Ong Tee Keat
| Yang Berhormat Dato' Sri Ong Tee Keat |
|
|
Presiden Persatuan Cina Malaysia
|
|
| Tempoh berjawat 18 Oktober 2008 – Mac 2010 |
|
| Didahului oleh | Tan Sri Ong Ka Ting |
|---|---|
| Digantikan oleh | Dato Seri Chua Soi Lek |
|
Menteri Pengangkutan
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 18 Mac 2008 |
|
| Didahului oleh | Tan Sri Chan Kong Choy |
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 21 Mac 2004 |
|
| Didahului oleh | kawasan baru |
| Majoriti | 2,961 |
|
|
|
| Tarikh lahir | 1956 |
| Tempat lahir | Jalan Petaling, Kuala Lumpur |
| Parti politik | |
| Pasangan | Datin Sri Chooi Yoke Chun (徐玉珍) |
| Anak | 3 anak perempuan |
| Tempat tinggal | Taman Midah, Cheras |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Profesion | Jurutera |
| Agama | Buddhisme |
| Laman web | http://www.ongteekeat.net/ |
Dato' Sri Ong Tee Keat merupakan ahli politik Malaysia dan bekas Menteri Pengangkutan Malaysia. Beliau juga merupakan bekas presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang berkhidmat dari 18 Mac 2008 hingga Mac 2010.[1]. Pada 1 Jun 2010, beliau telah digantikan oleh Datuk Seri Kong Cho Ha untuk jawatan Menteri Pengangkutan.
Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Di dalam politik akar umbi parti MCA, beliau pernah menjadi Naib Presiden MCA dan Ketua Pemuda MCA.
Isi kandungan |
[sunting] Kehidupan peribadi
Anak kepada penjual ikan, Tee Kiat merupakan seorang akar umbi MCA yang aktif walaupun beliau berada di universiti. Selepas menjalani pendidikan menengahnya di Sekolah Tinggi Confusian di Kuala Lumpur, beliau pergi ke MBSKL untuk meneruskan pelajarannya di Tingkatan Enam. Enam tahun selepas bekerja sebagai jurutera mekanikal, beliau berhenti untuk menjadi setiausaha politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lee Kim Sai dalam tahun 1986.
[sunting] Politik
Beliau merupakan Ahli Parlimen Pandan, Selangor dari MCA. Beliau mula bertanding di Pilihan raya kecil Ampang Jaya 1989 , menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris yang menjadi calon parti Semangat 46.
Pada tahun 2004, beliau memenangi kerusi Parlimen Pandan, Selangor. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mempertahankan kerusi Parlimen Pandan dan mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Syed Shahir Syed Mohamud dengan majoriti sebanyak 2,961 undi. Beliau memperolehi 25,236 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 22,275 und
[sunting] Isu dan kontroversi
[sunting] Ugutan bunuh
Pada 27 Julai 2009, Lim Kit Siang dari DAP membuat laporan polis berhubung ancaman bunuh yang diterima Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat di ibu pejabat polis Petaling Jaya.
Akhbar Sunday Star menyiarkan ugutan bunuh itu pada 26 Julai 2009 :
- "If you're wiped out from this world some day, you should know why this has happened." (Jika anda dilenyapkan dari dunia ini pada satu hari, anda patut tahu kenapa ini berlaku).[2]
[sunting] Skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang
Dato' Seri dikatakan terlibat dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang apabila namanya dikaitkan oleh ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa beliau telah menerima RM10 juta daripada ketua pegawai ekskutif berkenaan tahun lepas. Beliau telah menafikannya dan telah membuat laporan polis serta memfailkan saman RM500 juta terhadap Tiong.
Berikutan dengan itu, pada 3 dan 4 September 2008, SPRM telah menemubualnya selama tiga jam bagi kali pertama dan bagi kali kedua tidak diberitahu berapa lama beliau disoalsiasat.[3]
[sunting] Rujukan
- ↑ Nurul Ain Mohd Hussain. "Pemilihan MCA: Tee Keat Presiden, Soi Lek Menang Mengejut", mStar Online, 18 Oktober 2008. Dicapai pada 21 Oktober 2008.
- ↑ Kit Siang Buat Laporan Polis Terhadap Ancaman Bunuh Presiden MCA
- ↑ "Tee Keat sekali lagi disoal siasat SPRM", Malaysiakini.com, 4 September.