Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching
Ditubuhkan 2004
Dirasmikan 16 Disember 2004 (10 tahun)
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Bersara
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik En.Mohamad Thani b.Hj. Mohd Ibrahim
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En.Salim b. Zainudin
Penolong Kanan Kokurikulum Pn Junaidah bt Ismail
Kod sekolah BEA4632
Lokasi Jalan 2/9A Seksyen 5SEMENYIH, Selangor,  Malaysia
Nama singkatan Semekar
Laman web http://www.smkbr.edu.my/
Faks 387247578


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching atau nama ringkasnya SEMEKAR, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan 2/9A Seksyen 5.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching memiliki 792 pelajar lelaki dan 733 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1525 orang. Ia mempunyai seramai 90 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching ialah sebuah sekolah menengah yang dibina pada tahun 2004 di Fasa Lima, Bandar Rinching, Semenyih yang terletak pula di negeri Selangor, Malaysia.

Sebagai sebuah sekolah perjiranan, pelajar-pelajarnya datang dari sekitar Bandar Rinching. Pada suatu ketika, para pelajar Bandar Rinching harus ke Sekolah Kebangsaan Semenyih untuk persekolahan mereka. Maka dengan pembukaan sekolah ini, banyak masa, tenaga dan wang boleh dijimatkan, selain daripada memberikan kemudahan kepada para penduduk di Bandar Rinching.

Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching mengendalikan 20 buah kelas yang terdiri daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Ia mempunyai sebuah koperasi yang didaftarkan pada 23 Jun 2005 untuk kemudahan para pelajar-pelajar.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching
Jalan 2/9A Seksyen 5
Selangor,  Malaysia
Telefon = 387247578
Fax = 387247578
Laman Sesawang = http://www.smkbr.edu.my/

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]