Sekolah Menengah Kebangsaan Tambulion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Tambulion
Moto Ilmu, Amal, Budi
Ditubuhkan 1999
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Encik Matlan bin Datu Ujong
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik En. Jainol Sair
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Zamri Ahmad
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Modily Benggali
Kod sekolah XEA5354
Lokasi Wdt 86,89158 Kota Belud,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu,  Malaysia
Nama singkatan Semesta, SMKT, STALION
Telefon 088-976587
Faks 088-976587

Sekolah Menengah Kebangsaan Tambulion atau nama ringkasnya SMK Tambulion, ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Wdt 86, Kota Belud, Sabah.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambulion memiliki 414 pelajar lelaki dan 401 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 815 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tambulion bermula pada 1995 sebagai cawangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi di Kampung Tambulion, 9 km dari pekan Kota Belud dan 12 km dari sekolah induknya. Ketika itu, ia menumpang di Sekolah Kebangsaan Tambulion. Pada 1999, cawangan ini akhirnya telah dipisahkan dari induknya dan mempunyai pengetuanya sendiri.[1]

Pengasas pertama sekolah ini ialah En. Said bin Andong yang merupakan anak watan Kota Belud.[perlu rujukan]

Pada 5 Mac 2014, akronim SMK Tambulion yang asal, SEMESTA diganti dengan STALION. Idea ini diilhamkan oleh penolong kanan HEM sekolah pada tahun ini, Encik Zamri Ahmad ketika majlis Penjenamaan Semula Akronim SMK Tambulion.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

  • Encik Said bin Andong (1999 - 2006)
  • Encik Mad Amin bin Mad Yusof (2007 - 2011)
  • Puan Hajah Sharina bt. Haji Mohd Majimin (2012)
  • Puan Solingkoi Sidi (2012-2014)
  • Encik Matlan bin Datu Ujong (kini)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tambulion
Wdt 86
89158, Kota Belud
Sabah, Malaysia
Telefon = 088-976587
Faks = 088-976587

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Latar Belakang Sejarah". Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi. Diperoleh pada 20 Mac 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]