Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah DRA1009
Lokasi  Malaysia Padang Raja, Melor16400, Kota Bharu,, [Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telefon 6097825100
Faks 6097825102


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor atau nama ringkasnya SMKA Melor, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Padang Raja, Melor.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor memiliki 264 pelajar lelaki dan 439 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 703 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

PROLOG Asal pembinaan sekolah ini merupakan sebuah Projek Bank Dunia bertujuan menampung permintaan yang amat tinggi terhadap Sekolah Menengah Kebangsaan Melor. Maka, pada 4 Mac 1990, tubuhlah sekolah ini dengan nama Sekolah Menegah Kebangsaan Melor 2. Jangkaan awal sekolah ini akan mula beroperasi pada sesi persekolahan 1990/1991, iaitu bulan Disember 1990. Namun, pembinaan yang siap lebih awal menyebabkan pihak Jabatan Negeri Kelantan mengarahkan supaya sekolah ini beroperasi pada Mac 1990. Pada mulanya, sekolah ini mempunyai 14 orang tenaga pengajar serta 5 orang pembantu kerja. Bekalan elektrik juga tiada kerana kerja-kerja pendawaian belum siap. Para pelajar pula diambil melalui tawaran secara bebas kepada para pelajar yang menuntut di sekolah-sekolah menengah berhampiran tanpa mengambil kira keputusan peperiksaan UPSR. Kumpulan pertama pelajar sekolah ini 150 orang dan diagihkan kepada 5 buah kelas. Sejak awal lagi, kurikulum yang ditawarkan kepada para pelajar ini mirip sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA), dengan menambah subjek Bahasa Arab. Setelah beberapa bulan beroperasi, sekolah ini mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menukar namanya kepada nama baru iaitu SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA MELOR (SMKA MELOR). Pada tahun 1997, bilangan pelajar SMKA MELOR telah meningkat kepada 446 orang yang ditempatkan dalam 15 kelas.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor mula terserlah sinarnya pada tahun 2003, di mana sekolah ini telah melahirkan seorang pelajar yang mendapat 11A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Irfan bin Ziad, merupakan pelajar straight A1 yang pertama daripada sekolah ini telah mencetuskan revolusi bagi generasi SMKA Melor yang seterusnya. Kejayaan ini telah disambung oleh Mohd Nuruddin Muhammad yang mendapat 12A1 dalam SPM 2006, yang kemudiannya diteruskan lagi oleh pelajar-pelajar seterusnya. Pada tahun 2007, visi sekolah telah ditukarkan kepada “SMKA Melor gemilang menjelang 2010. Insya-Allah”. Ringkas bunyinya, namun tepat serta jelas apa yang ingin dicapai oleh sekolah ini. Visi ini tidak menjadi sekadar kata-kata yang dilaungkan untuk mengejutkan para pelajar yang tidur, tetapi telah digalas dengan penuh tanggungjawab oleh seluruh warga SMKA Melor tidak kira pentadbir, guru-guru, ataupun para pelajar. Hal ini di buktikan melalui peningkatan keputusan peperiksaan PMR dan SPM dengan begitu drastik. Penglibatan kokurikulum juga amat memberangsangkan sehinggalah pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor telah menerima Anugerah Sekolah Cemerlang (ASC) yang begitu berprestij. Tahun 2009 juga merupakan tahun dimana SMKA Melor mula dikenali secara global. Bermula dengan mendapat johan Kem Pendidikan Alam (KEMPAS) peringkat kebangsaan anjuran Universiti Putra Malaysia, Exxonmobil, dan Berita Harian mengalahkan para peserta daripada sekolah-sekolah yang terkemuka seluruh Negara. Tidak cukup dengan itu, SMKA Melor terus mengorak langkah dengan menjadi juara International UTMBridge Model Competition peringkat antarabangsa. Mulai saat itu, SMKA Melor digeruni dan warganya sentiasa menjadi perhatian tidak kira di mana mereka berada.


Menjelang tahun 2010, SMKA Melor telah mencapai kegemilangannya seperti yang dijangka. Dengan keputusan peperiksaan PMR yang melonjak naik mencecah langit menjadikan SMKA Melor sebagai sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) yang terbaik seluruh Kelantan. Buat julung-julung kalinya, 76 orang pelajar telah mendapat 9A dan 100% telah lulus semua subjek meletakkan SMKA Melor di tempat kedua selepas Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Dalam seluruh Kelantan pula, SMKA Melor menduduki tempat kelima mengikut keputusan peperiksaan PMR. Tahun ini, di bawah pimpinan Tuan Pengetua yang baru, Tn Hj Ahmad bin Sulaiman, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor sekali lagi harum mewangi di persada global dengan menerima Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan (KLUSTER). Sekolah ini yang kini telah menjadi idaman setiap calon UPSR terpaksa membuat penapisan sebelum dilayakkan memasuki SMKA Melor. Daripada beratus pelajar 5A dalam UPSR, hanya segelintir sahaja terpilih untuk manyambung pelajaran di sekolah ini. Rentetan daripada kejayaan International UTMBridge Model Competition pada tahun 2009, pasukan SMKA Melor sekali lagi telah menerusi legasi dengan menjuarai pertandingan tersebut buat kali yang kedua pada tahun 2012 mengalahkan 75 pasukan lain dari serata Malaysia. Imam Muda SMKA Melor iaitu Ahmad Farhan bin Fauzi turut menaikkan lagi nama sekolah dengan menjuarai Pertandingan Ihtifal Kebangsaan dengan mengalahkan peserta-peserta daripada sekolah-sekolah lain. Sedari itu, beliau terus mengorak langkah dalam mewakili Pertandingan Catur antara sekolah seterusnya berjaya untuk menjadi wakil pertandingan bagi negeri Kelantan. Kejayaan beliau menjadikan SMKA Melor makin hari makin dipandang tinggi dan meletakkan SMKA Melor duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah elit yang lain.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor
Padang Raja, Melor
16400, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097825100
Fax = 6097825102

Pautan luar[sunting | sunting sumber]