Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat
Moto Berusaha. Berdisiplin. Berjaya
Ditubuhkan 1986
Dirasmikan 3 Januari 1986 (28 tahun)
Jenis Sekolah Menengah Harian Biasa (SMHB)
Pengetua Muslimah binti Tahir
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Norizah binti Nordin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Mohd Fauzi bin Ibrahim
Penolong Kanan Kokurikulum Norlaila binti Mat Jali
Pengerusi PIBG Tuan Haji Hambali bin Hussain
Kod sekolah BEA7603
Lokasi Hulu KelangGombak, Selangor, Malaysia
Nama singkatan SMKLK
Laman web SMKLK


Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat atau nama ringkasnya SMK Lembah Keramat, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan AU4, Lembah Keramat. Pada tahun 1995, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat telah dibina bersebelahan dengan sekolah ini bagi menampung kesesakan pelajar pada ketika itu. Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat memiliki 616 pelajar lelaki dan 691 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1307 orang. Ia mempunyai seramai 77 orang guru.2009


Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat (3°11'51"S 101°45'36"T) terletak di Gombak, Selangor, Malaysia.


Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat telah dibuka pada 3 Januari 1986. Sekolah yang berkeluasan 50,000 meter persegi ini terletak dalam mukim Hulu Kelang dan perbelanjaan pembinaannya dibiayai oleh Bank Dunia.

Terdapat hanya 20 orang tenaga pendidik diterajui oleh En. Ismail b. Sulaiman selaku Pengetua Perintis dan 327 orang murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua pada mula-mula pembukaan sekolah ini. Jumlah murid terus meningkat dari tahun ke tahun dan pada 1988 jumlah murid meningkat ke angka 1,666 orang.

Persekolahan dua sesi diwujudkan iaitu murid Tingkatan Satu dan Dua pada sesi petang manakala murid Tingkatan Tiga, Empat dan Lima pada sesi pagi. Kumpulan pertama yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia ialah pada tahun 1989 dan telah mencatatkan keputusan cemerlang yang membanggakan.

Pada tahun 1986 juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan dan En. Mohd Rus bin Pilus sebagai Yang Dipertua Pertama.


Kronologi Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • 1986
SMKLK telah dibuka. Sekolah ini dibina di kawasan seluas 50 000 meter dan terletak dalam mukim Hulu Kelang. Sekolah ini terletak berdekatan dengan beberapa kawasan petempatan seperti Taman Permata, AU4, AU5, Seri Keramat, Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa,kawasan Hulu Kelang dan lain-lain kawasan lagi. Perbelanjaan untuk membina sekolah ini telah dibiayai Bank Dunia. Sekolah ini memiliki 5 blok bangunan iaitu 3 blok untuk kelas satu blok kantin dan satu blok bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu. Encik Ismail bin Sulaiman dilantik sebagai Pengetua Perintis dengan 20 orang guru. Jumlah murid pada ketika itu seramai 327 orang terdiri daripada murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Ibu bapa atau penjaga murid-murid ini terdiri daripada kakitangan kerajaan, kakitangan sektor swasta, bekerja sendiri, pesara, dan Rumah Kebajikan Anak Yatim.


  • 1987
Buat pertama kali murid SMKLK mengambil peperiksaan PMR.


  • 1988
Bilangan murid meningkat kepada 1232 orang. pertambahan bilangan murid ini menyebabkan wujudnya persekolahan dua sesi. Murid Tingkatan 1 dan 2 belajar di sesi petang manakala murid Tingkatan 3,4 dan 5 belajar di sesi pagi. Murid-murid Tingkatan 5 tahun 1988 merupakan murid-murid SMKLK yang pertama menduduki peperiksaan SPM. Dalam tahun yang sama, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan. Encik Mohd Rus bin Pilus telah dilantik sebagai Yang Dipertua PIBG yang pertama.


  • 1991
Surau Al-Falah telah dibina.


  • 1992
SMKLK telah dinaik taraf kepada sekolah Gred A. Dalam bulan Ogos,seramai 14 orang guru dan 417 orang murid telah dipindah ke sekolah yang baru dibina iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati.


  • 1995
12 orang guru dan 280 orang murid telah dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (dahulunya dikenali sebagai SMKLK 2)


  • 2001
Sebuah makmal telah dibina.


  • 2005
Sebuah Kelas Aliran Agama (KAA) dan Kelas Rancangan Khas (KRK) telah dibuka untuk murid Tingkatan 1.


  • 2006
Surau Al-Falah yang baru telah dirasmikan.


  • 2007
Mata pelajaran ICT telah ditawarkan kepada murid Tingkatan 4. Selain itu, kemudahan jalur lebar (wireless internet) turut dibangunkan. Sebuah Pusat Akses juga telah dibuka.


  • 2009
Sebuah Bengkel MPV bagi mata pelajaran Seni Reka Tanda siap dibina.


  • 2010
Mata pelajaran MPV Seni Reka Tanda ditawarkan kepada murid Tingkatan 4.


Falsafah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kepercayaan bahawa pelajar mempunyai bakat, potensi dan kecenderungan jika dididik, diasuh dan dilatih dengan sempurna akan membentuk seorang insan yang dicita-citakan oleh negara.


Wawasan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Menjelang alaf akan datang, SMKLK akan menjadi pusat pembentukan para pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi yang memenuhi ciri-ciri insan yang diharapkan oleh agama, bangsa dan negara untuk mengharungi arus hadapan yang penuh dengan cabaran dan rintangan.


Profil Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Nama
SMK Lembah Keramat


  • Kod Sekolah
BEA 7603


  • Keluasan
50,000 m2


  • Zon
Hulu Kelang


  • Daerah
Gombak


  • Negeri
Selangor Darul Ehsan


  • Moto
Berusaha. Berdisiplin. Berjaya.


Informasi & Pengurusan Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Nombor Telefon : 03-41072115
  • Nombor Fax  : 03-41068711


Barisan Pentadbir[sunting | sunting sumber]

  • Pengetua  : Muslimah binti Tahir
  • Penolong Kanan  : Norizah binti Nordin
  • Penolong Kanan HEM  : Mohd Fauzi bin Ibrahim
  • Penolong Kanan Kokurikulum  : Norlaila binti Mat Jali
  • Penolong Kanan Petang  : Zainab binti Ismail

Piagam Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Menyediakan pengajaran–pembelajaran yang bersepadu, terkini, berkualiti dan berkesan.
  • Melahirkan murid yang seimbang, aktif dan berwawasan melalui kegiatan-kegiatan Kokurikulum.
  • Menyediakan pendidikan rohaniah yang berlandaskan akhlak mulia dan daya ketahanan diri.
  • Menyediakan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat.
  • Memastikan murid dan ibu bapa dilayan dengan mesra, adil lagi saksama tanpa prasangka serta bersedia menerima sebarang pandangan dan maklum balas.


Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Ciptaan Saudara Abdul Rahman Hassan
  • Lirik oleh Puan Fatimah Setapa dan Puan Masita Harun


Megah di tanah ibunda,

SMKLK harapan negara,

Di sinilah ilmu dipupuk dicari,

Bersama menabur bakti.


Sekolah yang penuh berjasa,

Penyambung wawasan anak bangsa,

Namamu gemilang sentiasa dikenang,

Di tanah pusaka moyang.


Berusaha, disiplin, jaya,

Jadi amalan kita,

Berbakti dan berjasa,

Pada agama, bangsa, negara.


Kenangi jasa pendidik,

Guru sebagai pelita ilmu,

Menerangi alam yang gelap gelita,

Demi mencapai cita.


Berusaha, berusaha,

Teruslah berusaha.


Berusaha, berusaha,

Tuju puncak jaya.


Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lencana SMKLK telah dicipta sendiri oleh pelajar dan diubahsuai oleh guru sekolah ini. Di bahagian tengah lencana terdapat obor bernyala yang melambangkan kejayaan para pelajar. Latar belakang lencana yang berwarna merah, kuning dan putih membawa maksud tertentu.

Warna-warna melambangkan:

  • Merah  :keberanian dan semangat perjuangan pelajar untuk sentiasa maju dalam pelajaran dan taat setia terhadap negara yang dicintai.
  • Kuning :Sistem pemerintahan negara yang berdaulat berasaskan sistem beraja yang utuh.
  • Putih  :Kesucian dan keluhuran para guru dalam menabur bakti.

Cogan Kata[sunting | sunting sumber]

Di bawah bahagian lencana, tertulis cogan kata sekolah yang berbunyi:

BERUSAHA, BERDISIPLIN, BERJAYA. Ini membawa maksud kegigihan serta sifat yang perlu ada pada diri setiap pelajar untuk mencapai cita-cita demi negara. Lambang ini juga menjadi simbol semangat dan usaha para pelajar untuk mencapai kejayaan di samping mengharumkan nama sekolah.


Visi & Misi[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Visi SMKLK ialah "Sekolah Unggul Penjana Generasi Gemilang"


Misi[sunting | sunting sumber]

Misi SMKLK pula ialah:

  • Mengasah potensi diri melalui penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni yang berterusan.
  • Memantapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran demi menjana kecemerlangan pelajar.
  • Mewujudkan lingkaran persekitaran yang kondusif.


Piagam Pelanggan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami warga pendidik SMK Lembah Keramat dengan sepenuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  • Memastikan sistem pendidikan terbaik berasakan budaya ilmu yang bersepadu, terkini, berkualiti dan berkesan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan (PIPP) 2006-2010.
  • Menyediakan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, pantaasm berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada penambahbaikan yang berterusan.
  • Memastikan semua guru dan staf sekolah berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
  • Memastikan kemudahan-kemudahan pendidikan selesa, lengkap dan mencukupi serta persekitaran bersih, ceria, selesa dan selamat.
  • Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan.
  • Menyediakan pendidikan rohaniah yang berlandaskan akhlak mulia dan daya ketahan diri.
  • Melahirkan murid yang seimbang, aktif, sihat, cergas dan ceria melalui kegiatan-kegiatan kokurikulum.


Ko-Kurikulum[sunting | sunting sumber]

Kelab & Persatuan[sunting | sunting sumber]

  • The Number Wiz Society
  • Kelab Setia
  • Literary World Society
  • Kelab Tun Seri Lanang
  • Aulad Muslimin
  • Kelab Kreatif
  • Kelab Inovatif
  • Kelab Keceriaan
  • Kelab Rukun Negara
  • Kelab Pencinta Alam
  • Kelab Pengguna
  • Kelab Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
  • Kelab ICT
  • Surau Al-Falah
  • Kelab Elektronik & Kejuruteraan
  • Kelab Kebudayaan
  • Kelab Pusat Sumber
  • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  • Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)
  • Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) & Program Sihat Tanpa Aids untuk Remaja (PROSTAR)
  • Kelab Kompang
  • Nadi Allughatul Arabiah
  • Kelab Seni Reka Tanda (MPV)
  • Briged Bestari & Pusat Akses


Unit Beruniform[sunting | sunting sumber]

  • Kadet Polis
  • Kadet Bomba
  • Pengakap
  • Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
  • Pandu Puteri
  • Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
  • Kadet Remaja Sekolah (KRS)


Rumah Sukan[sunting | sunting sumber]

  • Musytari (Kuning)
  • Marikh (Merah)
  • Zuhrah (Biru)
  • Zuhal (Hijau)


Sukan & Permainan[sunting | sunting sumber]

  • Bola Sepak
  • Bola Baling
  • Bola Keranjang
  • Bola Jaring
  • Badminton
  • Sepak Takraw
  • Bola Tampar
  • Hoki
  • Tenis
  • Ragbi
  • Permainan Dalaman (PERMADA)
  • Softball
  • Olahraga
  • Pengawas Sukan


Pencapaian Sekolah[sunting | sunting sumber]

2005[sunting | sunting sumber]

  • Johan Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Daerah Gombak
  • Tempat Ke-3 Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Bandar Peringkat Negeri Selangor
  • Johan Pertandingan Kawad Kaki PPIM Daerah Gombak
  • Ketua Platun Terbaik Pertandingan Kawad Kaki PPIM Peringkat Daerah Gombak
  • Naib Johan Pertandingan Kawad Kaki Pandu Puteri Peringkat Daerah Gombak
  • PPIM Johan Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit Uniform Peringkat Daerah Gombak
  • Pandu Puteri Naib Johan Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit Uniform Peringkat Daerah Gombak
  • Pandu Puteri Ketua Platun Terbaik Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit Uniform Peringkat Daerah
  • Johan Pertandingan Menembak Raifel M16 Kadet Polis (Perempuan) IPPD Ampang Jaya
  • Kejohanan Badminton MSSD - Wakil negeri Selangor
  • Johan Kejohanan Badminton MSSS
  • Johan Pertandingan Gubahan Pengantin Hari Puteri PPIM
  • Johan Pertandingan Roket MSSD
  • Naib Johan Pertandingan Puisidra MSSD
  • Tempat Ke-3 Pertandingan Lukisan Kejuruteraaan : Melukis Rumah Banglo Setingkat Peringkat Negeri Selangor
  • Johan Pertandingan "Public Speaking" Anjuran WHO
  • Tempat Ke-3 Pertandingan Syarahan Agama Majlis Tadarus Al-Qur'an Zon Gombak Timur
  • Program English Camp - 5 orang murid mewakili daerah ke peringkat Negeri Selangor


2006[sunting | sunting sumber]

  • Johan Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Daerah Gombak
  • Anugerah Kecemerlangan Pelajaran Ahli Parlimen Gombak
  • Johan Pertandingan Kawad Kaki PPIM Peringkat Daerah Gombak
  • Ketua Komanden Terbaik Pertandingan Kawad Kaki PPIM Peringkat Daerah Gombak
  • Johan Perempuan Bawah 15 Kejohanan Menembak IPPD Ampang Jaya
  • Tempat Ke-3 Lelaki Bawah 18 Kejohanan Menembak IPPD Ampang Jaya
  • Tempat Ke-3 Kawad Kaki Kadet Polis Peringkat Negeri IPPD Ampang Jaya
  • Johan Lelaki Bawah 18 Kejohanan Badminton MSSD
  • Naib Johan Perempuan Bawah 18 Kejohanan Hoki MSSD
  • Tempat Ke-3 Lelaki Bawah 18 Kejohanan Tenis
  • Perkhemahan KRS Peringkat Kebangsaan - Seorang murid perempuan Tingkatan 4 mewakili Selangor
  • Johan Pertandingan Tulisan Jawi Peringkat Menengah Perempuan
  • Anugerah Pengurusan Hal Ehwal Murid


2007[sunting | sunting sumber]

  • Tempat Ke-3 Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Bandar Peringkat Negeri Selangor
  • Tempat Ke-3 Anugerah Pengurusan NILAM Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Bandar Peringkat Negeri Selangor
  • Naib Johan Pertandingan Pengurusan & Keceriaan Makmal Komputer Peringkat Daerah Gombak
  • Anugerah Kecemerlangan Pelajaran Ahli Parlimen Gombak
  • Wakil Kem NILAM Peringkat Negeri Selangor
  • Johan Pertandingan Kawad Kaki PPIM Peringkat Daerah Gombak
  • Johan Pertandingan Perarakan Sempena Sambutan Kemerdekaan Unit Beruniform Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah
  • Ketua Komanden Terbaik Pertandingan Kawad Kaki Daerah
  • Menyertai Persembahan Perbarisan Sempena 50 Tahun Kemerdekaan
  • Naib Johan Parachute Pertandingan Roket Daerah Gombak
  • Naib Johan Trajektori Pertandingan Roket Daerah Gombak
  • Pengurusan PIBG Cemerlang Daerah Gombak


2008[sunting | sunting sumber]

  • Tempat Ke-3 Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Bandar Peringkat Negeri Selangor
  • Johan Anugerah Pengurusan NILAM Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Bandar Peringkat Negeri Selangor
  • Kem NILAM : Muhammad Zharif Zafri b. Mohamad Razali - Tokoh NILAM Daerah Gombak
  • Tempat Ke-3 Pertandingan Kawad Kaki Persatuan Puteri Islam Daerah Gombak
  • Johan Lompat Jauh MSSD
  • Johan Persembahan Program Kesedaran Alam Sekitar Remaja TNB
  • Tempat Ke-3 Keseluruhan Program Kesedaran Alam Sekitar Remaja TNB
  • Tempat Ke-3 Pertandingan Kereta Solar Daerah Gombak
  • Johan Pertandingan Tulisan Jawi Peringkat Zon Timur & Darah Gombak
  • Johan Anugerah Pengurusan SPBT & Keceriaan Bilik BOSS Peringkat Kebangsaan
  • Johan Anugerah Pengurusan SPBT & Keceriaan Bilik BOSS Peringkat Negeri Selangor
  • Johan Kelab SPBT Terbaik Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor
  • Anugerah Kualiti Pencapaian Prestasi HEM
  • Anugerah Kualiti Pendidikan Islam Kategori Musolla (A)


2009[sunting | sunting sumber]

  • Naib Johan Acara Bergu Kejohanan Tenis MSSD Perempuan Bawah 15 Tahun
  • Wakil Negeri Selangor Acara Beregu Tenis
  • Tempat Ke-3 Acara Perseorangan Kejohanan Tenis MSSD Perempuan Bawah 15 Tahun
  • Kejohanan MSS Selangor (SUKSES) Bola Jaring - Pemilihan SUKMA 2010
  • Wakil Daerah Gombak Bola Jaring
  • Johan Pertandingan Memasak Maggi Peringkat Daerah Gombak
  • Tempat Ke-2 Solar Car Peringkat Daerah Gombak
  • Naib Johan Pertandingan Pelancaran Roket Peringkat Daerah Gombak
  • Johan (Menengah Rendah) Pertandingan Menulis Esei Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) Peringkat Daerah Gombak
  • Tempat Ke-3 Pertandingan Sajak (Kesejadah) Peringkat Daerah Gombak
  • Pengurusan PIBG Cemerlang Daerah Gombak


2010[sunting | sunting sumber]

  • Johan Pertandingan Bahas Ala Parlimen (Bahasa Melayu) Peringkat Zon Hulu Kelang
  • Naib Johan Pertandingan Bahas Ala Parlimen (Bahasa Melayu) Peringkat Daerah Gombak
  • Mewakili Negeri Selangor dalam Kejohanan Tennis Kategori Lelaki & Perempuan MSSM
  • Tenis - Naib Johan Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS)
  • Sepak Takraw - Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) Tempat Ketiga Berpasukan dan Antara Regu
  • Johan Pertandingan Mengarang Esei Anjuran Kelab Remaja Islam (KRIM) Sempena Maulidur Rasul
  • Johan Pertandingan Menulis Cerita Kanak-kanak Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Selangor Bahasa Malaysia Kategori Menengah Rendah
  • Tempat Ke-3 Pertandingan Menulis Cerita Kanak-kanak Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Selangor Bahasa Inggeris Kategori Menengah Rendah
  • Tempat Ke-3 Pertandingan Menulis Cerita Kanak-kanak Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Selangor Bahasa Inggeris Kategori Menengah Atas
  • Naib Johan Pertandingan Perarakan dan Sepanduk Maulidur Rasul Kategori Sekolah Peringkat Negeri Selangor 2010
  • Johan Sepanduk Maulidur Rasul Kategori Sekolah Peringkat Negeri Selangor 2010
  • Johan Pertandingan Kolaj peringkat negeri Selangor dan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan
  • Johan Pertandingan Solar Cooking peringkat Daerah Gombak
  • Tempat ke-3 Pertandingan Solar Cooking Peringkat Negeri Selangor


2011[sunting | sunting sumber]

  • Naib Johan Pertandingan Melukis Poster Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Daerah Gombak
  • Tempat ke-3 Syarahan Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon
  • Tempat ke-2 Tilawah Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon
  • Tempat ke-3 Tilawah Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah
  • Tempat ke-3 Hafazan Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon
  • Johan Kategori Menengah Atas Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak Bahasa Malaysia
  • Johan Kategori Guru Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak Bahasa Malaysia
  • Johan Kategori Menengah Atas Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak Bahasa Inggeris
  • Tempat Ke-13 Inter-School Engineering Competition 2011 (I-SEC'11) daripada 31 Sekolah Seluruh Malaysia
  • Wakil Bola Jaring Daerah Gombak ke MSSS
  • Wakil Softball Daerah Gombak ke MSSS (Naib Johan)
  • Wakil Selangor untuk MSSM (Tempat ke-3)
  • Tempat ke-3 Olahraga acara pentathlon dan lompat tinggi
  • Bawah 18 pasukan Bola Sepak mewakili Zon ke peringkat 3/4 akhir
  • Mewakili Daerah Gombak pemain bawah 15 ke MSSN
  • Tempat ke-3 Bawah 15 Kejohanan Ragbi MSSD Gombak 2011
  • Tempat ke-3 Bawah 18 Kejohanan Ragbi MSSD Gombak 2011
  • Johan Bowl Bawah 18 Johor Ragbi Union (Iskandar 10') 2011
  • Johan Plate Ragbi 6 School Tournament Gombak, Kuala Lumpur
  • Johan Sepak Takraw MSSS
  • Naib Johan Perseorangan Bawah 18 Kejohanan Tenis MSSD Gombak 2011
  • Johan Beregu Bawah 18 Kejohanan Tenis MSSD Gombak 2011
  • Wakil Gombak Kejohanan Tenis MSSS
  • Naib Johan Bawah 15 Kejohanan Tenis MSSD Gombak 2011


Kelas[sunting | sunting sumber]

Disebabkan kekurangan ruang, kelas dibahagi kepada dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi terdiri daripada murid Tingkatan 3,4 dan 5 manakala sesi petang pula terdiri daripada murid Tingkatan 1 dan 2.

Pada tahun 2005, sebuah Kelas Aliran Agama (KAA) dan Kelas Rancangan Khas (KRK) telah dibuka untuk murid Tingkatan 1. Kelas Taqwa merupakan kelas bagi KAA. Kelas Cemerlang 1 dan Cemerlang 2 merupakan Kelas Rancangan Khas. Kelas ini hanya boleh dimohon oleh murid yang memperoleh keputusan 5 A dan 4 A dalam UPSR. Kelas KRK bersekolah pada sesi pagi. Kelas tambahan (Kelas Prep) akan diadakan pada setiap hari Selasa dan Khamis pada pukul 2.00 petang hingga 3.30 petang.


Tingkatan 1[sunting | sunting sumber]

  • 1 Cemerlang 1 (1C1)
  • 1 Cemerlang 2 (1C2)
  • 1 Taqwa (1 Taq)
  • 1 Nilam (1 Nil)
  • 1 Intan (1 Int)
  • 1 Zamrud (1 Zam)
  • 1 Delima (1 Del)
  • 1 Berlian (1 Ber)
  • 1 Baiduri (1 Bai)


Tingkatan 2[sunting | sunting sumber]

  • 2 Cemerlang 1 (2C1)
  • 2 Cemerlang 2 (2C2)
  • 2 Taqwa (2 Taq)
  • 2 Nilam (2 Nil)
  • 2 Intan (2 Int)
  • 2 Zamrud (2 Zam)
  • 2 Delima (2 Del)
  • 2 Berlian (2 Ber)
  • 2 Baiduri (2 Bai)


Tingkatan 3[sunting | sunting sumber]

  • 3 Cemerlang 1 (3C1)
  • 3 Cemerlang 2 (3C2)
  • 3 Taqwa (3 Taq)
  • 3 Nilam (3 Nil)
  • 3 Intan (3 Int)
  • 3 Zamrud (3 Zam)
  • 3 Delima (3 Del)
  • 3 Berlian (3 Ber)
  • 3 Baiduri (3 Bai)


Tingkatan 4[sunting | sunting sumber]

  • 4 Al Biruni (4 AB)
  • 4 Al Farabi (4 AF)
  • 4 Ar Razi (4 AR)
  • 4 At Tarmizi (4 AT)
  • 4 Ibnu Khaldun (4 IK)
  • 4 Ibnu Qayyum (4 IQ)
  • 4 Ibnu Rushd (4 IR)
  • 4 Ibnu Sina (4 IS)
  • 4 MPV

Tingkatan 5[sunting | sunting sumber]

  • 5 Al Biruni (5 AB)
  • 5 Al Farabi (5 AF)
  • 5 Ar Razi (5 AR)
  • 5 At Tarmizi (5 AT)
  • 5 Ibnu Khaldun (5 IK)
  • 5 Ibnu Qayyum (5 IQ)
  • 5 Ibnu Rushd (5 IR)
  • 5 Ibnu Sina (5 IS)
  • 5 MPV

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat,
Jalan AU4, Lembah Keramat,
54200, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.


  • Telefon : 03-41072115
  • Fax  : 03-41068711


Majalah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Majalah sekolah, Karisma telah diterbitkan setiap tahun.


Akaun Facebook Sekolah[sunting | sunting sumber]

http://www.facebook.com/gbksm2smklk

Akaun Facebook SMK Lembah Keramat telah dibuat oleh guru kaunseling sekolah. Di sini, murid-murid serta guru-guru dapat mengetahui informasi penting dan perkembangan sekolah. Warga SMKLK dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang telah dan akan diadakan pada minggu atau hari tersebut samaa ada di dalam atau di luar sekolah seperti Sambutan Hari Guru, Lawatan Sambil Belajar ke Petrosains dan lain-lain.


Laman PPDa Sekolah[sunting | sunting sumber]

http://lamanppdasmklk.blogspot.com/

Laman blog yang bermaklumat ini telah dibuat oleh guru kaunseling SMK Lembah Keramat. Blog ini akan menyedarkan kita betapa pentingnya laman ini untuk memberikan informasi dunia pendidikan pencegahan dadah. Dadah adalah musuh negara yang patut kita sama-sama benteras habis-habisan agar negara kita bebas dari cengkaman dadah durjana. Anda dialu-alukan untuk sama-sama membantu dengan menghantar maklumat ke email ini- ppdasmklk@gmail.com atau add Guru kaunseling di Facebook : Cikgu Kaunseling SMKLK.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]