Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist, Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Methodist Boys' School
Lokasi
Jalan Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia
Maklumat
Jenis Sekolah menengah kebangsaan
Moto Ora et Labora : Pray and Work
Ditubuhkan 1897
Pengetua Mr. Wong Chee Kheon
Kampus Bandar
Laman web

Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist atau Methodist Boys' School (MBS) ialah sebuah sekolah menengah perdana di dalam bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia dan telah diasaskan pada bulan Julai 1897. Sekolah ini juga dikenali sebagai Marble School pada masyarakat Jalan Petaling. Setelah lebih daripada satu abad dan sepuluh tahun sejak penubuhannya oleh seorang pegawai perubatan British di atas kapal perang HMS Orion, Dr William T Kensett, MBSKL telah dianugerahkan "sekolah kluster" oleh Kementerian Pendidikan. MBSKL adalah satu-satunya sekolah di Kuala Lumpur yang ditubuhkan oleh seorang pegawai tentera British.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist memiliki 744 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 744 orang. Ia mempunyai seramai 60 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

MBSKL telah diasaskan oleh Rev. Dr. William T. Kensett, seorang tentera laut Royal Navy kapal perang HMS Orion. Pada bulan Julai 1897, beliau mempunyai niat untuk mendirikan sebuah gereja dan sekolah bagi masyarakat Tamil di Kuala Lumpur dan beliau telah meninggalkan Tentera Laut British. Satu kedai telah diperolehi di sudut Batu Road dan Java Street, dan sekolah didominasi Tamil telah dinamakan sekolah Anglo-Tamil.

Pada tahun 1904, sekolah ini telah dipindahkan ke premis terkini di Bukit Petaling dan sekolah Anglo-Tamil telah dinamakan semula sebagai Methodist Boys' School Kuala Lumpur oleh Rev William E Horley,nama yang digunakan hingga ke hari ini.

Pada tahun 1954, Kumpulan 1st Kuala Lumpur Boys' Brigade Company telah ditubuhkan di sekolah oleh En. Khoo Oon Soo dan Mr. R.A. Allen. Selepas beberapa tahun yang pertama, 1st KL telah dianjakkan ke Gereja Wesley hanya di pintu sebelah sekolah, dan menggunakan premis gereja sebagai tempat mesyuarat yang pertama. Kumpulan 1st Kuala Lumpur Boys' Brigade Company adalah kumpulan ketiga tertua di Malaysia, dan ianya dikenali disebabkan oleh sejarahnya di dalam keputusan pertandingan band, kawat kaki dan Talent Time pada peringkat kebangsaan. Company juga menghasilkan satu koleksi President's Men dan Founder's Men, juga dua Queen's Men.

Pada tahun 1958, sekolah ini telah dibahagikan kepada sekolah menengah (MBSSKL) dan sekolah rendah (MBPSKL) mengikut dasar pendidikan negara pada waktu itu.

Sumber: MBSKL Centenary Commemorative Book

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Majulah MBS
Penuh azam baru
Dengan semangat waja
Kita menjulangkan namamu
Majulah MBS
Raih kejayaan
Harumkan namamu selalu
Kekalkan keunggulan
[1]

Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

Rumah Sukan Nama Warna Moto
Foong Wah En. Foong Yat Wah Merah Unity, Courage and Faith
Doraisamy En. Doraisamy Pillai Ungu Labor Omnia Vincit (Labour conquers all things)
Chow Thye En. Loke Chow Thye Biru Ever Linking
Loke Yew En. Loke Yew Kuning To Serve, To Strive but Not To Yield
Horley Rev. Horley Hijau Ever Onward
Shellabear Rev. Shellabear Kelabu
Goh Tong En. Lim Goh Tong Oren
Mori En. T Mori Perang

Senarai pengetua MBSSKL[sunting | sunting sumber]

  • 1897-1899 Dr. William Thomas Kensett, M.D.
  • 1899-1901 Rev. Samuel Abraham
  • 1901-1907 Rev. William Edward Horley, M.B.E.
  • 1908-1912 Mr. Robert T. McCoy, B.Sc
  • 1913 Rev. B.J.Baughman, M.A.
  • 1913 Rev. Walter Guy Parker, M.A.
  • 1914 Rev. Preston Littlepage Peach, M.A.,M.M.E
  • 1915 Rev. George F. Pykett
  • 1915-1919 Rev. Preston L. Peach, M.A.,M.M.E
  • 1919-1924 Rev. Walter Guy Parker, M.A.
  • 1924-1926 Mr. Thomas William Hinch, O.B.E.
  • 1926-1929 Rev. R.A. Blasdell, B.A. (memangku)
  • 1930-1933 Rev. T.W. Bowmar
  • 1934-1937 Rev. Preston L. Peach, M.A., M.M.E.
  • 1938 Rev. W.A. Schurr, M.A., B.D. (memangku)
  • 1939-1941 Rev. Preston L. Peach, M.A., M.M.E.
  • 1942-1944 <zaman perang>
  • 1945-1946 Mr. S. Kanagaratnam (memangku)
  • 1947-1948 Rev. Preston L. Peach, M.A., M.M.E.
  • 1949-1952 Mr. Hugh F. Clancy, B.A.
  • 1950-1951 Mr. T.K. Cheong (memangku)
  • 1952-1955 Dr. Ho Seng Ong, Ed.D, M.A., P.R.G.S
  • 1955-1968 Mr. T. Mori, R.C.D.
  • 1969-1978 Mr. Tan Hee Heng, R.C.D.
  • 1979-1985 Mr. Yong Chee Seng
  • 1986-1995 Mr. Loh Kung Sing
  • 1995-1996 Mrs. Hew Jih Ying
  • 1997-2004 Mr. Loo Wan Yong
  • 2004-2005 Ms. Moey Yoke Lai
  • 2005-kini Mr. Wong Chee Kheon

Alumni terkenal[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [1], Methodist Boys' Secondary School.