Parit Raja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Parit Raja adalah sebuah kampung di Muar, Johor dan juga menyamai sebuah mukim di daerah Batu Pahat, Johor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kampung ini kecil namun besar sejarahnya. Kawasan ini yang asalnya dikenali sebagai jajahan Padang melangkaui beberapa kampung sekitar. Di jajahan inilah berlakunya peristiwa Perang Parang Panjang, peristiwa Lembing Awang Pulang ke Dayang dan sebagainya. Kampung ini dikenali sebagai Padang kerana ia meliputi kawasan Kampung Seri Menanti hingga Kampung Tadah Utara di Jalan Junid pinggir Kuala Sungai Muar. Ketika itu perumahan penduduknya begitu padat sehingga berlakunya kebakaran besar sehingga kawasan ini nenjadi padang jarak padang tekukur dan penduduk dari kampung lain menggelarnya padang. Ketika ini sempadan Parit Raja bermula dari Parit Amal hingga Parit Besar. Memperolehi nama sempena lawatan kerabat di Raja Johor yang mana dikatakan ada Raja yang berhenti di kampung ini untuk mendapatkan air minuman.

Kampung Parit Raja ini melangkaui 5 jalan utama iaitu:

  • Jalan Seri Tanjung - menghubungi Kg. Parit Seri Tanjung hingga Parit Jawa
  • Jalan Dato' Haji Kosai - sempena ADUN Parit Bakar Dato' Haji Kosai bin Haji Salleh
  • Jalan Temenggong Ahmad - mulai dari persimpangan Jalan Sulaiman-Parit Haji Baki-Jalan Temenggong Ahmad berhadapan Ibu Pejabat Tenaga Nasional hingga ke Pekan Pt. Jawa.
  • Jalan Abdul Rahman
  • Jalan Joned

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Dianggarkan lebih dari 250 keluarga menetap di perkampungan ini yang turut menempatkan:

  • SMK Tengku Mahkota
  • SK Parit Raja
  • Sekolah Agama Parit Raja

Kampung Parit Raja ini mempunyai sebuah Masjid Jame'di persimpangan Jalan Parit Raja dengan Jalan Temenggung Ahmad.

Makanan tradisional yang masyhur di kampung ini adalah seperti Beriani Gam, Nasi Minyak Pak Alam, Mee Rebus Pak Hashim, Mee Bandung, Rojak Wak Paino, Asam Pedas Ikan Sembilang dll.

Ketua Kampung yang terkenal pernah menerajui kampung Parit Raja ialah Haji Husin bin Ahmad ( Tok Husin Commitee)

Pawang Sulaiman merupakan seorang pawang masyhur di sini. Pawang Sulaiman atau di kenali sebagai wak leman juga mengajar silat dan ilmu kebatinan kepada individu tertentu.diantara pengikutnya adalah Md Anuar Bin Hj Abu.Beliau adalah anak angkat kepada wak leman.

Kegiatan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Mata pencarian penduduk kampung ini bergantung kepada kegiatan pertanian dan nelayan. Kampung ini memang terkenal dengan dusun buah-buahan seperti durian, duku, manggis, rambutan, cempedak, langsat, pulasan, rambai, nanas, kemang dan lain-lain.

Selain itu, petani di kampung ini menanam getah, kelapa, kelapa sawit, koko dan sayur-sayuran.

Muara Parit Raja dijadikan pengkalan Nelayan memungah hasil tangkapan ikan dari Selat Melaka untuk pasaran di kedai-kedai runcit. Tangkapan yang popular oleh nelayan Kampung Parit Raja ialah ikan kembung, selar, mayong, cencaru, sembilang dan parang. Pantainya juga kaya dengan hasil lokan, siput, kerang dan kupang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]