Safura Yaacob

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Safura Yaacob
Nama lahir Safura binti Yaacob
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Pop
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon
Tahun aktif 1996 - kini
Label BMG Music (1997-2003)

Safura Yaacob merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang terkenal di Malaysia. Beliau mula membabitkan diri dalam dunia nyanyian pada usia yang agak lewat iaitu 26 tahun menerusi album Sedalam Mana Cintamu pada tahun 1997.

Kerjaya Nyanyian[sunting | sunting sumber]

Pada awal 1990an, Safura mula menjinakkan diri dalam dunia nyanyian sebagai penyanyi di kelab malam. Hanya pada tahun 1996 beliau mula diikat kontrak oleh BMG Music Malaysia sebagai penyanyi rakaman. Album Sedalam Mana Cintamu terbitan komposer LY menerima nominasi di Anugerah Industri Muzik ke-5 untuk kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik (AIM) dan juga Artis Baru Terbaik. Album itu menjadi hits dan disinambungkan menerusi album susulan berjudul Mencari Mahligai pada tahun 1998. Pada era penghujung 1990an, beliau mempunyai beberapa buah lagu yang menduduki kedudukan nombor satu carta muzik seperti Sedalam Mana Cintamu, Rinduku Semakin Kuat, Jangan Menangis Sayang, Andang Cintaku Menyala dan Dian Asmara. Ketika itu beliau membawakan muzik pop melayu yang mendayu-dayu ciptaan komposer Eddie Hamid. Kerjaya nyanyiannya menjadi pudar apabila beliau tidak lagi berpeluang merakam lagu-lagu baharu setelah tamat kontrak bersama BMG.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

  • Sedalam Mana Cintamu (1997)
  • Mencari Mahligai (1998)
  • Selamanya (2001)
  • Dia Milikmu (2004)

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Best of Safura (2003)

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1997 "Sedalam Mana Cintamu" 1 Sedalam Mana Cintamu
"Perutusan Hiba" 4
1998 "Bukan Lupa Tapi Tak Ingat" 6
"Seandainya Kau Jujur"
"Gerimis Mengundang 2"
duet bersama Ukays
Cuma Aku Yang Hidup
"Jangan Menangis Sayang"
duet bersama Oney
Tangkap Lentoq
"Rinduku Semakin Kuat" 5 Mencari Mahligai
"Kala Cinta Itu Buta" 5
"Dulu Sayang Kini Benci"
1999 "Cinta Tak Perlu Dirahsia"
"Cinta Bersulam Dusta"
"Andang Cintaku Menyala"
duet bersama Ezad Lazim
8 Nangis Beb!
"Dian Asmara" Nangis Lagi!
2000 "Gugusan Cinta"
duet bersama Eddie Hamid
Koleksi Terbaik Eddie Hamid
2001 "Kemarau Berpanjangan" 11 Selamanya
"Lagu Sambaria"
"Selamanya"
2004 "Sebelum Ku Mengundur Diri" Dia Milikmu
"Dia Milikmu"

Kejaya Lakonan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2001 beliau mencuba bakat sebagai pelakon menerusi pementasan Ronggeng Rokiah. Beliau membawakan watak sebagai penari joget bernama Rokiah dan mendapat perhatian ramai. Pada tahun 2003, setelah tamat kontrak bersama BMG, beliau meneruskan karier sebagai pelakon. Lakonan beliau yang pertama adalah menerusi drama bersiri Persatuan Isteri Isteri Tua di RTM2. Puncak kejayaannya sebagai pelakon adalah apabila beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin dan Anugerah Sri Angkasa pada tahun 2006 menerusi watak pelacur dalam drama Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan. Pada tahun 2010 beliau membuat persembahan dalam teater muzikal Terima Kasih Cinta.

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Safura adalah seorang ibu tunggal ketika mula menceburi bidang seni, kemudian beliau berkahwin dengan penyanyi utama kumpulan KOOL, Hairie Yaacob pada 1998 dan dikurniakan anak keduanya. Pada tahun 2001 keduanya berpisah dan membawa haluan sendiri. Pada tahun 2005, Safura bernikah dengan pelakon Sahronizam Noor dan menerusi perkahwinan ini beliau dikurniakan dua orang anak (seorang daripadanya meninggal dunia selepas beberapa hari dilahirkan).

Safura terkenal sebagai seorang artis yang lantang bersuara. Beliau pernah menyaman penyanyi dangdut Ifa Raziah pada tahun 1998 kerana didakwa memfitnahnya sebagai punca penyanyi dangdut itu terkena buatan orang. Kes tersebut selesai selepas lapan tahun.

Safura mula membuat penampilan bertudung litup pada tahun 2008 ketika muncul dalam drama terbitan pelakon komedi Sheila Rusly.