Sarung tangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sarung tangan paramedik
Sarung tangan katun

Sarung tangan merupakan bahan pelapik tangan yang biasanya dibuat daripada kain atau getah. Terdapat pelbagai fungsi sarung tangan. Harga dan bahan asas juga berbeza.

Jenis sarung tangan[sunting | sunting sumber]

Sarung tangan getah[sunting | sunting sumber]

Sarung tangan getah merupakan produk terbaru yang berasaskan getah asli cair. Sarung tangan ini didapati sesuai digunakan dalam sektor perubatan khususnya sektor pembedahan - khususnya oleh doktor dan jururawat.

Malaysia merupakan pengeluar dan pengeksport sarung tangan getah terbesar di dunia. Pemintaan sarung tangan getah ini dapat melonjakkan sedikit harga getah yang telah lama jatuh merudum.

Tetapi pada 15 Januari 2008, Hospital Johns Hopskin di Amerika Syarikat menamatkan penggunaan kesemua sarung tangan getah dan sebahagian barangan perubatan berasaskan getah bagi mengelakkan tindakan balas alahan - anafilaksis. Pesakit akan mengah, degupan jantung pantas dan penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.

Harga sarung tangan getah asli berharga kira-kira AS$26 (RM84) hingga AS$30 (RM97) setiap 1,000 pasang sarung tangan, manakala harga sarung tangan getah sintetik pula adalah 30 peratus lebih tinggi. Secara bandingan, sarung tangan getah asli lebih murah berbanding sarung tangan sintetik.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]