Sasyimi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sashimi)
Lompat ke: pandu arah, cari
Sashimi
Sashimi ikan Hiramasa

Sashimi (刺身?) adalah makanan Jepun berupa makanan laut dengan kesegaran utama yang terus dimakan dalam keadaan mentah bersama penyedap seperti kicap masin, parutan halia, dan wasabi.

Makanan laut segar seperti ikan, kerang, dan udang kara dihidangkan dalam bentuk hirisan kecil yang mudah dimakan, sedangkan udang yang berukuran kecil ada yang hanya dikupas kulit dan dibuang kepalanya saja.

Tsuma adalah sebutan untuk bahan makanan pendamping yang boleh juga berupa lobak yang dipotong panjang-panjang dengan ukuran sangat halus, daun berwarna hijau yang disebut Oba (Aojizo), atau rumput laut seperti Wakame dan Tosakanori.

Sashimi juga bermaksud menikmati sesuatu dalam keadaan mentah, bermula dari potongan mentah daging kuda (Basashi), daging ayam (Torisashi), hati ayam atau hati lembu, hingga pada potongan Konnyaku dan tauhu yang disebut Yuba.

Di daerah Kansai, sashimi lebih dikenali dengan sebutan O-tsukuri.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ada pendapat yang mengatakan kebiasaan memakan potongan daging segar tanpa dimasak adalah sama tuanya dengan sejarah manusia, tapi kebiasaan ini boleh berlanjutan atau hilang bergantung kepada keadaan lingkungan tempat tinggal. Jepun merupakan negara kepulauan dengan hasil laut segar yang dapat dinikmati sepanjang tahun, sehingga kebiasaan menikmati makanan laut segar tanpa dimasak terus berlanjutan hingga kini. Ada juga pendapat yang mengatakan perkataan Sashimi berasal dari perkata anNamashishi (生肉? daging mentah) atau Namasuki (生切? potongan segar).

Jenis-jenis sashimi[sunting | sunting sumber]

  • Tsugatazukuri
Potongan-potongan ikan disusun di atas tubuh ikan yang dikekalkan bentuknya mula dari bahagian kepala hingga ekor. Sashimi jenis ini kebanyakannya hanya dinikmati pada waktu-waktu istimewa.
  • Ikezukuri
Tsugatazukuri dengan ikan hidup yang dijadikan sashimi hanya beberapa saat sebelum dihidangkan.
  • Tataki
Potongan ikan yang diletak untuk beberapa saat di atas api sehingga kelihatan masak di bahagian luar, segar di bahagian dalam. Tataki ikan (Katsuo) dimakan bersama sos Ponzu, parutan bawang putih dan hirisan daun bawang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]