Seriawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seriawan atau sariawan (Vesicular aftosa , Vesicular aphtosa ) adalah suatu kelainan pada membran mukus mulut berupa luka pada mulut yang berbentuk tompok berwarna putih kekuningan dengan permukaan agak cekung . Munculnya seriawan ini disertai rasa sakit yang tinggi.

Seriawan merupakan penyakit kelainan mulut yang paling sering dijumpai . Sekitar 10 % dari penduduk menderita dari penyakit ini , dan wanita lebih mudah terserang daripada lelaki .

Ada beberapa faktor penyebab yang diduga menjadi penyebab munculnya seriawan , seperti luka tergigit , mengambil makanan atau minuman panas , alahan , kekurangan vitamin C dan zat besi , kelainan pencernaan , kebersihan mulut tidak terjaga , faktor psikologi , dan keadaan badan yang tidak fit .

Seriawan di tempat yang sama selama dua minggu hingga satu bulan boleh dijadikan indikasi adanya kanser rongga mulut. Vesicular Aphtous / Ulcer bukan hanya disebabkan kerana kekurangan Vitamin C , namun sebaliknya SA dikenali disebabkan oleh alergi limau atau makanan yang mengandungi asid , keadaan imun yang lemah , tindak balas alah terhadap ubat-ubatan tertentu , trauma fizikal ( ataupun penggunaan gigi palsu baru ), dsb.

Penyakit kekurangan vitamin C sendiri adalah skurvi atau kegagalan proses sintesis kolagen yang ditandai dengan gusi mudah berdarah , pendarahan kulit ( purpura ) dsb