Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra
| Ditubuhkan | 29 November 1964 |
|---|---|
| Jenis | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
| Kod sekolah | KEE4037 |
| Lokasi | |
| Laman web | http://buletinsmkjitra.blogspot.com/ [buletin sekolah] |
| Telefon | 6049171260 |
| Faks | 6049179660 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, lebih dikenali sebagai SMK Jitra ataupun nama penanya "Mentra", terletak di tengah-tengah pekan Jitra, Kedah berhampiran kompleks membeli-belah PJ 2. Bersebelahan dengan sekolah, terdapat Klinik Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak Jitra.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra memiliki 703 pelajar lelaki dan 1175 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1878 orang. Ia mempunyai seramai 127 orang guru.2009
Isi kandungan |
Sejarah sekolah [sunting]
Dirasmikan pada 29 November 1964 oleh DYMM Tunku Bendahara Kedah, Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Ditukar nama menjadi Sekolah Menegah Jitra (SMJ) pada tahun 1966 dengan sistem pendidikan baru, aliran Melayu dan Inggeris. Pada tahun 1997, mendapat nama rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra (SMK Jitra).
Lokasi SMK Jitra amat strategik. Terletak di laluan utama Pekan Jitra dan berhampiran pusat pengajian tinggi seperti IPDA, IAB, POLIMAS, ILP, Kolej Komuniti dan Universiti Utara Malaysia. SMK Jitra juga telah mendapat pelbagai anugerah dan gelaran sehingga ke peringkat kebangsaan dan telah menjadikan SMK Jitra sebagai salah sebuah sekolah elit di Kedah. Antara gelaran dan anugerah yang dimenangi SMK Jitra ialah Sekolah Bestari, Sekolah Premier, Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan, Calon Sekolah Kluster, Naib Johan Sekolah Harapan Negara dan banyak lagi.
Visi Sekolah [sunting]
SMK Jitra cemerlang di peringkat antarabangsa 2015
Misi Sekolah [sunting]
Mewujudkan pendidikan cemerlang bertaraf dunia bagi melahirkan generasi perkasa melalui budaya kerja yang berkualiti dan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan
Senarai pengetua [sunting]
- En Ahmad b Merican
- En Chong Eng Kang
- En Mohammad Arif b Rahmat
- En Abd Razak b Abu
- En Mohammad Hanafiah b Ishak
- Tuan Hj Ramli b Md Noh
- Tuan Hj Radzi b Hj Hamid
- Tuan Hj Md Desa b Osman
- Dato' Abd Rahman b Yop
- Tuan Hj Shahidan b Abd Rahman
- Encik Yahya b Tahrin
- Encik Abdullah B Mad Yunus
- Encik Rooslee b Ismail
- Tuan Hj Abu Seman b Sareh Md Isa
- Puan Hajah Latipah bt Kassim
Cogan kata sekolah [sunting]
Ilmu Panduan Hidup
Lagu [sunting]
"Ilmu Panduan Hidup"
Bangunlah para warga
Berazam ingin maju
Pastikanlah berilmu
Kerana masa muka
Cekallah berkembara
Bertekad jaya pasti
Untuk nusa dan bangsa
Bukti cinta abadi
Duhai warga belia
Bersamalah berbakti
Bina tradisi murni
SMJ tahta jaya
Berilmu dan berjasa
Berdisiplin bersatu
Tegakkan cita-cita
Ilmu panduan hidup
Pencapaian [sunting]
- Sekolah Premier Daerah
- Sekolah Bestari
- Sekolah Harapan Negara
- Sekolah Lima Bintang
- Asrama Lima Bintang
- Projek Rintis Sekolah Selamat
- Naib Johan Pertandingan 3K Peringkat Kebangsaan 2003
- Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri 2004
- Naib Johan Sekolah Selamat Peringkat Kebangsaan 2004
- Johan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran Kategori Sekolah Bandar 2005
- Johan Perdana Sekolah lima Bintang Versi 2 Negeri Kedah 2006
- Sekolah Cemerlang Kokurikulum 2005/2006 Peringkat Kebangsaan
- Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2007
- sekolah kluster kecemerlangan fasa 3 2009
Alamat [sunting]
- Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra
- Jalan Jitra
- 06000, Jitra
- Kedah, Malaysia
- Telefon = 6049171260
- Fax = 6049179660