Senarai watak One Piece

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Siri manga dan anime One Piece mempunyai suatu kumpulan watak yang banyak direka oleh Eiichiro Oda. Siri ini berlatarkan sebuah dunia fiksyen yang mempunyai banyak lanun, askar, revolutionaries dan pengembara lain bertarung sesama sendiri, menggunakan pelbagai kuasa luar biasa. Siri ini mengisahkan tentang pengembaraan sebuah kumpulan lanun mencari harta karun bernama One Piece.

Watak utama dalam One Piece ialah Monkey D. Luffy, lanun muda yang bercita-cita untuk mencontohi Gol D. Roger, Raja Lanun yang telah meninggal dunia, dengan mencari harta karun "One Piece". Dalam perkembangan siri ini, Luffy membentuk sebuah kumpulan lanun, dipanggil Lanun Topi Jerami. Ahli-ahlinya ialah seorang pemegang tiga pedang iaitu Roronoa Zoro, pencuri licik dan pakar pengemudi kapal iaitu Nami, penembak yang penakut dan pencipta iaitu Usopp, chef dan ahli mempertahankan diri iaitu Sanji, doktor yang berupa rusa iaitu Tony Tony Chopper, ahli arkeologi Nico Robin, pembuat kapal yang berupa cyborg iaitu Franky dan tengkorak hidup yang bermain muzik iaitu Brook.

Watak protagonis[sunting | sunting sumber]

Monkey D. Luffy

Watak protagonis dalam One Piece ialah sebahagian daripada Lanun Topi Jerami (Straw Hat Pirates), sebuah kumpulan lanun yang terdiri daripada sembilan orang yang belayar dari East Blue ke Grand Line selepas mendengar tentang sebuah lagenda harta karun One Piece. Namun, semasa mencari harta karun itu, mereka bertembung dengan Kerajaan Dunia (World Government) yang mengganggu perjalanan mereka dan meletakkan ganjaran kepada sesiapa yang menangkap mereka. Asalnya ahli kumpulannya hanya terdiri daripada Monkey D. Luffy seorang, tetapi bilangan ahli kumpulan bertambah kepada sembilan apabila cerita berjalan. Nama kapal pertama mereka ialah Going Merry; apabila ia rosak dan tidak boleh dibaiki, mereka mendapat kapal baru bernama Thousand Sunny. Tahap kekuatan mereka dalam teknik pertempuran amat tinggi dari orang biasa. Setiap ahli mempunyai ganjaran ke atas kepala mereka diturunkan oleh Kerajaan Dunia (World Government), dengan menggunakan mata wang Berries, pada masa ini jumlah keseluruhan ganjaran semua ahli ialah 800,000,050 Berries.

Antara ahli-ahli dalam Lanun Topi Jerami:-

Monkey D. Luffy[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Monkey D. Luffy

Monkey D. Luffy, yang juga dikenali sebagai Budak Topi Jerami dan Budak Getah, ialah kapten Lanun Topi Jerami (Straw Hat Pirates) dan watak utama One Piece. Dalam permulaan cerita, dia secara tidak sengaja makan Buah Getah (Inggeris:Gum-Gum Fruit Jepun:Gomu Gomu No Mi), sebuah Buah Devil yang menyebabkan badannya mempunyai ciri-ciri getah. Selain kebolehan buah devilnya, dia juga mempunyai kuasa Haki yang belum dijelaskan dalam cerita ini.

Roronoa Zoro[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Roronoa Zoro

Roronoa Zoro, atau nama samaran "Pemburu Lanun" Zoro (Inggeris: "Pirate Hunter" Zoro, Jepun: Kaizoku-Gari no Zoro) ialah pemedang yang berlawan dengan tiga pedang, dengan memegang pedang ketiga di mulut. Untuk mengotakan janjinya kepada sahabat lamanya, Kuina, dia berhasrat untuk menjadi pemedang terhebat dunia dengan mengalahkan Dracule Mihawk. Zoro pernah menjadi pemburu lanun untuk menampung perbelanjaan hidup sebelum berjumpa dengan Luffy.

Nami[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Nami

Nami ialah jurumudi dan pencuri dalam Lanun Topi Jerami. Dia mempunyai kebolehan untuk mengesan dan menganalisa perubahan cuaca. Dia juga seorang penyelop saku yang licik. Impiannya ialah untuk melukis peta seluruh dunia. Dalam cerita, Nami berlawan menggunakan kayu unik yang boleh dibengkokkan.

Usopp[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Usopp

Usopp yang mempunyai alias Sogeking ialah penembak dalam Lanun Topi Jerami. Dia seorang pembohong, pencipta berbakat dan pelukis yang berkebolehan. Senjata utamanya ialah lastik, yang dia gunakan untuk tembak pelbagai jenis peluru, antaranya telur busuk dan shuriken hinggalah sos pedas, dan peluru berapi dan bom.

Sanji[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sanji

Sanji ialah seorang chef dalam Lanun Topi Jerami. Dia tahu tentang bagaimana rasanya kelaparan daripada pengalamannya sendiri, jadi dia tidak akan menolak makanan yang diberi. Dia juga seorang yang sangat hormat terhadap wanita, baik kawan mahupun musuh. Impiannya ialah untuk mencari All Blue, sebuah laut lagenda, yang mempunyai semua spesies ikan di dalamnya. Sanji hanya menggunakan tendangan apabila berlawan. Dia memberitahu bahawa tangan seorang chef amat berharga dan tidak harus digunakan apabila berlawan.

Toni Toni Chopper[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Tony Tony Chopper

Toni Toni Chopper ialah doktor dalam Lanun Topi Jerami. Dia ialah seekor rusa kutub dan bertemu dengan Luffy semasa Lanun Topi Jerami singgah di Drum untuk mencari doktor bagi menyelamatkan Nami. Dia telah memakan Buah Hito Hito (ヒトヒトの実 Hito Hito no Mi?) yang menukar pemakannya menjadi orang.

Nico Robin[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Nico Robin

Nico Robin ialah ahli arkeologi dalam Lanun Topi Jerami. Dia seorang yang dikehendaki oleh Kerajaan Dunia sejak dia berumur 8 tahun. Robin telah memakan Buah Hana Hana (ハナハナの実?) yang membolehkan mana-mana bahagian badannya tumbuh pada mana-mana benda hidup lain.

Franky[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Franky

Franky ialah seorang cyborg yang merupakan tukang kapal bagi Lanun Topi Jerami.

Brook[sunting | sunting sumber]

Brook seorang lanun dan juga pemuzik yang telah memakan Buah Yomi Yomi (ヨミヨミの実 Yomi Yomi no Mi?), buah syaitan jenis Paramecia yang membolehkan pemakannya hidup semula setelah mati sekali dan rohnya tinggal pada jasadnya. Di samping itu, Brook Juga merupakan seorang pemedang yang handal. Dua tahun selepas Perang Terhebat, Brook telah berjaya mempelajari kuasa baru bagi Buah Yomi Yomi yang membolehkan rohnya meninggalkan jasad.

Watak lain[sunting | sunting sumber]

Monkey D. Dragon[sunting | sunting sumber]

Monkey D. Dragon ialah ayah kepada Monkey D. Luffy, seorang yang misteri, hanya muncul beberapa kali dan juga merupakan ketua Revolutionary.

Portgas D. Ace[sunting | sunting sumber]

Portgas D. "Penumbuk Berapi" Ace ialah abang angkat Monkey D. Luffy. Dia telah bertarung dengan Marshall D. Teach dan kalah. Marshall D. Teach telah menyerahkannya kepada Kerajaan Dunia (世界政府 Sekai Seifu?) bagi mendapatkan habuan dan sebagai tiket untuknya menjadi salah seorang Shichibukai. Ace mendapat hukuman bunuh dan semasa hukuman, Lanun Whitebeard dan Luffy cuba menyelamatkannya namun dia masih mati dibunuh oleh Akainu walaupun Luffy telah berjaya membebaskannya.

Monkey D. Garp[sunting | sunting sumber]

Monkey D. Garp ialah datuk kandung Monkey D. Luffy dan datuk angkat Portgas D. Ace. Dia ialah seorang Askar Laut berpangkat Laksamana Madya tetapi selepas Perang Terhebat dia meletakkan jawatan tetapi masih menjadi seorang pengajar bagi Askar-askar Laut yang masih baru.

Gol D. Roger[sunting | sunting sumber]

Gol D. Roger ialah Raja Lanun yang dihukum bunuh. Sebelum dia dihukum bunuh, dia mengumumkan bahawa segala hartanya, digelar One Piece ada di Grand Line. Tindakannya itu mencetuskan bermulanya Zaman Lanun Terhebat (大海賊時代 Dai Kaizoku Jidai?).

Buggy[sunting | sunting sumber]

Buggy si Badut Bintang ialah ketua Lanun Buggy. Dia ialah kawan Shanks, juga anak buah Gol D. Roger suatu masa dahulu. Selepas Perang Terhebat, dia senaraikan sebagai Shichibukai oleh Kerajaan Dunia.

Arlong[sunting | sunting sumber]

Arlong ialah kapten Lanun Orang Ikan (魚人海賊団 Gyojin Kaizoku-dan?) yang telah menakluk kampung halaman Nami tetapi telah dikalahkan oleh Luffy. Arlong dan Jinbei, bekas Shichibukai, dahulunya dalam kumpulan lanun yang sama dan berkaptenkan Fisher Tiger (フィッシャー・タイガー Fisshā Taigā?).

Nefertari Vivi[sunting | sunting sumber]

Nefertari Vivi ialah seorang puteri dari negara Alabasta yang tidak sengaja berjumpa dengan Monkey D. Luffy dan rakan-rakannya.Dia juga talah meminta Luffy dan rakan-rakannya membantunya menyelamatkan negaranya daripada Crocodile. Semasa mula-mula bertemu dengan Luffy dan anak kapalnya, Vivi sedang dalam penyamaran dan menggunakan nama Miss Wednesday.

Sir Crocodile[sunting | sunting sumber]

Sir Crocodile seorang bekas Shibukai dan orang yang ingin menakluki sebuah pulau yang bernama Alabasta tetapi dihalang oleh Monkey D. Luffy. Dia memakan buah syaitan jenis Logia Suna Suna yang membolehkannya bertukar menjadi pasir. Dia ialah bekas ketua bagi Baroque Works yang telah bubar dan nama kodnya pada masa itu ialah Mr. 0. Dia bekerjasama dengan Luffy dalam cubaan mereka untuk membebaskan diri dari Impel Down dan turut serta dalam perang hebat antara Marin dan Lanun Whitebeard.

Smoker[sunting | sunting sumber]

Smoker Si Pemburu Putih (白猟のスモーカー Hakuryō no Sumōkā?) ialah seorang Askar Laut yang memburu Luffy sejak Luffy menjejakkan kaki di Loguetown sehingga kini. Dia dulunya berpangkat Kapten kemudiannya menjadi Komodor dan kini sebagai Laksamana Madya. Dia memakan Buah Moku Moku (モクモクの実 Moku Moku no Mi?), buah syaitan jenis Logia, yang membolehkan orang yang memakannya bertukar menjadi asap.[1]

Tashigi[sunting | sunting sumber]

Tashigi ialah seorang Askar Laut yang berpangkat Kapten dan juga seorang pemedang. Dia berkhidmat di bawah Smoker Si Pemburu Putih.

Sengoku[sunting | sunting sumber]

Sengoku si Buddha ialah seorang Askar Laut dan merupakan Laksamana Armada bagi Angkatan Laut.

Silvers Rayleigh[sunting | sunting sumber]

Silvers Rayleigh (シルバーズ・レイリー Shirubāzu Reirī?) yang bergelar Raja Kegelapan (冥王 Mei-Ō?) ialah bekas rakan pertama Raja Lanun, Gol D. Roger. Raleigh tidak mempunyai kuasa buah syaitan tetapi seorang pengguna Haki yang mahir, malahan memiliki kuasa Haki Warna Raja Agung (覇王色の覇気 Haō-shoku no Haki?). Dialah orang yang telah mengajar Monkey D. Luffy menggunakan kesemua tiga jenis Haki dan menganggap Luffy sebagai perantisnya.

Kumpulan dan organisasi lain[sunting | sunting sumber]

  • Yonkou (四皇 Yonkō?, bermaksud Empat Maharaja) yang terdiri daripada Shanks, Marshall D. Teach (menggantikan tempat Edward Newgate), Kaidou dan Charlotte Linlin.
  • Shichibukai (七武海 Shichibukai?, bermaksud Tujuh Dewa Laut) yang terdiri daripada Mihawk, Jimbei, Crocodile (diganti oleh Janggut Hitam, kemudian meletakkan jawatan semula), Boa Hancock, Gecko Moria, Dolflamingo, Kuma dan Buggy
  • Angkatan Laut Tertinggi - Laksamana Angkatan - Sengoku si Budhha
  • Tiga Laksamana iaitu Aokiji (Camar Biru), Kizaru (Monyet Kuning) dan Akainu (Anjing Merah).
  • Gorosei (五老星 Gorōsei?, bermaksud Lima Bintang Tua) – watak jahat terkuat dalam One Piece.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Oda, Eiichiro. "Bermulanya sebuah Lagenda". Lagenda telah Bermula. One Piece 12. Shueisha.