Sekolah Kebangsaan Sg Serai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sg Serai
Lokasi
Kuang, Rawang, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0360343379
Kod sekolahBBA7209
Pengerusi PIBGPn Norafidah
Guru besarPn Che Haslina binti Che abdul Hadi
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Norazah binti Mohd Nor
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Nazrul bin Ahmad Zaidi
Penolong Kanan KokurikulumEn Ashrul Nizam bin Mohamad Rozi
Faks0360371259


Sekolah Kebangsaan Sg Serai atau nama ringkasnya SK Sg Serai, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kuang.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sg Serai memiliki 134 pelajar lelaki dan 176 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 310 orang. Ia mempunyai seramai 25 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sungai Serai telah di buka pada 1 Mei 1966. Dengan bilangan murid 42 orang dari pelbagai umur dengan 4 orang guru menumpang di Balai Raya Kampung Sungai Serai. Guru Besar yang pertama ialah Cikgu Akasah bin Hj Taib. Beliau di bantu oleh 3 orang guru yang lain Cikgu Esah, Cikgu Ali dan Ustaz Dawam. Pada tahun 1967, kerajaan telah meluluskan pembinaan bangunan baru separuh kayu dan separuh batu sebagai bangunan kekal Sekolah Kebangsaan Sungai Serai di atas tanah seluas 7 ekar.Bangunan baru ini mengandungi 3 buah kelas, satu ruang pejabat dan bilik guru besar. Pada tahun 1968 murid – murid mula berpindah ke bangunan baru. Bangunan ini telah di rasmikan oleh Dato’ Harun bin Idris iaitu Menteri Besar Selangor pada 5 Mac 1969. Oleh kerana kekurangan tempat bagi menampung 6 kelas yang berbeza tahap umur, setiap kelas telah di jadikan kelas bergabung

Oleh kerana kekurangan murid, satu ketika Sk Sungai Serai hampir ditutup dan murid- murid akan di gabungkan dengan SK Kuang. Namun dengan kebijaksanaan Guru Besar Cikgu Zainodin Rafe’l, yang meminta murid- murid Orang Asli dari Hulu Kuang di bawa masuk ke SK Sg Serai telah menyelamatkan keadaan. Pada tahun 1986, Bangunan Pusat Sumber didirikan hasil sumbangan bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Hj Ahmad Razali b Hj Ali. Sebuah bangunan berhampiran sebuah lagi bangunan sekolah telah didirikan secara gotong royong dengan kerjasama PIBG sekolah hasil peruntukan RM 50,000.00 oleh KPM. Bangunan baru yang lebih baik dengan keseluruhannya di rasmikan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Muhammad bin Mohd Taib pada 1 Disember 1986. Pada tahun 2001 sebuah bangunan makmal komputer telah didirikan. Seterusnay pada tahun 2002, sebuah lagi bangunan baru mengandungi 3 tingkat dan satu bangunan kantin telah di dirikan dan mula di gunakan pada tahun 2003. Sekolah Kebangsaan Sungai Serai kini bertambah meriah dengan kewujudan perumahan baru di sekitar kundang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sg Serai
Kuang
Selangor,  Malaysia
Telefon = 0360343379
Fax = 0360371259

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • [Sekolah Kebangsaan Sungai Serai|Sekolah Kebangsaan Sungai Serai BBA4001]]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]