Menteri Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik
papar  bincang  sunting

Menteri Besar merupakan gelaran bagi Ketua Eksekutif bagi kerajaan negeri di Malaysia yang mempunyai Raja atau Sultan iaitu Perlis, Johor, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan, gelaran bagi Ketua Eksekutif bagi kerajaan negeri ialah Ketua Menteri.

Gelaran jawatan ini diwujudkan oleh Kerajaan British pada tahun 1948 ketika Persekutuan Tanah Melayu mula dibentuk tetapi semasa kesultanan Melayu dahulu jawatan yang seumpama dengannya dikenali sebagai Bendahara. Tetapi bagi sesetengah negeri seperi Johor, jawatan Menteri Besar telah lama wujud sebagaimana tertakluk di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Johor, iaitu sebelum Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan dan dilantik sendiri oleh Sultan terdiri daripada pegawai tertinggi kerajaan negeri.

Nama jawatan Menteri Besar adalah mengambil nama yang digunakan di negeri Johor bagi tujuan penyeragaman. Sebelum itu pelbagai nama telah digunakan seperti Perdana Menteri Malaysia di negeri Kelantan.

Selepas merdeka, jawatan Menteri Besar dipilih daripada parti yang mendapat majoriti bagi kerusi Dewan Undangan Negeri selepas setiap kali Pilihanraya diadakan.

Isi kandungan

[sunting] Senarai Menteri Besar dan Ketua Menteri

Berikut merupakan senarai Menteri Besar dan Ketua Menteri yang terkini selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 (8 Mac 2008).

Negeri Nama Menteri Besar/Ketua Menteri Parti Sumber
Bendera Perlis Perlis Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu Barisan Nasional BN [1]
Bendera Kedah Kedah Dato' Seri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak Parti Islam Se-Malaysia PAS [2]
Bendera Pulau Pinang Pulau Pinang Lim Guan Eng Parti Tindakan Demokratik DAP [3]
Bendera Negeri Perak Perak Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir Barisan Nasional BN [4]
Bendera Selangor Selangor Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim Parti KeADILan Rakyat PKR [5]
Bendera Negeri Sembilan Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan Barisan Nasional BN [6]
Bendera Melaka Melaka Datuk Seri Mohd. Ali bin Mohd. Rustam Barisan Nasional BN [7]
Bendera Johor Johor Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman Barisan Nasional BN [8]
Bendera Pahang Pahang Dato' Sri Adnan bin Yaakob Barisan Nasional BN [9]
Bendera Terengganu Terengganu Dato' Ahmad bin Said Barisan Nasional BN [10]
Bendera Kelantan Kelantan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Parti Islam Se-Malaysia PAS [11]
Bendera Sabah Sabah Datuk Seri Musa bin Haji Aman Barisan Nasional BN [12]
Bendera Sarawak Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud Barisan Nasional BN [13]

[sunting] Senarai Menteri Besar/Ketua Menteri

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain