Sekolah Kebangsaan (Felda) Redong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

SK Felda Redong mendapat nama sempena nama tanah rancangan FELDA Redong yang telah ditubuhkan pada pertengahan tahun1981. Pada masa itu hanya terdapat 30 orang pelajar sahaja. Ia merupakan cawangan kepada SK LKTP Kemelah yang berada di bawah pentadbiran En. Abd Aziz bin Norahim.

En Jaafar Bin Ali merupakan Guru Besar pertama sekolah ini, mulai tahun 1982 setelah bilangan murid sekolah melebihi 100 orang. Sementara menunggu bangunan sekolah siap dibina, rumah-rumah peneroka berhampiran sekolah dijadikan bilik darjah sementara. 

Keseluruhan murid-murid sekolah ini adalah anak peneroka tanah rancangan FELDA Redong. Pada tahun 1982, pertambahan bilangan murid kepada 100 orang telah membolehkan ia ditadbir sendiri. Guru Besarnya yang pertama adalah En. Jaafar bin Ali. Pada peringkat awalnya, murid-murid ditumpangkan di rumah-rumah peneroka kosong yang ada di hadapan sekolah ini sekarang.

Pada tahun 1983, dua buah bangunan 2 tingkat ( Blok A dan B ) dan sebuah kantin didirikan. Mulai saat itu, semua guru dan murid pun mulalah menggunakan bangunan kekal tersebut. Pada tahun itu, terdapat seramai 15 orang guru dan 322 orang murid.

Setahun kemudian, bilangan murid bertambah kepada 609 orang. Pertambahan pesat bilangan murid ini membuatkan kerajaan terpaksa membina bangunan tambahan. Pada tahun1986, sebuah blok setingkat didirikan dan seterusnya pada tahun 1988 satu blok lagi bangunan 2 tingkat didirikan di bawah Projek Bank Dunia.

Bilangan murid sekolah ini mencatatkan rekod paling banyak pada tahun 1992 dengan seramai 1101 orang murid dan 45 orang guru. Murid-murid ini dimasukkan ke dalam 28 buah kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan dua sesi persekolahan.  Mulai tahun 1993, bilangan murid merosot kepada 1085. Keadaan ini berterusan hinggalah sekarang (2005) di mana bilangan murid hanyalah 408 termasuk murid Pra Sekolah. Ini disebabkan umur peneroka di sini yang semakin meningkat.

Bilangan murid kian bertambah dari tahun ke tahun. Namun begitu bilangan murid mula menurun beberapa tahun kebelakangan ini. Bagi kedudukan sekolah berakhir pada 1 Oktober 2010 ialah 345 orang murid termasuk 50 murid Prasekolah.

Pada tahun 1983, bilangan murid telah pun meningkat kepada 322 orang dengan bimbingan 15 orang guru. Menjelang pertengahan tahun 1983 murid-murid telah mula belajar dibangunan sekolah yang telah siap sepenuhnya. Bangunan sekolah terdiri dari 2 blok bangunan dua tingkat dan sebuah kantin sekolah.

Pada tahun 1984, bilangan murid telah meningkat kepada 609 orang murid yang diagihkan kepada 15 buah kelas dengan bimbingan 20 orang guru. Pertambahan keperluan bilik-bilik darjah amat diperlukan dengan bertambahnya murid.

Pada tahun 1986, satu blok bangunan satu tingkat ( projek kilat ) yang mengandungi 6 bilik darjah telah siap dibina. Pada tahun 1988, satu lagi blok bangunan baru telah dibina dibawah peruntukkan kewangan Projek Bantuan Bank Dunia.

Pada tahun 2000, sebuah bangunan tiga tingkat yang serba lengkap dengan bilik mesyuarat, bilik muzik, pusat sumber dan bilik komputer telah dibina. Bangunanan setingkat (BlokD) pula telah diubahsuai menjadi kelas untuk murid Pra Sekolah. Kemudian pada tahun 2004 pula, sebuah makmal komputer yang dilengkapi dengan 21 buah komputer dan sebuah pelayan diguna pakai dengan rasminya.

Ustaz Amran Bin AB Shukor telah mula bertugas sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Felda Redong, Labis mulai 16 Julai 2010.

Sekolah ini yang terletak 32km dari bandar Segamat dan dibawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Segamat. Sekolah ini juga dibawah naungan Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Kemelah di dalam Kawasan Parlimen Sekijang.

Sekolah ini berpotensi cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum di peringkat daerah Segamat mahupun Negeri Johor. Sekolah ini sentiasa berada dalam kelompok tiga sekolah Felda terbaik daripada 11 buah sekolah Felda Segamat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan (Felda) Redong
SK (FELDA) Redong
85000, Segamat
Johor, Malaysia
Telefon = 07-9291900
Fax = 07-9291900
Email = skredong@gmail.com

Pautan luar https://skfeldaredong.blogspot.my/[sunting | sunting sumber]