Sekolah Menengah Agama (Arab) Parit Raja
| Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
| 150px | |
| Jenis | Sekolah menengah agama, Sekolah swasta |
|---|---|
| Lokasi | |
Sekolah Menengah Agama (Arab) Parit Raja atau SMA Arab Parit Raja ialah sebuah sekolah menengah agama terletak di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Nama asal ia ialah Madrasah Tarbiah Islamiah (MAI).
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah ringkas
Madrasah Tarbiah Islamiah Parit Raja telah diasaskan penubuhannya oleh allahyarham Tuan Haji Nawawi yang pada masa itu menjadi ketua kampung Parit Raja. Bangunan asal MAI terletak di pekan Parit Raja, telah disempurnakan pembukaan rasminya oleh allahyarham Dato Abdullah bin Abdul Rahman, Yang Dipertua Jabatan Agama Johor pada 6 Jun 1941.
Di zaman pemerintahan Jepun, sekolah ini telah ditutup pada 1hb. Januari 1948. Sekolah ini telah dipindahkan ke Parit Raja Darat, dan dibuka semula pada 4hb.april 1949. Sekolah ini berpindah ke tapak yang ada sekarang dan pembukaan rasminya disempurnakan oleh menteri besar Johor ketika itu, Y.A.B Tan Sri Dato Hj. Hassan Yunus pada 27hb. November 1965.
Walau bagaimanapun sekolah ini telah ditutup semula pada tahun 1989. Sekolah ini dibuka semula apabila sessi persekolahan tahun 1992/1993 dengan nama Sekolah Menengah Agama (Arab) Tarbiah Islamiah, Parit Raja.
Semasa sekolah ini ditutup pada tahun 1989. bangunan sekolah ini digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) untuk dijadikan bengkel kemahiran bagi melatih penduduk tempatan.
Semasa sessi persekolahan tahun 1992/1993 dijalankan, sekolah ini mempunyai satu kelas tingkatan satu (Akademik) dengan bilangan murid seramai 20 orang dan satu lagi kelas tingkatan satu (Arab) yang terdiri dari murid-murid yang telah mempunyai SRP dan SPM. Bilangan tenaga pengajarnya terdiri daripada seorang pengetua dan tiga orang guru penolong, dua daripadanya khas mengajar mata pelajaran sebagaimana yang diajar di sekolah-sekolah menengah kementerian.
Pada 18hb. januari 1996 bersamaan dengan 27 Saaban 1416 Hijrah, sekolah ini dirasmikan semula pembukaannya oleh Y.B Tuan Haji Abdul Kadir Bin Anuar, Pengurusi jawatankuasa hal ehwal agama islam Negeri Johor setelah tiga tahun beroperasi.
[sunting] Pembinaan
Bangunan sekolah ini dibina di atas tapak tanah wakaf seluar 4E. 3R. 37P. Penggunaan tapak adalah seperti berikut:
- Bangunan sekolah - 1 ekar
- Padang Permainan - 1.2 ekar
- Rezab - IE. 1R. 37P
- Lain-lain - 1 ekar
Hal-hal berkenaan bangunan:
- Hak milik bangunan: Bantuan kerajaan, bangunan tetap.
- Jenis bangunan: Batu dan kayu, ukuran bangunan 240 X24.
- Bilangan bilik darjah : 2 + 1 buah (1 Tadika KEMAS)
- Bilangan bilik bacaan : 1 buah
- Bilik darjah dijadikan asrama : 1 (lelaki) + 1 (perempuan)
[sunting] Akademik
Akademik di SMAPR dibahagikan kepada dua bidang utama yang mencakupi mata pelajaran yg ditawarkan oleh kementrian ditambah dengan pelajaran agama dan bahasa arab yang diajar dalam bahasa arab. Ini memberi peluang seluas-luasnya kepada pelajar untuk memajukan kebolehan dan bakat intelek mereka dlm pelbagai bidang.
Bagi menangani masalah keciciran dalam bahasa inggeris dan bahasa arab, pelajar tingkatan satu diberikan kursus intensif bahasa yg dimuatkan dlm jadual harian kelas selama 4-5 bulan. Pada penghujung bulan Mei, pelajar akan diuji bagi melihat keberkesanan atau pencapaian KIB. Peperiksaan ini akan dibuat serentak di semua sekolah-sekolah menengah agama / arab dan diselengarkan oleh bahagian pendidikan jabatan agama islam johor.
[sunting] Alamat
- Pos 2,
- Jalan Sekolah Arab,
- 86400 Parit Raja,
- Batu Pahat, Johor.
- Telefon = 07-4542639 (dahulu), 07-4545710 (sekarang)
- E-mel = smapr@johordt.com