Sekolah Menengah Agama Maahad Al Mashoor Al Islami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Agama Maahad Al Mashoor Al Islami
Moto BERILMU, BERAMAL, BERTAKWA
Ditubuhkan 1919
Jenis Sekolah menengah agama, Sekolah kerajaan
Kod sekolah PFT3001
Lokasi  Malaysia Sungai Batu, Teluk Kumbar11920, Bayan Lepas,, Mutiara Timur, Malaysia
Kemasukan Pelajar Lelaki & Perempuan
Laman web Sekolah Menengah Agama Maahad Al Mashoor Al Islami
Telefon 6046491191
Faks 6046491191


Sekolah Menengah Agama Maahad Al Mashoor Al Islami atau nama ringkasnya SMA Maahad Al Mashoor Al Islami, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Sungai Batu, Teluk Kumbar.

Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Maahad Al Mashoor Al Islami memiliki 146 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 146 orang. Ia mempunyai seramai 18 orang guru.2009

Sejarah Maahad Al-Mashoor Al-Islami[sunting | sunting sumber]

Maahad Al-Mashoor Al-Islami ditubuhkan pada tahun 1918. Nama sebenar sekolah ini ialah Madrasah Al-Quran. Maahad Al-Mashoor diberi nama sempena nama seorang penghulu yang terkemuka di Pulau Pinang iaitu Tuan Habil Al-Mashoor. Asal usul sekolah ini bermula di Lebuh Aceh (Masjid Melayu).

Tahun 1918 sekolah ini berpindah ke Kampung Jawa kerana hendak membesarkan sekolah dan menambahkan mata pelajaran Agama dan Bahasa Arab. Oleh kerana memenuhi kehendak penuntut yang kian bertambah sekolah ini terpaksa berpindah sekali lagi. Sekolah ini berpindah ke Lebuh Teh Soon iaitu sebuah rumah kepunyaan Tuan Haji Bachik, seorang hartawan dari Melaka. Di sana kurikulum sekolah mula berubah bagi menyesuaikan dengan keadaan dan kehendak masa.

Sekolah ini menjadi terkenal di kalangan masyarakat melayu khasnya dan juga kaum Islam di pelusuk rantau kepulauan Indonesia dan Negeri Thai. Pada tahun 1934 Tuan Sheikh Abbas telah menjadi guru besar sekolah ini. Dalam masa pentadbiran Tuan Sheikh Abbas, sekolah ini berjaya mengeluarkan majalah bulanan seperti 'Ar-Raja' , 'Wahdatul Madaris' dan 'Risalatul Hijrah' . Semasa pemerintahan Jepun, sekolah in telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan tetapi dibuka semula apabila British memerintah semula. Pada awal 1957 Y.T.M Tunku Abd. Rahman Putera Al-Haj telah melawat sekolah lelaki dan perempuan. Sejak itu sekolah yang dahulunya tidak mendapat perhatian para pembesar Islam sudah mula menarik perhatian ramai.

Y.T.M. Tunku telah berjanji membantu mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua sekolah dan beliau juga telah menyuarakan supaya Jawatankuasa sekolah membuat permohonan bantuan kewangan kepada Lembaga Kebajikan Masyarakat Persekutuan Tanah Melayu dan lembaga ini telah bersetuju membina bangunan baru. Selepas tahun 1970 semasa Al-Ustaz Sheikh Ahmad Bajunid menjadi guru besar, beliau memainkan peranan penting dalam usaha menampung lebih ramai lagi murid-murid Melayu yang tercicir dari Sekolah Menengah Kerajaan. Dalam masa pentadbiran beliau sekolah ini menerima bantuan bulanan daripada Rabitah Al-Alam Al-Islami (The World Muslim League).

Pada akhir tahun 1978 Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil tanah tapak bangunan sekolah lelaki di Lebuh Tek Soon, Pulau Pinang untuk mendirikan Kompleks Tun Abd. Razak. Sebagai gantinya Kerajaan Negeri memberikan sebidang tanah di Jalan Air Itam seluas 2.8 ekar mulai 1 Januari 1979, Kementerian Pelajaran Malaysia bahagian Agama telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini secara rasmi. Setelah persetujuan diperolehi, dengan kerjasama Majlis Agama Islam Pulau Pinang pada Februari 1993 Maahad Al-Mashoor Al-Islami pun diwujudkan.

Oleh kerana tiada tempat yang sesuai MAIPP dan TRUSTY telah bersetuju untuk menumpang sementara di bangunan wakaf Masjid Riduaniah, Sungai Batu, Bayan Lepas, dan kini Maahad Al-Mashoor Al-Islami telah mula bertapak dan tersergam indah di Simpang Empat, Balik Pulau, Pulau Pinang. Tapak ini diberikan oleh kerajaan sebagai menggantikan tapak sebenar yang telah diambil alih untuk bangunan Komtar.

InsyaAllah, tanggal 22 April 2011 nanti dengan bangganya bakal menyaksikan Majlis Perasmian Maahad Al-Mashoor Al-Islami yang bakal dirasmikan sendiri oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan dan sekaligus nama maahad bakal bertukar ke Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Sejarah Maahad Al-Mashoor Al-Islami

Maahad Al-Mashoor Al-Islami ditubuhkan pada tahun 1918. Nama sebenar sekolah ini ialah Madrasah Al-Quran. Maahad Al-Mashoor diberi nama sempena nama seorang penghulu yang terkemuka di Pulau Pinang iaitu Tuan Habil Al-Mashoor. Asal usul sekolah ini bermula di Lebuh Aceh (Masjid Melayu).

Tahun 1918 sekolah ini berpindah ke Kampung Jawa kerana hendak membesarkan sekolah dan menambahkan mata pelajaran Agama dan Bahasa Arab. Oleh kerana memenuhi kehendak penuntut yang kian bertambah sekolah ini terpaksa berpindah sekali lagi. Sekolah ini berpindah ke Lebuh Teh Soon iaitu sebuah rumah kepunyaan Tuan Haji Bachik, seorang hartawan dari Melaka. Di sana kurikulum sekolah mula berubah bagi menyesuaikan dengan keadaan dan kehendak masa.

Sekolah ini menjadi terkenal di kalangan masyarakat melayu khasnya dan juga kaum Islam di pelusuk rantau kepulauan Indonesia dan Negeri Thai. Pada tahun 1934 Tuan Sheikh Abbas telah menjadi guru besar sekolah ini. Dalam masa pentadbiran Tuan Sheikh Abbas, sekolah ini berjaya mengeluarkan majalah bulanan seperti 'Ar-Raja' , 'Wahdatul Madaris' dan 'Risalatul Hijrah' . Semasa pemerintahan Jepun, sekolah in telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan tetapi dibuka semula apabila British memerintah semula. Pada awal 1957 Y.T.M Tunku Abd. Rahman Putera Al-Haj telah melawat sekolah lelaki dan perempuan. Sejak itu sekolah yang dahulunya tidak mendapat perhatian para pembesar Islam sudah mula menarik perhatian ramai.

Y.T.M. Tunku telah berjanji membantu mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua sekolah dan beliau juga telah menyuarakan supaya Jawatankuasa sekolah membuat permohonan bantuan kewangan kepada Lembaga Kebajikan Masyarakat Persekutuan Tanah Melayu dan lembaga ini telah bersetuju membina bangunan baru. Selepas tahun 1970 semasa Al-Ustaz Sheikh Ahmad Bajunid menjadi guru besar, beliau memainkan peranan penting dalam usaha menampung lebih ramai lagi murid-murid Melayu yang tercicir dari Sekolah Menengah Kerajaan. Dalam masa pentadbiran beliau sekolah ini menerima bantuan bulanan daripada Rabitah Al-Alam Al-Islami (The World Muslim League).

Pada akhir tahun 1978 Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil tanah tapak bangunan sekolah lelaki di Lebuh Tek Soon, Pulau Pinang untuk mendirikan Kompleks Tun Abd. Razak. Sebagai gantinya Kerajaan Negeri memberikan sebidang tanah di Jalan Air Itam seluas 2.8 ekar mulai 1 Januari 1979, Kementerian Pelajaran Malaysia bahagian Agama telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini secara rasmi. (SMKA Al-Mashoor L di Jalan Air Itam sekarang ini manakala SMKA Al-Mashoor P ditempatkan di Medan Lim Cheng Teik, Jalan Burma).

Memandangkan kurikulum SMKA Al-Mashoor telah berubah, para pemegang amanah berasa bertanggungjawab untuk mewujudkan semula sekolah agama yang menjadikan mata-mata pelajaran hadith, tafsir dan lain-lain lagi sebagai mata pelajaran asas. Setelah persetujuan diperolehi, dengan kerjasama Majlis Agama Islam Pulau Pinang pada Februari 1993 Maahad Al-Mashoor Al-Islami pun diwujudkan.

Oleh kerana tiada tempat yang sesuai MAIPP dan TRUSTY telah bersetuju untuk menumpang sementara di bangunan wakaf Masjid Riduaniah, Sungai Batu, Bayan Lepas, dan kini Maahad Al-Mashoor Al-Islami telah mula bertapak dan tersergam indah di Simpang Empat, Balik Pulau, Pulau Pinang. Tapak ini diberikan oleh kerajaan sebagai menggantikan tapak sebenar yang telah diambil alih untuk bangunan Komtar dan sekaligus nama maahad bakal bertukar ke Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Maahad Al Mashoor Al Islami
Sungai Batu, Teluk Kumbar
11920, Bayan Lepas
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6046491191
Fax = 6046491191

Alumni Maahad Al Mashoor Al Islami[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010 sekumpulan bekas pelajar Maahad diketuai oleh pengasas iaitu Presiden Jawatankuasa Penaja Isa Al Husam serta 11 orang Jawatankuasa Penaja telah bersepakat untuk menubuhkan sebuah organisasi persatuan untuk bekas-bekas pelajar.[perlu rujukan] Organisasi ini dikenali sebagai Persatuan Alumni Maahad Al Mashoor Al Islami atau nama singkatannya PAMMI juga dikenali sebagai AMMI yang membawa maksud signifikan 'bapa saudara'. Pelbagai program telah diaturkan dimana program Reunion Aidil Fitri adalah merupakan program tahunan yang diadakan setiap hari ketiga Syawal setiap tahun.

Nama senarai Ahli Jawatankuasa

Yang Di Pertua - Isa Al Husam Timb. Yang Di Pertua - Mohd Taufiq Mostafa Setiausaha Kehormat - Timb. Setiausaha Kehormat - Bendahari Kehormat - Anas Akmal Arshad Timb. Bendahari Kehormat - Mohd Khalleez

Pautan luar[sunting | sunting sumber]