STS-134

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
STS-134
Tanda kebesaran misi
Statistik misi
Nama misiSTS-134
Bolak-balik angkasaEndeavour
Pelantar pelancar39A
Pelancaran16 Mei 2011 08:56:28 EDT[1][2][3][4] (12:56:28 UTC)
Pendaratan1 Jun 2011 02:32 AM EDT[5] (06:32 UTC) (dijadualkan)
Tempoh misi16 hari[6] (dirancang)
Tempoh orbit91 min
Altitud orbit348 kilometer (188 nmi)[7]
Kecondongan orbit51.6 darjah
Jarak perjalananTBD
Foto anak kapal
Ikut arah jam: Mark Kelly (bawah tengah), komander; Gregory H. Johnson, juruterbang; Michael Fincke, Greg Chamitoff, Andrew Feustel dan Roberto Vittori, semua pakar misi.
Misi berkaitan
Misi sebelum Misi selepas

STS-133

STS-135

STS-134 (penerbangan ULF6 pemasangan ISS )[8] ialah penerbangan praakhir program Space Shuttle NASA. Misi ini menandakan penerbangan terakhir Bolak-balik angkasa lepas Endeavour.[9] Penerbangan ini menghantar Alpha Magnetic Spectrometer dan ExPRESS Logistics Carrier keempat ke Stesen Angkasa Antarabangsa.[10]

Perubahan dalam reka bentuk muatan utamanya, AMS-02, selain lengah pada STS-133 telah menyebabkan misi ini tertunda. Cubaan pelancaran pertama pada 29 April dibatalkan pada 12:20 p.m. oleh pengurus pelancaran akibat masalah dengan dua pemanas pada salah satu unit kuasa bantu (APU) pengorbit. Endeavour kemudian dilancarkan dengan jayanya pada 08:56:28 EDT[11] (12:56:28 GMT) pada 16 Mei 2011.[12]

Presiden A.S. Barack Obama menjadualkan lawatan ke Kennedy Space Center pada 29 April untuk melihat pelancaran Endeavour,[13] dan walaupun pelancaran dibatalkan beliau melawat Orbiter Processing Facility di Launch Complex 39 dan bertemu dengan enam anak kapal.[14]

Anak kapal[sunting | sunting sumber]

Poster misi, berdasarkan poster promosi Star Trek.[15]
26 April 2011: Anak kapal tiba di Shuttle Landing Facility dalam jet T-38

NASA mengumumkan anak kapal STS-134 pada 10 Ogos 2009.[16]

Kedudukan Angkasawan
Komander Mark E. Kelly
Keempat spaceflight
Juruterbang Gregory H. Johnson
Kedua spaceflight
Pakar Misi 1 Michael Fincke
Ketiga spaceflight
EV2
Pakar Misi 2 Roberto Vittori, ESA
Ketiga spaceflight
Jurutera Penerbangan
Pakar Misi 3 Andrew J. Feustel
Kedua spaceflight
EV1
Pakar Misi 4 Gregory Chamitoff
Kedua spaceflight
EV3

Nota anak kapal[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Januari 2011, selepas penembakan Tucson 2011 di mana anggota Kongres Gabrielle Giffords, isteri Mark Kelly, cedera parah, NASA menamakan Frederick W. Sturckow sebagai komander simpanan untuk misi ini.[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Endeavour space shuttle launch faces more delay". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-09. Dicapai pada 2011-05-18.
  2. ^ Launch slips to NET May 8
  3. ^ STS-134 launch windows
  4. ^ Moskowitz, Clara. "NASA Delays Last Launch of Shuttle Endeavour Due to Malfunction". Space.com. Dicapai pada 29 April 2011.
  5. ^ "Space Shuttle Launch and Landing". NASA. Dicapai pada 2011-05-16.
  6. ^ Clara Moskowitz. "NASA's Next-to-Last Shuttle Launch to Blast Off May 16". Space.com. Dicapai pada 2011-05-11.
  7. ^ "STS-134 Press Kit" (PDF). NASA. Dicapai pada 2011-05-16.
  8. ^ NASA (24 September 2009). "Consolidated Launch Manifest". NASA. Dicapai pada 15 Oktober 2010.
  9. ^ Robert Z. Pearlman (26 April 2010). "NASA shuffles shuttle schedule: Endeavour to fly after Discovery for final planned flight". collectSPACE.com. Dicapai pada 26 April 2011.
  10. ^ NASA (14 Oktober 2009). "NASA's Shuttle and Rocket Missions". NASA. Dicapai pada 15 Oktober 2010.
  11. ^ Jeanne Ryba. "NASA - Archive".
  12. ^ Endeavour soars on 2nd-to-last space shuttle trip, Associated Press, 16 Mei 2011.
  13. ^ Henry Fountain (26 April 26 2011). "In Endeavour's Final Act, the Supporting Cast Draws Outsize Attention". New York Times. Dicapai pada 26 April 2011. Check date values in: |date= (bantuan)
  14. ^ "Obama heading to Kennedy Space Center despite shuttle launch postponement". USA Today. 29 April 2011.
  15. ^ Nancy Atkinson (17 Mac 2010). "STS-134 Does Star Trek with New Poster". www.universetoday.com. Dicapai pada 14 Ogos 2010.
  16. ^ "NASA Assigns Crew for STS-134 Shuttle Mission, Change to STS-132". NASA. 11 Ogos 2009. Dicapai pada 2010-09-08.
  17. ^ "NASA Announces Backup Commander For STS-134 Mission". NASA. 13 Januari 2010. Dicapai pada 13 Januari 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]