Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari
Lokasi
SMK Khir Johari , Pejabat Pos, Hulu Langat Beranang, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto'SEMAHIR EXCELLENT, SEMAHIR CHAMPION'
Ditubuhkan1965
Nombor sekolah03-87667230
Kod sekolahBEA4605[1]
Pengerusi PIBGDato' Hj Anuar bin Idris
PengetuaDr Natrah binti Mohamad
GPK Pentadbiran dan AkademikEn On bin Arasad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Hazalina binti Suratman
Penolong Kanan KokurikulumPuan Nor Azazlina binti Sidek
Faks03-87669652
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari atau nama ringkasnya "SMK Khir Johari" dan juga dipanggil "SEMAHIR" merupakan satu-satunya sekolah yang terdapat di mukim Beranang. Sekolah ini terletak di sempadan Negeri Sembilan dan Selangor berhampiran dengan Pejabat Pos Beranang,Daerah Hulu Langat dan bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Beranang. Sekolah ini merupakan sekolah menengah yang pertama dibina di Beranang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari memiliki 448 pelajar lelaki dan 445 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 893 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2009


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari ini terletak di Pekan Beranang, Selangor. Nama sekolah ini bersempenakan nama bekas Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Mohamed Khir Johari.

Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang terletak di luar bandar. Sejak ianya ditubuhkan sekolah ini hanya mempunyai satu sesi persekolahan sahaja.

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1965 dan nama asalnya ialah Darjah-darjah Menengah Kebangsaan Beranang. Pada tahun 1966 sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Khir Johari sempena dengan nama Menteri Pendidikan pada tahun tersebut. Pada 11.45 pagi , 12 Ogos 1991 bersamaan 2 safar 1412, merupakan detik bersejarah bagi sekolah ini kerana telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Dr. Leo Michael Toyad dalam acara yang gemilang bersama dengan sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun penubuhan sekolah ini.

SEMAHIR[sunting | sunting sumber]

SE - SEKOLAH

MA - MENENGAH KEBANGSAAN

HIR- KHIR JOHARI


S - Sedia selalu ke arah mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek

E - Endah dan prihatin dalam segala hal

M - Mesra pelanggan

A - Amalan etika kerja mulia secara berpasukan

H - Hala tuju yang jelas

I - Integriti dalam perkhidmatan

R - Rasional dalam segala tindakan

Visi[sunting | sunting sumber]

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

Misi[sunting | sunting sumber]

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

Objektif Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warga Negara Malaysia.
  • Melahirkan insan yang berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
  • Meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam semua mata pelajaran.
  • Menanamkan kecintaan kepada ilmu pengetahuan dalam kalangan warga pendidikan.
  • Mengembangkan potensi individu pelajar melalui pembangunan program kokurikulum dan sukan.
  • Melahirkan pemimpin pendidikan yang berilmu dan berketrampilan untuk mengurus sekolah ke arah kecemerlangan.
  • Meningkatkan kepakaran pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan supaya menjadi pendidik yang lebih berkesan.

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lencana sekolah telah dicipta oleh Encik Abdul Ghaffar bin Ibrahim. Beliau merupakan bekas guru sekolah ini.Lencana ini telah digunakan semenjak 1972.

  • Merah dan Kuning = Warna bendera Negeri Selangor Darul Ehsan.
  • Hijau = Melambangkan Kesucian Islam sebagai agama rasmi kita.
  • Roda Bergigi = Melambangkan perkembangan sains dan teknologi yang sentiasa bergerak dan berkembang mengikut peredaran zaman.
  • Gelang/Gelung = Membawa pengertian perpaduan kaum dan kesepaduan antara akademik dan kokurikulum.
  • Obor = Kepentingan ilmu yang membawa cahaya dalam kehidupan dan lambang kepentingan sukan dan semangat kesukanan yang turut diberi tumpuan selain bidang akademik.
  • Cogan Kata/Moto = "'Sedia Selalu" - Pelajar akan sentiasa menerima dan memperkembangkan ilmu yang diperolahi serta sedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1967 kira-kira 30 orang pelajar mengambil peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran) buat kali pertama dan pencapaian kelulusannya ialah 71.7 % keputusan tersebut merupakan keputusan terbaik di dalam Daerah Hulu Langat.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari
Pejabat Pos Beranang
Selangor, Malaysia
Telefon = 387667230
Fax = 387669652

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]