Nibong Tebal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Nibong Tebal 高淵 merupakan sebuah bandar di bawah kawasan parlimen P047. Ia terletak di Seberang Perai iaitu tanah besar di Pulau Pinang, Malaysia, yang bersempadan dengan Parit Buntar di Perak dan Bandar Baharu di Kedah.

Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia dan APITI (Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai) terletak di Nibong Tebal.

Nibong Tebal terkenal dengan Cheang Kee, sebuah restoran China yang istimewa di sekolah lama budaya Hakka. Penduduk dari bahagian pulau dan dalam perjalanan seringkali singgah merasai keenakan bubur ketam yang popular. Sekolah paling tua di Nibong Tebal ialah Methodist Primary & Secondary School. Majoriti penduduk penduduk di Nibong Tebal ialah Melayu.