Semai ragu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Semai ragu (Jawi: سماي راڬو) atau gaslighting (Jawi: ڬسلايتيڠ; IPA: [ɡæslaɪtɪŋ]) ialah satu taktik perdayaan mental yang digunakan untuk membuat seseorang ragu-ragu terhadap apa yang dia fikir, rasa, nampak, malah kewarasan sendiri.[1] Orang yang melakukannya akan membuat mangsa ragu-ragu dengan keadaan sebenar untuk mengawal mangsa.[2][3] Ia boleh berlaku dalam apa-apa jenis hubungan, tidak kira pasangan intim, rakan, keluarga atau di tempat kerja.

Etimologi gaslighting[sunting | sunting sumber]

Charles Boyer, Ingrid Bergman, dan Joseph Cotten dalam filem Gaslight (1944)

Istilah 'gaslighting' berasal daripada drama British yang dipanggil Gas Light oleh Patrick Hamilton, yang mana seorang suami menipu dan memperdaya isterinya sedikit demi sedikit dengan memalapkan dan menerangkan lampu gas (gaslight) di rumah mereka. Dia sentiasa menafikan bahawa cahaya lampu itu telah berubah, membuatkan isterinya berasa semakin gila.[4] Pementasan tersebut dijadikan filem pada tahun 1940 dan 1944 dan menjadi sumber kemunculan istilah ini dalam bahasa Inggeris.[5][6][7]

Menurut Persatuan Psikologi Amerika pada 2021, semai ragu "dahulu merujuk kepada manipulasi yang melampau sehingga menyebabkan penyakit mental atau menyebabkan mangsa wajar dimasukkan ke dalam institusi sakit jiwa".[8] Istilah ini jarang digunakan sebelum ini sehinggalah ia menjadi popular pada pertengahan 2010-an—The New York Times hanya menggunakannya sembilan kali dalam 20 tahun berikutnya[9]—dan ia telah memasuki perbendaharaan kata Inggeris.[9] Kini ia digunakan dengan lebih umum. Merriam-Webster mentakrifkannya sebagai "manipulasi psikologi" untuk membuat seseorang mempersoalkan "persepsi realiti" sendiri sehingga mereka "bergantung kepada pemangsa" mereka.[10]

Istilah ini telah menerima beberapa pengiktirafan besar. Persatuan Dialek Amerika menamakan gaslight sebagai perkataan baharu "paling berguna" pada tahun 2016.[11] Oxford University Press menamakan gaslighting sebagai naib juara dalam senarai perkataan baharu paling popular 2018.[12]

Dalam psikologi usaha diri dan psikologi amatur[sunting | sunting sumber]

Istilah semai ragu digunakan dalam psikologi usaha diri dan amatur untuk menerangkan interaksi yang boleh berlaku dalam hubungan peribadi (intim atau pengasuhan) dan dalam hubungan di tempat kerja.[13][14] Ia melibatkan dua pihak; "penyemai ragu", yang selalu membuat cerita palsu untuk memperdaya, dan "mangsa semai ragu", yang cuba mengekalkan autonomi diri.[15][16] Semai ragu biasanya hanya berkesan apabila terdapat "jurang kuasa" atau apabila mangsa telah tunduk kepada penyemai ragu itu.[17]

Semai ragu berbeza daripada perselisihan dalam hubungan tulen, yang biasa dan perlu. Semai ragu berbeza kerana:

  • satu pihak selalu mendengar dan mempertimbangkan pandangan pasangannya;
  • satu pihak lagi selalu menafikan pandangan pasangannya, menegaskan bahawa dia salah, atau memberitahu dia reaksi beremosinya itu dramatik atau abnormal.

Semai ragu biasanya berlaku dalam tempoh yang lama dan bukan sekali sahaja.[18] Lama-kelamaan, pihak yang selalu mendengar mungkin menunjukkan simptom-simpton yang sering dikaitkan dengan kecelaruan resah, murung atau hina diri. Semai ragu berbeza daripada konflik dalam hubungan tulen kerana satu pihak memanipulasi persepsi satu lagi pihak.[17]

Dalam psikiatri dan psikologi[sunting | sunting sumber]

Barton dan Whitehead (1969) menceritakan tiga laporan kes semai ragu yang semuanya ingin seseorang dipaksa masuk ke rumah sakit jiwa, atas motif menyingkirkan saudara-mara atau keuntungan: seorang isteri cuba memburukkan suaminya mengatakan suaminya ganas supaya dia boleh lari dengan kekasihnya; seorang lagi isteri mendakwa suaminya yang memiliki sebuah bar adalah seorang kaki botol supaya dapat meninggalkan dia dan rampas bar itu; dan seorang pengurus rumah persaraan memberikan ubat pencahar kepada seorang penghuni sebelum merujuknya ke hospital sakit jiwa kerana demensia ringan dan tidak dapat kawal kencing.[19][20] Pada tahun 1977, ketika kesusasteraan tentang semai ragu masih sedikit, Lund dan Gardiner menerbitkan laporan kes mengenai seorang wanita tua yang dimasukkan ke hospital sakit jiwa tanpa rela berkali-kali. Dia dikatakan mengalami psikosis oleh kakitangan rumah persaraannya tetapi simptomnya selalu hilang segera selepas dimasukkan tanpa sebarang rawatan. Selepas disiasat, rupanya "paranoia" dia adalah akibat semai ragu kakitangan, yang tahu wanita itu menghidap psikosis paranoia 15 tahun dahulu.[20] Kertas penyelidikan "Gaslighting: A Marital Syndrome" [Semai Ragu: Satu Sindrom Perkahwinan] (1988), menelitikan pemerhatian klinikal bagaimana isteri-isteri terjejas akibat reaksi mereka disalah label oleh suami dan pakar terapi lelaki.[21] Pakar lain telah menyatakan prinsip-prinsip dan teknik ahli terapi boleh membantu tetapi juga boleh memudaratkan klien (atau orang lain dalam hidup klien secara tidak langsung).[22][23][24]

Dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 1996, berjudul Gaslighting, the Double Whammy, Interrogation and Other Methods of Covert Control in Psychotherapy and Analysis [Semai Ragu, Tamparan Berganda, Soal Siasat dan Kaedah-kaedah Menguasai Orang Secara Tidak Ketara Lain dalam Psikoterapi dan Analisis], Theo L. Dorpat menyarankan pakar perubatan bersikap tidak mengarah dan egalitarian,[23]:225 dan layan pesakit sebagai rakan seusaha yang turut menyumbang kepada pemulihannya.[23]:246 Beliau menulis, "Ahli terapi akan menambahkan derita mangsa dengan menyalah label reaksi [mangsa].... Tingkah laku semai ragu oleh pasangan [pesakit] adalah jalan yang pasti ke arah 'patahnya jiwa' sesetengah [mangsa, malah] bunuh diri dalam situasi-situasi yang paling teruk."[23] Dorpat juga mengamarankan pengamal perubatan supaya berhati-hati apabila menggunakan teknik soal siasat dan menguasai pesakit secara tidak ketara dalam psikoterapi dan analisis. Kaedah-kaedah ini tanpa sengaja boleh memudaratkan pesakit dengan menekan mereka daripada memberikan pesakit bantuan dan menjaga kehormatan mereka.[23]:31–46

Kesedaran global yang meningkat mengenai bahaya semai ragu tidak disambut dengan penuh bersemangat oleh semua ahli psikologi. Ada yang telah memberi amaran bahawa menggunakan istilah ini dengan sewenang-wenangnya boleh melemahkan maknanya dan meremehkan kesan kesihatan yang serius akibat penderaan itu.[12]

Motivasi[sunting | sunting sumber]

Semai ragu ialah cara untuk mengawal situasi, menghentikan konflik, meredakan keresahan dan rasa berkuasa. Walau bagaimanapun, seringkali ia hanya akan memindahkan kesalahan ke bahu orang lain dan mematahkan semangat mangsa.[17] Sesetengah orang mungkin akan menyemai ragu dalam pasangan mereka dengan menafikan kejadian-kejadian, seperti keganasan dan dera.[25]

Kelakuan yang dipelajari[sunting | sunting sumber]

Semai ragu merupakan perangai yang dipelajari. Seorang penyemai ragu belajarnya daripada memerhati. Mereka menyaksikannya, mengalaminya sendiri, atau terjumpanya, dan mendapati ia berkesan dalam mengawal emosi sendiri dan mempengaruhi emosi orang lain.[17] Kajian telah menunjukkan bahawa semai ragu lebih lazim dalam pasangan yang salah satu atau kedua-dua pasangan mempunyai sikap personaliti yang tidak sihat,[26] seperti sikap yang berkaitan dengan penyakit mental jangka pendek (seperti kemurungan), penyakit yang disebabkan oleh bahan (cth, alkoholisme), gangguan mood (cth., gangguan bipolar), kecelaruan resah (cth, PTSD), kecelaruan personaliti (cth, BPD, NPD, dsb.), gangguan perkembangan saraf (cth, ADHD), atau gabungan daripada yang disebut (iaitu, lebih daripada satu berlaku serentak) dan mereka cenderung serta mahir meyakinkan orang lain ragu-ragu akan persepsi sendiri.[27]

Pemulihan[sunting | sunting sumber]

Tidak mudah untuk melepaskan diri daripada situasi semai ragu:

  • Penyemai ragu perlu memahami emosi dan mengawalnya dengan lebih baik,[17] atau;
  • Mangsa semai ragu mesti belajar bahawa mereka tidak perlu bergantung pada orang lain untuk mengesahkan apa yang nyata. Mereka mesti percaya pada diri sendiri dan yakin dalam menentukan realiti sendiri.[28][17]

Penggunaan yang lebih luas[sunting | sunting sumber]

Perkataan "gaslighting" sering disalahgunakan untuk merujuk kepada konflik dan perselisihan faham.[18][29][30] Menurut Robin Stern, PhD, pengasas bersama Pusat Yale untuk Kecerdasan Emosi, "Gaslighting sering digunakan sebagai tuduhan apabila seseorang mungkin cuma berkeras tentang sesuatu, atau seseorang itu sedang cuba untuk mempengaruhi anda. Bukan itu yang dimaksudkan dengan gaslighting."[29]

Sesetengah pakar kesihatan mental telah menyatakan kebimbangan terhadap penggunaan istilah ini dengan lebih meluas akan melemahkannya dan menyukarkan lagi usaha untuk mengenal pasti penderaan khusus dalam takrifan asal.[12][18][30]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tashny Sukumaran (@tashny). (2020, October 22). Are you or have you ever been a victim of gaslighting? X.com. Diarkib 30 Januari 2024 di Wayback Machine.
  2. ^ "APA Dictionary of Psychology". APA.org. American Psychological Association. Dicapai pada 7 July 2021.
  3. ^ "Definition of gaslight (Entry 2 of 2)". Merriam Webster.
  4. ^ Sweet, Paige L. "How Gaslighting Manipulates Reality". Scientific American. Dicapai pada 30 May 2022.
  5. ^ "Gaslight". Oxford English Dictionary. Dicapai pada 25 October 2021. Etymology: from the title of George Cukor's 1944 film Gaslight
  6. ^ Hoberman, J (21 Ogos 2019). "Why 'Gaslight' Hasn't Lost Its Glow". The New York Times. Dicapai pada 23 Ogos 2019. Kata kerja 'to gaslight,' diundi oleh American Dialect Society pada 2016 sebagai perkataan paling berguna/paling mungkin akan menang, dan ditakrifkan sebagai "memanipulasi seseorang secara psikologi untuk mempersoalkan kewarasan mereka sendiri," berasal daripada filem MGM 1944, diarahkan oleh George Cukor.
  7. ^ Wilkinson, Alissa (21 Januari 2017). "What is gaslighting? The 1944 film Gaslight is the best explainer". Vox. Dicapai pada 21 Januari 2017. untuk memahami gaslighting kita perlu pergi ke sumbernya. Gaslight oleh George Cukor. Istilah 'gaslighting' berasal daripada filem itu.
  8. ^ "APA Dictionary of Psychology". APA.org. American Psychological Association. Dicapai pada 7 July 2021.
  9. ^ a b Yagoda, Ben (12 January 2017). "How Old Is 'Gaslighting'?". The Chronicle of Higher Education. Dicapai pada 2 June 2017.
  10. ^ "Definition of gaslight (Entry 2 of 2)". Merriam Webster.
  11. ^ Metcalf, Allan. "2016 Word of the Year" (PDF). American Dialect Society. Dicapai pada 6 January 2017. most useful word of the year
  12. ^ a b c "Word of the Year 2018: Shortlist". Oxford University Press. Dicapai pada 15 November 2018.
  13. ^ Portnow, Kathryn E. (1996). Dialogues of doubt: the psychology of self-doubt and emotional gaslighting in adult women and men (Tesis). Harvard Graduate School of Education.
  14. ^ "Gaslighting at Work—and What to Do About It". Harvard Business Review. 2021. Dicapai pada 14 December 2021.
  15. ^ DiGiulio, Sarah. "What is gaslighting? And how do you know if it's happening to you?". NBC News. Dicapai pada 13 July 2018.
  16. ^ Sarkis, Stephanie (2018). Gaslighting: Recognize Manipulative and Emotionally Abusive People – and Break Free. Da Capo Press. ISBN 9780738284668. OCLC 1023486127.
  17. ^ a b c d e f Stern PhD, Robin (19 December 2018). "I've counseled hundreds of victims of gaslighting. Here's how to spot if you're being gaslighted. Gaslighting, explained". Vox. Dicapai pada 3 January 2019.
  18. ^ a b c Haupt, Angela (15 April 2022). "How to recognize gaslighting and respond to it". The Washington Post. Dicapai pada 21 April 2022.
  19. ^ Barton, Russell; Whitehead, J. A. (21 June 1969). "The gas-light phenomenon". The Lancet. 293 (7608): 1258–1260. doi:10.1016/S0140-6736(69)92133-3. ISSN 0140-6736.
  20. ^ a b Lund, C. A.; Gardiner, A .Q. (1977). "The Gaslight Phenomenon: An Institutional Variant". British Journal of Psychiatry. 131 (5): 533–34. doi:10.1192/bjp.131.5.533. PMID 588872. penerbitan capaian tertutup - di belakang sekatan berbayar
  21. ^ Gass PhD, Gertrude Zemon; Nichols EdD, William C. (18 March 1988). "Gaslighting: A marital syndrome". Contemp Family Therapy. 8: 3–16. doi:10.1007/BF00922429.
  22. ^ Barlow, D. H. (January 2010). "Special section on negative effects from psychological treatments". American Psychologist. 65 (1): 13–49. doi:10.1037/a0015643. PMID 20063906.
  23. ^ a b c d e Dorpat, Theodore L. (1996). Gaslighting, the Double Whammy, Interrogation, and Other Methods of Covert Control in Psychotherapy and Psychoanalysis. Northvale, New Jersey: Jason Aronson. ISBN 9781568218281. OCLC 34548677. Dicapai pada 24 April 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Dorpat1996" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  24. ^ Basseches, Michael (April 1997). "A developmental perspective on psychotherapy process, psychotherapists' expertise, and 'meaning-making conflict' within therapeutic relationships: part II". Journal of Adult Development. 4 (2): 85–106. doi:10.1007/BF02510083. Basseches mencipta istilah "penderaan teoretis" sebagai selari dengan "penderaan seksual" dalam psikoterapi.
  25. ^ Jacobson, Neil S.; Gottman, John M. (1998). When Men Batter Women: New Insights into Ending Abusive Relationships. Simon and Schuster. m/s. 129–132. ISBN 9780684814476. Dicapai pada 6 January 2014.
  26. ^ Miano, Paola; Bellomare, Martina; Genova, Vincenzo Giuseppe (2 September 2021). "Personality correlates of gaslighting behaviours in young adults". Journal of Sexual Aggression. 27 (3): 285–298. doi:10.1080/13552600.2020.1850893. ISSN 1355-2600.
  27. ^ Stout, Martha (14 March 2006). The Sociopath Next Door. Random House Digital. m/s. 94–95. ISBN 9780767915823. Dicapai pada 6 January 2014.
  28. ^ Nelson, Hilde L. (March 2001). Damaged identities, narrative repair. Cornell University Press. m/s. 31–32. ISBN 9780801487408. Dicapai pada 6 January 2014.
  29. ^ a b Holland, Brenna (2 September 2021). "For Those Who Experience Gaslighting, the Widespread Misuse of the Word Is Damaging". Well + Good. Dicapai pada 2 September 2021.
  30. ^ a b Ellen, Barbara (6 July 2019). "In accusing all creeps of gaslighting, we dishonour the real victims". The Guardian. Dicapai pada 6 July 2019.