Sejuta Impian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sejuta Impian
GenreRealiti
PenciptaPrimeworks Studios
PengacaraNazrudin Rahman
Baki Zainal
JuriRoshan Thiran
Ung Yiu Lin
Norman Halim
Negara asalMalaysia
BahasaMalaysia
Malaysia
Bilangan musim1
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifSunil Kumar
PenerbitFirhad
Kiedd Fariz Aziz
Tania Sapuan
Aaron Tan
Sean Jesudasan
Anusha Peterson
Edris Adrian
PenyuntingEman Azrin
Aaron Mark
Howie Chin
Tempoh siaran30 minit seepisod
Syarikat penerbitan
Primeworks Studio
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal15 Mei 2011 – 2 Oktober 2011

Sejuta Impian merupakan sebuah rancangan realiti yang mana para pesertanya diberi ganjaran dalam bentuk modal wang tunai daripada pengagihan dana RM 1,000,000 seandainya mereka dapat meyakinkan sebarisan juri bahawa mereka mampu menggunakan modal itu untuk melaksanakan kerjaya impiannya dengan jayanya. Rancangan ini diterbitkan oleh Primeworks Studio untuk TV3 dengan tajaan Telekom Malaysia dan Dana Belia 1Malaysia.

Am[sunting | sunting sumber]

Sejuta Impian diuar-uarkan sebagai "satu platform positif yang menawarkan insentif berguna kepada belia Malaysia untuk merealisasikan impian mahupun hasrat terpendam selama ini" oleh Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.[1][2][3]

Sejuta Impian mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia, tanpa mengira umur, jantina, kaum atau taraf sosial. Rancangan ini bukan sahaja terbuka kepada individu, malah syarikat persatuan dan komuniti juga, menurut penerbitnya, Sunil Kumar.[3] Jelas Izham, "Tanpa mengira latar belakang dan status individu, asalkan impian mahupun hasrat yang disarankan berkaitan rapat dengan pembangunan, membawa perubahan besar serta memberi kesan kepada komuniti setempat dan masyarakat, anda semua mungkin merupakan di antara individu bertuah yang terpilih untuk menerima habuan yang ditawarkan."[2]

Format[sunting | sunting sumber]

Seperti dengan rancangan berbentuk pertandingan, Sejuta Impian bermula dengan sesi uji bakat yang diadakan di pelbagai tempat di seluruh negara. Secara alternatif, sesiapa yang ingin menyertai rancangan ini juga boleh menghantar permohonan melalui e-mel kepada pihak penganjur. Pihak penganjur menghubungi mereka yang layak untuk menyertai rancangan Sejuta Impian.

Setiap episod dugaan sebenar Sejuta Impian, yang mana para peserta perlu berhujah di hadapan juri, terdiri daripada tiga bahagian, iaitu sesi perkenalan peserta dan panel juri (yang berubah-ubah dari episod ke episod), sesi penerangan bilamana peserta menjelaskan manfaat impian yang ingin ditunaikan kepada masyarakat ataupun golongan sasaran dan pengumuman keputusan panel juri. Juri menetapkan wang ganjaran (atau menolak) peserta berasaskan keyakinan mereka terhadap kemampuannya berasaskan apa yang diperdengarkan di sesi penerangan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kemalia Othman (17 Februari 2011). "'Sejuta Impian' Penuhi Impian Rakyat Malaysia". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-18. Dicapai pada 18 November. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. ^ a b Budiey (1 Mac 2011). "Ujibakat Mencari Peserta Sejuta Impian TV3". Sensasi Selebriti. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2013. Dicapai pada 29 Ogos 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ a b zyzamani (18 Februari 2011). "Sejuta Impian Tunaikan Segala Hasrat Terpendam". murai.com.my. Foto oleh Mazlan Yunos Photography. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-25. Dicapai pada 29 Ogos 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]