Saarbrücken

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
20120117Heinrich-Boecking-Str Saarbrucken1.jpg

Saarbrücken (ˈzaːɐ̯ˈbrʏkn; Bahasa Perancis: Sarrebruck, Bahasa Luxembourg: Saarbrécken) ialah ibu negeri bagi Bundesland Saarland di Jerman. Bandar ini pernah menjadi pusat perusahaan dan pengangkutan lembah arang batu yang terkemuka. Kilang-kilang di sekitarnya menghasilkan besi dan waja, gula, bir, tembikar, peralatan optik, jentera dan bahan-bahan pembinaan. Namun, sejak dekad kebelakangan ini kepentingan sektor perindustriannya telah menurun kerana lebih murah bagi syarikat-syarikat Jerman mengimport arang batu daripada negara-negara yang nemberi gaji rendah daripada membelinya dari bandar ini.

Tempat-tempat bersejarah di bandar ini termasuklah jambatan batu merentas Sungai Saar (dibina pada tahun 1546), Gereja gotik St. Arnual, Istana Saarbrücker Schloss dan bahagian lama bandar ini, iaitu St. Johanner Markt. Pada tahun 1815, Saarbrücken diletakkan di bawah kawalan Prusia dan untuk dua tempoh pada abad ke-20 (1919-1935 dan 1945-1957) menjadi sebahagian daripada Wilayah Saar di bawah pemerintahan Perancis. Hasilnya, kesan-kesan dan pengaruh Perancis, yang bersempadan dengan bandar ini, boleh ditemui di bandar ini sehingga ke hari ini.

Di dalam bahasa Jerman moden, nama bandar ini bermaksud jambatan-jambatan Saar yang menandakan lebih sedozen jambatan yang dibina di sekitar bandar ini yang menyeberangi Sungai Saar. Tetapi, nama itu telah digunakan lebih kurang 500 tahun sebelum ini, lebih awal daripada mana-mana jambatan yang wujud di kawasan sekitarnya. Menurut ahli sejarah, nama asalnya ialah Sarabrucca yang berpunca daripada perkataan Brucca daripada bahasa lama Jerman tinggi yang menjadi Brocken di dalam bahasa Jerman tinggi. (maksudnya batuan).


Flag of Germany.svg Rencana berkaitan Jerman ini merupakan rencana tunas. Bantulah Wikipedia dengan mengembangkannya.