert Silva. "Samsung Introduces Digital Still Camera with HDMI", About.com, 2006-04-06. Dicapai pada 2007-08-02. 
  2. Chris Hurd. "Canon HV20 camcorder with HDMI", HDV Info Net, February 28, 2007. Dicapai pada 2007-08-02. 
  3. ExtremeTech Staff. "Analyst: The DVI Interface is Dying", ExtremeTech, 2008-01-29. Dicapai pada 2008-01-30. 
  4. "HDMI 1.3 Press Release". http://www.hdmi.org/press/pr/pr_20060622.asp. 
  5. Joseph Palenchar. "HDMI 1.3 Connections Due By Year End", TWICE, June 19, 2006. Dicapai pada 2007-08-02. 
  6. "HDMI Part 5 - Audio in HDMI Versions". HDTVMagazine.com. 2006-08-08. http://www.hdtvmagazine.com/articles/2006/08/hdmi_part_5_-_audio_in_hdmi_versions.php. Retrieved 2007-08-02. 
  7. "Pics of the HDMI-mini connector". http://www.hdbeat.com/2006/06/28/pics-of-the-hdmi-mini-connector. 
  8. HDMI Licensing, LLC announced the release of version 1.3a of both HDMI Spec and Compliance Test Spec. Allion (November 24, 2006). (Web archive)

[sunting] Pautan luar

Commons-logo.svg
Wikimedia Commons mempunyai media mengenai: