One Piece
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| One Piece | |
| ワンピース (Wanpīsu) | |
| Genre | Aksi, Pengembaraan, Komedi, Shōnen, Drama, Fantasi, Ketenteraan, Misteri |
| Manga | |
|---|---|
| Dikarang oleh | Eiichiro Oda |
| Penerbit | |
| Disirikan dalam | |
| Siaran asal | 4 Ogos 1997 – (masih berjalan) |
| Bilangan jilid | 49 jilid dengan 498 bab (setakat ini) |
| Anime TV | |
| Diarah oleh | Kounosuke Uda |
| Penulis | |
| Studio | Toei Animation |
| Lesen | |
| Rangkaian | |
| Siaran pertama | 20 Oktober, 1999 – (masih ditayangkan) |
| Bilangan episod | 354 dan masih berjalan |
| Filem | |
|
|
| One Piece TCG | |
|
Satu siri permainan kad One Piece diperkenalkan dan dicipta oleh Bandai, tetapi kerana jualan yang tidak memberangsangkan ia ditangguh dahulu. |
|
| Episod khas | |
|
|
| Permainan Video | |
|
Lihat: Senarai permainan One Piece |
|
One Piece atau popular dengan nama Budak Getah di Malaysia merupakan manga dan anime hasil karya oleh Eiichiro Oda. Ia mengisahkan pengembaraan sekumpulan lanun yang mengejar impian masing masing.
Senarai kandungan |
[sunting] Plot
Kisah bermula 12 tahun sebelum era lanun, Raja Lanun Gol D. Roger semasa hari pemancungannya sambil tersenyum telah meninggalkan wasiat, dia menyerahkan harta karunnya One Piece kepada sesiapa sahaja yang menemuinya. Setelah kematian Gol D. Roger ramai orang menjadi lanun dan berlepas ke Grand Line untuk mencari One Piece dan era lanun pun bermula.
One Piece berkisar mengenai seorang lanun muda bernama Monkey D. Luffy yang memulakan pengembaraan dan mengumpulkan anak kapal secukupnya untuk berlayar merentangi Grand Line mencari harta karun legenda One Piece.
Kisah bermula semasa Lanun Shanks rambut merah menjadikan kampung halaman Luffy sebagai pangkalannya. Setelah sekian lama, Shanks telah bersedia untuk meninggalkan kampung Luffy untuk belayar ke Grand Line, pada hari itu Luffy telah menyatakan hasratnya kepada Shanks untuk menjadi raja lanun dan mengumpulkan anak kapal yang jauh lebih hebat daripada anak kapal Shanks. Shanks yang teruja dengan kata-kata Luffy telah mengamanahkannya dengan topi jerami kesayangannya dan meminta Luffy menyerahkannya kembali kepada Shanks setelah Luffy menjadi lanun terkuat kelak.
Di sepanjang pengembaraannya, seorang demi seorang anak kapal telah menyertai Luffy, setiap daripada mereka memiliki keistimewaan tersendiri, termasuklah sikap yang tidak masuk akal dan pendirian yang berbeza namun memiliki suatu persamaan, mereka pernah melalui saat yang sukar dan menyayat hati suatu ketika dahulu dan mempunyai impian hidup sendiri serta semangat setiakawan yang tidak berbelah bagi.
Luffy kemudian menerima sebuah kapal bernama Going Merry atau Merry Go sebagai tanda terima kasih daripada penduduk kampung sebuah pulau. Sepanjang pengembaraan mereka Going Merry telah menerima banyak kerosakkan yang hampir mustahil untuk dibaiki kerana ketiadaan tukang baiki kapal sehinggakan akhirnya mereka terpaksa meninggalkan kapal tersebut dan membakarnya melalui upacara pengkebummian ala Viking sebagai tanda menghormati ahli penting. Luffy kemudian menerima sebuah lagi kapal yang baru daripada salah seorang anak kapal sebagai tanda penghargaan, kapal ini dipanggil Thousand Sunny dan memiliki struktur yang lebih besar dan dibina dari kayu yang paling kukuh dalam dunia serta memiliki banyak kelebihan lain.
[sunting] Tempat kunjungan
Sepanjang pengembaraan Luffy dan teman-temannya telah mengunjungi pelbagai tempat dengan pelbagai latar kebudayaan, setiap tempat yang dikunjunginya mempunyai keunikan yang tersendiri, dari sekecil kecil kampung hinggalah sebesar besar kerajaan. Setiap tempat memainkan peranan yang penting dalam sejarah pengembaraan Luffy.
[sunting] Manga
Manganya bermula pada 1997 di Shonen Jump isu 34 terbitan Shueisha dan hingga kini ceritanya masih berterusan. Versi televisyennya pula bermula pada Oktober 1999 di Fuji TV. One piece merupakan karya Oda yang berkisahkan pengembaraan Monkey D. Luffy dalam mengotakan janjinya kepada Shanks (lanun yang menyelamatkannya daripada lemas dan dimakan oleh Sea King) untuk menjadi Raja Lanun yang seterusnya selepas zaman kegemilangan Raja Lanun paling masyhur di dunia iaitu Gol D. Roger.
Luffy menempuh pelbagai cabaran dan halangan yang menarik dan dalam misinya iaitu menjejaki One Piece-harta karun tinggalan Gol D. Roger yang menjadi rebutan para lanun-lanun yang datang ke Grand Line. Sepanjang pengembaraannya, Luffy merekrut anak kapalnya seorang demi seorang bermula dengan Roronoa Zoro, seorang pemedang yang bercita-cita menjadi pemedang terhandal di dunia sehingga namaya di dengar di syurga, Usopp seorang lelaki pengecut dan pembohong yang ingin mengikut jejak langkah ayahnya Yasopp (penembak tepat dalam krew kapal Shanks) untuk menjadi wira di laut, Sanji seorang tukang masak terhandal di East Blue yang sentiasa jatuh cinta pada gadis cantik dan mempunyai cita-cita untuk menjejaki All Blue, Nami si pencuri merupakan perempuan mata duitan tetapi pelayar atau jurumudi kapal terhebat yang bercita-cita melengkapkan peta dunia, Chopper -rusa kutub yang yang memakan buah syaitan yang memberikannya sifat manusia yang mencari ubat yang dapat menyembuhkan segala penyakit dan Robin, seorang ahli sejarah dan satu-satunya manusia yang boleh membaca batu bersurat misteri berbentuk tinggalan zaman kuno-misinya ialah membongkar sejarah dunia yang dilindungi oleh Kerajaan Sedunia.
Setakat ini ahli terbaru krew kapal Luffy ialah Franky, tukang kapal yang menghapusnya cita-citanya membina kapal terhebat di dunia setelah kematian penjaga dan majikannya Tom (pembina kapal Gol D. Roger) yang melindunginya dari ditahan oleh Kerajaan Sedunia. Kisah pengembaraan Luffy menjadi semakin menarik kerana plotnya yang segar dan terdapat pelbagai kejutan.
[sunting] Watak utama
Kumpulan Lanun Topi Jerami:
- Monkey D. Luffy (kapten kapal)
- Roronoa Zoro (pemedang)
- Usopp (penembak tepat)
- Sanji (tukang masak)
- Nami (jurumudi pelayaran)
- Tony Tony Chopper (Doktor)
- Nico Robin (ahli arkeologi)
- Franky (pembaiki kapal)
- Brook (ahli muzik dan pemedang)
[sunting] Watak lain
- Monkey D. Dragon (Ayah Luffy)
- Portgas D. Ace (Abang Luffy)
- Monkey D. Garp (Datuk Luffy)
- Gol D. Roger (bekas Raja Lanun)
- Morgan si Tangan Kapak
- Buggy si Badut (kawan Shanks, juga anak buah Gold Roger pada masa dulu)
- Arlong (manusia ikan)
- Commodore Smoker dan Tashigi
- Yonkou (4 Maharaja) iaitu Shanks, Whitebeard, Kaidou dan Monkey D. Dragon
- Shichibukai (7 dewa laut)
- Angkatan Laut Tertinggi
- Jeneral Armada Tentera Laut, Sengoku diikuti 3 Admiral iaitu Aokiji (Camar Biru), Kizaru (Monyet Kuning) dan Akainu (Anjing Merah).

