Sejarah Ketuhanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah Ketuhanan mempunyai rentetan yang cukup panjang. Fitrah manusia memerlukan Tuhan tetapi pada masa lain tidak memerlukan tuhan, sebagaimana komunis. Sejarah ketuhanan ini wujud sejak kelahiran Nabi Adam lagi. Kewujudan Tuhan diakui , ditentang , disanggah , dipertikaikan dan ditukar-tukarkan dengan yang lain tuhan sewenang-wenangnya.

Manusia zaman awal mempercayai kewujudan Tuhan dalam pelbagai bentuk atau kuasa yang amat berkuasa. Dalam hal ini ramai sarjana menyatakan agama Kristian menyerupai agama dan tuhan zaman awal ini.

Agama Kristian mula tumbuh dan berkembang di sekitar Laut Tengah. Dewa / Tuhan orang bukan Kristian dan bukan Yahudi di Laut Tengah banyak sekali persamaan dengan riwayat hidup Jesus yang digambarkan dalam Bible. Banyak sekali kuil dibina bagi menyembah tuhan seperti Apollo atau Dionyses bagi bangsa Yunani , Adonis dan Attis di Frigia dan Syria , Orisis dan Horus di Mesir ,Bal dan Astarte di Babylon dan Cartaga . Kepercayaan-kepercayaan dan upacara-upacara agama dalam garis besarnya tidak identik tetapi persamaannya sangat menonjol.[1]

Osiris[sunting | sunting sumber]

Orisis ialah nama tuhan bangsa Mesir , tetapi sangat tersebar di seluruh pantai Lautan Mediterranean.

Tuhan-tuhan Orisis lahir dalam gua pada 27 Disember. Orisis ialah tuhan bapa Mesir ialah satu oknum tritunggal Mesir kuno. Ia mengajarkan manusia berlemah-lembut dan halus budi. Tetapi ia dikalahkan oleh Typhon, dicincang dan mati dengan cara mencurahkan darah bagi menebus dosa. Kematian Orisis pada 17 bulan Atyr , ketika matahari berbentuk 'scorpion'/ kala jengking. Jasadnya dimasukkan ke dalam peti keranda dan dikuburkan tetapi pada 19 bulan Atyr Orisis telah bangkit semula dari kubur. Dengan kata lain Orisis telah mati sebagai Juru Selamat Penebus Dosa dengan mencurahkan darahnya dan bangkit lagi pada hari ketiga.

Isis[sunting | sunting sumber]

Isis ialah satu oknum tritunggal Mesir kuno , lahir dalam gua . Isis juga mati menebus dosa, dikuburkan dan bangkit semula. Gereja Notre Dame di Perancis adalah asalnya rumah penyembahan kepada Isis. Isis ini adalah tuhan perempuan dan berakar kepada pemujaan kepada Maria sebagai ibu tunggal Jesus.

Horus[sunting | sunting sumber]

Horus ialah anak tunggal kepada Orisis dan Isis, lahir dalam gua yang sekarang , Gereja mendakwa tempat kelahiran Jesus.Horus juga Juru selamat yang mati menebus dosa dengan darahnya , dikuburkan dan bangkit semula dari kubur. Gambar-gambar tentang Horus dalam tangan Ibu Tuhan Isis ditafsir sebagai bayi Jesus dengan ibunya Maria.

Attis[sunting | sunting sumber]

Attis ialah anak Cybele , ibu Tuhan bangsa Frigia. Attis terbunuh dengan disalibkan pada sebatang pohon dan mati menebus dosa dengan darahnya , kemudian bangkit semula dari kubur. Kematian dan kebangkitan semula dirayakan dengan seorang pendeta disalib dan dianggap sebagai Attis. Kisah Attis sangat menyerupai kisah Jesus yang diceritakan oleh Paulus .

Attis ialah gembala yang baik , anak Cybele . Ibunya melahirkannya tanpa perhubungan dengan sebarang lelaki seperti kisah perawan Maria. Apabila dewasa, Attis mengorbankan dirinya sendiri, berdarah hingga mati di bawah pohon-pohon jarum berduri. Di Rome kuno, perayaan mati dan kebangkitan semula diadakan pada 22 hingga 25 Mac. Pada perayaan itu diadakan sebatang pohon jarum-jarum diikat dengan patung tuhan Attis. Attis mati digantung pada sebatang pohon. Patung atau boneka ini dikuburkan pada satu kuburan.

24 Mac adalah Hari Darah , pada waktu itu Imam Besar muncul secara inkarnasi / penjelmaan Attis , minum darah dari lengannya dan mempersembahkan darah itu sebagai darah korban manusia, dan dengan demikian mengorbankan darahnya sendiri.

Cerita ini menyamai surat kepada Ibrani : "...... Kristus tiba menjadi Imam Besar.... bukannya dengan membawa darah kambing jantan atau anak lembu ,melainkan darahnya sendiri ...... mengerjakan satu penebusan dosa yang kekal".

Pada malam itu para pendeta pergi ke kuburan Attis dan mendapati kubur Attis bercahaya dari dalam . Kubur itu didapati kosong kerana Attis telah bangkit pada hari ketiga sesudah kematiannnya dan pada 25 hari kebangkitan dirayakan dengan sangat gembira seperti jamuan makan suci , calon-calon tertentu dibaptiskan dengan darah , dosa-dosa mereka disucikan dan mereka dianggap telah dilahirkan kembali, tanpa dosa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • HM Arshad Talib Lubis, Perbandingan Agama Kristen dan Islam , Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur , 1982 hlm 87
  1. ^ Edward Carpenter