Sanisah Huri
| Sanisah Huri | |
Kulit album Dari Jiwa Yang Tenang oleh Sanisah Huri |
|
| Latar belakang | |
|---|---|
| Nama lahir | Sanisah Huri |
| Asal | |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Tahun aktif | 1960-an |
| Label | EMI Senada Records |
Sanisah Huri merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.
Isi kandungan |
[sunting] Kerjaya
Beliau mula merakam suara melalui EMI untuk runut bunyi filem A-Go-Go '67 iaitu keluaran Shaw Brothers' Malay Film Production Limited bagi lagu-lagu seperti Siapa Gerangan dan Alam Seni (Iringan The Trewelos).
Selepas itu, beliau merakam dengan The Hooks untuk lagu-lagu seperti Si Baju Hijau dan Cuti Sekolah. Beliau dan The Hooks juga pernah muncul dalam filem Mat Toyol arahan Mat Sentol keluaran Cathay Keris.
Beliau sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Terwellos dan kumpulan The Hooks. Sanisah Huri juga merakam dengan Orkes Dendang Perindu pimpinan Kassim Masdor untuk lagu Selalu pada tahun 1969.
Pada tahun 1970, beliau merakam dengan sebuah kugiran Indonesia iaitu Clique Fantastique. Dua EP yang dirakamkan adalah Malam Minggu dan Mana Utama. Lagu Sedih Sekelip Mata ciptaan bersama Kasim Masdor dan Yusnor Ef merupakan lagu top ketika itu.
Mulai tahun 1971, Sanisah Huri merakam secara solo hinggalah kontraknya dengan EMI tamat pada tahun 1974. Di antara lagu-lagu top beliau ialah Semenjak Berjauhan, Permata Hatiku, Sejak Ku Bertemu Padamu, Kisah Tuah Dan Tijah, Indah Di Sepanjang Perkenalan, Tari Tualang Tiga, Joget Menanti Jodoh, Kau Penghiburku, Jauh Berjalan Luas Pandangan, Kau Disayang, Ku Berikan Kepadanya dan Taj Mahal.
Beliau kemudiannya berpindah ke Senada Records milik Kassim Masdor. Selain menyanyi secara solo (seperti lagu Kisah Cinta), beliau juga sesekali merakam dengan A. Ramlie (untuk lagu-lagu dangdut Rambut dan Hello Hello Sayang) dan M. Ramlee (lagu Wajah Cermin Hatimu). Beliau juga pernah berpadu suara dengan kumpulan trio Suara Perindu.
Tidak lama selepas itu, beliau sesekali muncul dalam rancangan hiburan terbitan radio dan telvisyen di Singapura, khususnya pada hari raya. Kini, beliau tidak lagi aktif dalam bidang seni. Masanya banyak dhabiskan dengan mengajar anak-anak mengaji Al-Quran di rumahnya.
Pada masa kini, beliau menetap di Singapura.
[sunting] Diskografi
[sunting] Album Runut Bunyi
- Daripada Filem A-Go-Go '67 (1967)
- Dendang Perantau (1979)
[sunting] Album EP
- Sanisah Huri & The Terwellos (1967)
- Sanisah Huri Dan The Hooks (1968)
- Sanisah Huri (1968)
- Surat Kaseh (1969)
- Mana Utama (1970)
- Malam Minggu (1970)
- Seruan Hati (1971)
- Semenjak Berjauhan (1972)
- Kerana Kau (1972)
- Gadis Panca Delima (1973)
- Ku Berikan Pada Nya (1973)
- Sejak Ku Bertemu Padamu (1973)
- Sanisah Huri (1974)
- Seiring Jalan (1974)
- Buku Harianku (1975)
- Suara Perindu (1976)
- Kisah Cinta (1976)
- Dalam Angan Angan (1976)
[sunting] Album LP
- Taj Mahal (1972)
- Aku Bintang Mu (1973)
- Senada Hati (1974)
- Namamu (Nyanyian Hidupku) (1977)
- Lagu Buat Kekasih (1978)
- Dari Jiwa Yang Tenang (1979)
[sunting] Lain-Lain
- Selamat Hari Raya Aidil Fitri (1973)
- Selamat Hari Raya (1975)
- Selamat Hari Raya / Senandong Hari Raya (1977)
- Hanya Bagimu (1978)
- Hello Hello Sayang (1978)
[sunting] Filemografi
[sunting] Pencapaian
[sunting] Lagu-lagu
- Pahlawanku
- Tari Tualang Tiga
- Bersabarlah Sayang
- Sejakku Bertemu Padamu
- Kisah Tuah Dan Tijah
- Menanti Jodoh
- Sampaikan Hati Ini Kepadanya
- Aku Bintangmu
- Dendang Pulau Bangka
- Hanya Dikau
[sunting] Lagu-Lagu Raya
- Aidilfitri
- Bersabarlah Sayang
- Joget Aidilfitri
- Dondang Sayang Raya - bersama Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang dan A. Ramlie