Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SMK Bandar Seri Putra
(SMKBSP)
Alamat
Jalan Persiaran 1, Bandar Seri Putra
Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahHarian
Moto"Berilmu - Beramal - Berbakti"
Autoriti pendidikanPejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat
Nombor sekolah(+6)03-8926 5675 Faks = (+6)03-8926 5682
Kod sekolahBEA4633[1]
PengetuaPn. Rahmah binti Husin
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Megat Mohd Feisal bin Megat Ahmad Zulkifli
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Khuzaifah bin Burahim
Penolong Kanan KokurikulumPn. Rosniza binti Ma'sod
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangPn. Norlizah binti Markom
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SMKBSP) terletak di Persiaran Seri Putra 1, Bandar Seri Putra. SMKBSP siap dibina pada Disember 2010 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2011.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bandar Seri Putra yang dibangunkan oleh pemaju Bangi Heights Developments Sdn Bhd yang telah memperuntukkan tapak untuk pembinaan dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah. SMKBSP pada awalnya dijadualkan siap pada Oktober 2009. Akibat beberapa faktor dan masalah kontraktor, kerja pembinaan hanya tamat pada Disember 2010.

Tuan Syed Ismail Syed Mohamad dan En Rozman Hj Abdul Kadir dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) sebagai penjaga bagi memantau proses akhir pembinaan terutama dalam penyediaan sekolah untuk menerima kemasukan murid-murid sesi persekolahan 2011. 37 orang guru dihantar dalam proses penempatan guru pertama oleh PPDHL.

Sebelum pelantikan pengetua, pengurusan sekolah di bawah tanggungjawab dan kelolaan Tuan Syed Ismail sebagai Penolong Kanan, Puan Che Tom Ahmad sebagai PK Hal Ehwal Murid dan En sebagai PK Kokurikulum.

Kehadiran SMKBSP telah dinantikan sekian lama oleh bukan sahaja penduduk Bandar Seri Putra, malahan penduduk Bukit Mahkota dan Bangi Lama. Jumlah murid meningkat secara drastik dan kini mencapai sehingga 3000 orang pelajar.Sesi taklimat untuk ibu bapa dan penjaga bagi penubuhan Jawatankuasa Protem PIBG menyaksikan pelantikan Dato' Zakaria Hussin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Protem PIBG.

Misi dan visi[sunting | sunting sumber]

  • Misi sekolah ialah melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
  • Visi sekolah ialah Pendidikan berkualiti, Insan terdidik, Negara sejahtera

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini cemerlang dalam Badan Beruniform Pengakap,PBSM dan Silat.Guru Penasihat Pengakap ialah Pn.Naida Mohd Salleh,Pn.Noor Azura.Pn.Erdeywana Faridda selaku Ketua Penasihat PBSM dan Pn Noraizah sebagai Pegawai Teknik.Sementara itu, Silat pula dibimbing oleh Pn Faridah Abu Bakar,Pn.Mazirah dan Pn Suria Mohd Salleh.Pasukan Silat telah berjaya merangkul 2 pingat emas,2 perak dan 1 gangsa di Kejohanan Seni Silat MSSD Hulu Langat 2019 di bawah bimbingan Jurulatih En.Mohd Khairul bin Kamarulzaman.

Manakala,bagi badan beruniform Pengakap,Salah seorang pelajar sekolah ini juga telah mewakili Malaysia dalam perkhemahan Pengakap Jamboree sempadan Malaysia-Thailand 2019 selama 7 Hari 6 Malam.

Dalam bidang sukan pula,sekolah ini telah melahirkan 2 orang pelajar yang telah mewakili negeri dalam SUKMA (Sukan Malaysia) 2018,antaranya Abdul Azim dalam sukan Berbasikal dan Nur Airina Syahira dalam sukan Memanah.Pasukan memanah sekolah ini juga banyak menyumbang pingat dalam MSSD dan SUKSES (Sukan Selangor).Sebagai contoh,Hulu Langat telah meraih 1 Emas,1 Perak dan 1 Gangsa yang telah diraih oleh pelajar sekolah ini sendiri.

Sekolah ini juga menjadi Host School sejak tahun 2014 kepada Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa (AFS Antarabudaya) yang mendapat sokongan padu KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) serta Ketua Pengarah SBP (Sekolah Berasrama Penuh) ,En.Aidi bin Jantan.Sekolah ini telah menerima pelajar yang berusia 15 hingga 17 tahun dari negara Jepun,Itali,Austria,Jerman,Sepanyol.Program AFS ini adalah penting sebagai wadah untuk menghubung manusia,berkongsi kebudayaan untuk membina persefahaman bagi membina dunia yang lebih aman.AFS di SMK Bandar Seri Putra di bawah seliaan GPKHEM bersama Unit Kaunseling SMKBSP dibantu oleh Bangi President Chapter, Sukarelawan AFS Berdaftar,Hosf Family, yang sentiasa proaktif dalam merealisasikan objektif organisasi AFS Malaysia yang jelas iaitu Connecting People,Sharing Culture.

Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

Harimau (Merah)

Seladang (Kuning)

Rajawali (Ungu)

Kijang (Hijau)

Helang (Biru)


Lencana sekolah[sunting | sunting sumber]

Rasional lambang lencana SMKBSP:

  • Warna Merah: Semangat kental untuk mengejar ilmu pengetahuan
  • Warna Kuning: Kesetiaan dan perpaduan warga SMKBSP
  • Warna Hijau: Persekitaran sekolah yang sihat
  • Perisai: Keteguhan disiplin diri dengan lima prinsip rukunegara
  • Sepasang tangan menjulang bintang: Berusaha untuk mencapai kejayaan dengan Berilmu - Beramal - Berbakti
  • Buku: Ilmu yang dituntut
  • Lima Gelung: Sukan untuk kesihatan dan kecerdasan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 2018-08-10.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]