Sekolah Kebangsaan Kota Aur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kota Aur
Lokasi
Kota Aur, Sik, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoILMU JANA KECERMELANGAN
Nombor sekolah047520409
Kod sekolahKBA8019
Faks047520409
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Kota Aur atau nama ringkasnya SK Kota Aur, merupakan sebuah Sekolah Rendah yang terletak di daerah Sik, Kedah.[1]

SKKA: Smart, Kreatif, Komited, Akauntabiliti

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SK Kota Aur dibina di atas sebuah tanah milik Yayasan Tunku Abdul Rahman dengan keluasan 4.5 hektar. Sekolah ini mula dibina pada bulan Februari 2000 setelah Kementerian Pendidikan mengeluarkan tender pada bulan November 1997.

Syarikat Indera Construction telah diberi kepercayaan untuk membina sekolah ini dengan menelan belanja berjumlah RM6,335,190.00. Pembinaannya bermula pada 1 Januari 2001 tetapi pada tarikh tersebut, ia hanya siap separuh jalan.

Justeru itu, Syarikat Safaha Construction telah diberi tanggugjawab sebagai kontraktor penyelamat dengan kos pembinaan semula yang menelan belanja berjumlah RM6,508,065.00. Projek ini adalah di bawah pengawasan Syarikat Urusbudi Sendirian Berhad yang beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor.

Syarikat Safaha Construction akhirnya telah berjaya menyempurnakan pembinaan sekolah ini pada bulan Disember 2002 dan penyerahan bangunan telah disempurnakan pada bulan Februari 2003 oleh syarikat ini kepada Kementerian Pelajaran.

Setelah semua perancangan selesai, Sekolah Kebangsaan Kota Aur mula beroperasi pada 16 April 2003, dengan bilangan murid seramai 150 orang. Semuanya dari SK Ampang Muda.

SK Kota Aur telah mengalami satu fasa pembaikan struktur bangunan secara besar-besaran akibat daripada beberapa masalah struktur bangunan yang agak kritikal pada tahun 2009. Kementerian telah memberi kepercayaan kepada Syarikat Pembangunan Mesra bagi melaksanakan tugas ini. Dengan kos RM 5.4 juta, kerja-kerja pembaikan selesai dengan jayanya pada bulan Januari 2010. Kini, fizikal SK Kota Aur telah mengalami satu transformasi yang amat drastik dan ceria.

Pn. Hendun bt Yusoff, GTT Pentadbiran telah menjalankan tugas Guru Besar sehingga 16 Jun 2003. Pada tanggal tarikh tersebut, En. Mohd Saad Hj. Hashim melaporkan diri Sebagai Guru Besar pertama. Kini, En. Yushaimi Mohamad Yusuff bertugas sebagai Guru Besar SK Kota Aur.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2015 :

  1. Johan Program Mengimarahkan Surau Zon Sik, Kedah
  2. Mewakili daerah Baling/Sik ke Kejohanan Ragbi Sentuh MSSK 2015
  3. Mewakili daerah Baling/Sik ke Kejohanan Ping Pong MSSK 2015
  4. MTQ Zon Sik : Tilawah Perempuan - Kedua

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kota Aur,
Mukim Sok,
08210 Sik,
Kedah Darul Aman

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]