Baki Zainal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Baki Zainal
Kelahiran
Zahamin Baki bin Zainal

(1981-05-16) 16 Mei 1981 (umur 42)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPengacara, pelakon, penyampai radio
Terkenal keranaboleh ambil 3 bahasa ialah mandarin bahasa melayu dan bahasa ingeris
Bapameninggal dunia masa 2015

Zahamin Baki bin Zainal(mandrin:巴麒) (lahir 16 Mei 1981) ialah seorang pengacara, pelakon dan penyampai radio Malaysia, terkenal dengan kefasihannya berbahasa Mandarin. Beliau ialah seorang pengacara televisyen bertaraf Asia. Baki juga pernah dipilih dua tahun berturut-turut sebagai pengacara Asian Television Awards 2016 dan 2017 di Singapura.[1]

Dilahirkan pada 16 Mei 1981 di Johor Bahru, Johor, Baki mendapat pendidikan di Sekolah Cina Foon Yew, Johor Bahru hingga usia 17 tahun. Namun kerana untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Baki akhirnya berpindah ke Shah Alam, Selangor.[2]

Kerjayanya sebagai pengacara bermula apabila ditawarkan mengacarakan rancangan Teens World bersama pelakon Fazura di TV2, kemudian menjadi hos rancangan berbahasa Mandarin Step Forward musim keenam di 8TV. Episod pertama sudah mula disiarkan sejak 21 Februari lalu di saluran Hip, 8TV.[3]

Beliau pernah berkhidmat di TV9 pada 2007 di bawah unit Perhubungan Awam. Sebagai pelakon, Baki pernah berlakon dalam sitkom komedi seperti Kopitiam dan Mr Siao’s Mandarin Class.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Sini Ada Hantu Bakri
2014 Rentap
2022 Juang Pemandu

Radiografi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Stesen
2013–2016 Rancangan Suria Pagi Suria

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norhayati Nordin (18 September 2018). "Jelajah banyak negara Asia". Harian Metro. Dicapai pada 23 April 2019.
  2. ^ "Kelebihan Anak Melayu Fasih Berbahasa Cina - Baki Zainal Jadi Pengacara Rancangan Cina". Sha My Heart. 25 Oktober 2011. Dicapai pada 23 April 2013.
  3. ^ a b Zaidi Mohamad (24 Mac 2010). "Baki fasih berbahasa Cina". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-23. Dicapai pada 23 April 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]