Bandar Rinching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bandar Rinching terletak di Semenyih, Selangor iaitu di selatan negeri Selangor . Bandar yang paling hampir dengan Bandar Rinching ialah Bandar Semenyih, Beranang dan Kajang. Bandar Rinching terletak di tepi jalan antara Semenyih dengan Beranang. Jika anda dari Kuala Lumpur hendak pergi ke Seremban, Bandar Rinching terletak di sebelah kanan , selepas melalui Bandar Semenyih.

Asal-usul nama[sunting | sunting sumber]

Rinching ialah nama sebuah sungai berdekatan. Sungai Rinching mengalir dari bukit-bukit berdekatan dengan Banjaran Titiwangsa iaitu Bukit Rinching dan Bukit Ulu Beranang. Sungai ini bersambung dengan Sungai Semenyih di bahagian hilirnya. Kampung-kampung di sepanjang Sungai Rinching ialah Rinching Hulu, Kampung Rinching Tengah , Kampung Rinching Hilir dan Kampung Sungai Kembung.

Bandar Rinching merupakan sebuah taman yang cantik dan indah.Penduduknya berbilang kaum seperti orang Melayu,India,Cina dan lain-lain.

Perumahan[sunting | sunting sumber]

Bandar Rinching dipanggil bandar dan tidak dikatakan taman kerana saiznya yang besar. Banyak perumahan di sini. Bandar Rinching dibangunkan oleh pemaju perumahan Rhombus Sdn Bhd pada tahun 1994. Rumah-rumah mula diduduki pada tahun 1996 lagi. Lebih 1000 unit rumah dibina , pelbagai jenis dan saiz dan harganya juga berbeza-beza.

Rumah-rumah yang didiami oleh penduduk kebanyakannya rumah teres 2 tingkat dan 1 tingkat. Bagi orang yang berada,kebanyakannya membeli Rumah Banglo . Ada juga rumah murah yang dibina untuk orang kebanyakan . Masing-masing membeli rumah mengikut kemampuan dan cita rasa . Keseluruhannya rumah-rumah di sini berpagar untuk mengelak daripada kecurian.

Pada waktu pagi banyak orang berjoging bagi menyihatkan badan.Terdapat juga taman permainan. Jumlah keseluruhan taman yang dibuat enam sahaja,sebab penduduknya terlalu ramai.

Di depan Bandar Rinching terdapat sebuah kawasan perumahan yang belum siap. Taman perumahan ini dijangka siap pada tahun 2005. Taman perumahan itu bernama Taman Pelangi Semenyih. Banyak kawasan perumahan telah dibina di kawasan Semenyih terutama antara bandar Semenyih hingga ke kawasan Beranang. Antaranya ialah Taman Tasik Kesuma, Taman Rinching Indah, Taman Senivasagam

Bandar Rinching tak pernah banjir kerana kediamannya terletak di atas bukit. Sungai yang berhampiran dengan Bandar Rinching ialah Sungai Rinching. Sungai ini kecil sahaja. Air sungainya mengalir dari bukit berdekatan . Air sungai ini agak kotor dan tercemar. Pencemaran dilakukan oleh kilang-kilang dan penduduk yang membuang sampah ke dalam sungai.

Aktiviti ekonomi[sunting | sunting sumber]

Bandar Rinching merupakan sebuah bandar yang mempunyai kedai kedai yang banyak antaranya ialah : kedai yang menjual barangan runcit

  1. Cyber café
  2. kedai gunting rambut
  3. Kedai cenderahati
  4. Kedai makan dan minum
  5. Kedai menjual telefon mudahalih
  6. Kedai menjual alat tulis
  7. Kedai menjual / membaiki basikal

Pasar malam[sunting | sunting sumber]

Di sini juga terdapat pasar malam .Ia diadakan setiap hari Isnin .Pasar malam diadakan setiap malam hari Isnin .Di pasar malam ada menjual ayam goreng ,menjual baju ,perhiasan diri ,beg sekolah ,air minuman seperti air soya ,air kelapa ,air sirap ,dan bermacam -macam lagi .Di pasar malam juga terdapat sayur -sayuran seperti cili merah ,cili padi ,sayur bayam ,sayur kangkung ,kacang panjang ,kacang buncis dan lain -lain .


Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching. Murid sekolah ini datang dari sekitar Bandar Rinching . Mereka tidak perlu lagi pergi ke Sekolah Kebangsaan Semenyih. Oleh itu masa, tenaga dan wang ringgit dapat dijimatkan.

Di sana ada 20 buah kelas terdiri daripada darjah 1,2,3,4 , 5 dan 6 .Di sekolah itu juga terdapat bilik guru ,kedai buku ,dan juga pejabat .

Pelajar sekolah menengah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain. Sejak tahun 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Kesuma dan SMK Bandar Rinching telah dibina dan boleh digunakan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching terletak di seberang jalan iaitu di Fasa Lima, Bandar Rinching. Sekolah tersebut berdekatan dengan Taman Pelangi Semenyih.

Pada tahun 2009, skuad bola sepak bawah 15 tahun telah mendapat tempat yang ke-3 pada peringkat daerah hulu langat setelah kecundang kepada SMK Khir Johari. Skuad bola sepak bawah 15 tahun SMK Bandar Rinching dibarisi oleh Izzaq Adzim(K), Azri, Nik, Amirul, Qayyum, Solehan, Nazrul(PG) dan ramai lagi.

Tempat rekreasi[sunting | sunting sumber]

Kawasan rumah di sini juga mempunyai taman taman permainan dan padang bola sepak . Kanak-kanak dan remaja akan bermain di taman-taman permainan . Sementara golongan muda akan bermain bola sepak dan sepak takraw.

Surau Bandar Rinching[sunting | sunting sumber]

Di sini juga mempunyai surau bagi orang Islam menunaikan solat .

Pelbagai aktiviti diadakan , antaranya :

  1. Ceramah agama sempena Maulidur rasul
  2. Tabung khairat kematian
  3. Kelas pengajian agama
  4. Kelas tadika
  5. Gotong-royong membersihkan kawasan surau.

Populasi Masyarakat berketurunan India[sunting | sunting sumber]

Orang India agak ramai di taman ini. Mereka datang dari Ladang Rinching dan Ladang Glenworie. Bandar Rinching dibina di kawasan Ladang Rinching dan Ladang Glenworie. Rumah pekerja tersebut telah dirobohkan . Kebanyakan pekerja diberi pampasan tertentu agar mereka setuju dipindahkan. Mereka tidak lagi dapat bekerja di ladang, sumber pendapatan mereka tidak ada lagi.

Oleh itu kilang-kilang telah dibina di kawasan berhampiran dan para pekerja ladang boleh bekerja di kilang-kilang. Sebenarnya ladang getah tidak menguntungkan lagi berbanding dengan pembinaan kawasan perumahan. Itulah sebabnya pemilik ladang memajukan ladang getah ini kepada projek perumahan iaitu National Land Berhad sebagai pemaju dan syarikat Rhombus Sdn Bhd sebagai Pegurus Projek.[petikan diperlukan]