Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kampong Baru Pertang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kampong Baru Pertang
Lokasi
Jalan Pertang, 72300, Spg. Pertang,, [Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6064942572
Kod sekolahNBC0020
Pengerusi PIBGSiow Sze Lok
PengetuaEn. Lim Teng Hock
GPK Pentadbiran dan AkademikCik Tai Sou Fon
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Phang Lee Lin
Penolong Kanan KokurikulumPn. Tai Soo Ching
Faks6064941802
Map


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kampong Baru Pertang atau nama ringkasnya SJK(C) Kg Baru Pertang, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Jalan Pertang.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kampong Baru Pertang memiliki 57 pelajar lelaki dan 72 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 129 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SJK(C) Kg. Baru Pertang adalah sebuah sekolah luar bandar, terletak di Daerah Jelebu, 65 KM dari bandar Seremban.

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1935, dengan nama asalnya Sekolah Rendah Pertang ( Persendirian ). Pengasas-pengasas sekolah ini terdiri daripada penduduk kampung. Mereka adalah : - En. Chia Sip ( Ketua ), En. Siow Yong Fei, En. Siow Sze Hoon, En. Hoh Leong, En. Siow Thiam, En. Cheng Choon, En. Tan Piau, En. Tan Tiong Siang, En. Choo Thet dan En. Yau Fong Chen.

Pada mulanya bangunan sekolah ini terletak di No. 29, Jalan Lama, Pertang. Sepanjang tempoh ini, sekolah ini adalah dibawah pentadbiran dan penguasa En. Cha Nam Seng, En. Phang Cheng Chee, En. Foo Yee Fu, En. Chew Yew Sim dan Pn. Ong Yoke

Sehingga tahun 1946, atas sebab kekurangan bilik darjah, kutipan derma telah dijalankan untuk membina bangunan sekolah tambahan bagi menampung bilangan murid yang kian menambah. Bangunan tambahan telah dibina di kawasan terpencil, ½ batu dari pekan Pertang. Pada masa itu, hanya terdapat 3 buah bilik darjah. Guru Besar pada masa itu ialah En. Siow Kim Meng. Pada masa yang sama, sekolah ini telah didaftarkan sebagai sebuah sekolah kerajaan yang sah.

Pada tahun 1949, En. Wong Kim Loon menyandang jawatan Guru Besar di sekolah ini. Pada tahun 1951 semasa undang-undang darurat diisytiharkan di Malaysia, banyak kesulitan dan masalah telah timbul dikalangan murid-murid yang belajar di kawasan terpencil. Oleh itu, bangunan bilik darjah lama itu dirobohkan dan pindah balik ke Jalan Lama. Pada masa itu, hanya terdapat 6 buah bilik darjah dan 2 buah asrama saja.

Pada tahun 1993, projek bangunan tambahan 3 tingkat dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke 6. Bangunan tersebut telah disiap bina pada tahun 1994 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Fong Chan Onn ( Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia ) pada 10-09-1994.

Pada tahun 2006, Sebuah makmal komputer telah siap dibina dan diserahkan kepada pihak sekolah pada tahun 2007. 21 buah komputer telah dipasang pada tahun 2009 dan kelas komputer dimulakan pada Mei 2009.

Pihak PIBG berusaha membina sebuah pondok kecil untuk pegawai keselamatan di depan pintu utama sekolah pada tahun 2009. Pada tahun yang sama, pihak JKKK Kg. Baru Pertang memberi sumbangan RM 10,000.00 untuk mengganti pagar baru di bahagian hadapan sekolah.

Pada awal tahun 2011, pihak PIBG menerima sumbangan sebanyak RM 20,000.00 daripada YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim membiayai kos mengganti pintu bilik darjah dan menaiktaraf pejabat dan bilik GPK.


Senarai Nama Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  1. Tahun 1935 陈南成, 彭清凡, 卜郁夫, 赵右新, 王玉英
  2. Tahun 1946 En. Siow Kim Meng
  3. Tahun 1949 En. Wong Kim Loon
  4. Tahun 1953 En. Liew Wei Shing
  5. Tahun 1954 En. Siow Cheng Chong
  6. Tahun 1956 En. Lee Yoke Pok
  7. Tahun 1959 En. Foo Hai Weng
  8. Tahun 1960 En. Foo Thong Wing
  9. Tahun 1982 En. Siow Yu
  10. 16 - 11 - 1987 En. Lai Piang Nam
  11. 01 - 04 - 1993 En. Len Kim Soon
  12. Tahun 1999 En. Ma Ah Kee
  13. Tahun 2002 Pn. Wong Rui Yong
  14. Tahun 2002 En. Poh Yong Hwa
  15. Tahun 2004 En. Tan Chong Ming
  16. 16 - 07 - 2004 En. Sam Mok Sang
  17. 01 - 06 - 2006 En. Chong Yung Fo
  18. 16 - 09 - 2007 En. Choo Sum Fah
  19. 25 - 08 - 2008 En. Kam Yen
  20. 03 - 01 - 2012 En. Lim Teng Hock

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kampong Baru Pertang
Jalan Pertang
72300, Spg. Pertang
Negeri Sembilan,  Malaysia
Telefon = 6064942572
Fax = 6064941802

Rujukan[sunting | sunting sumber]