Serigala barat laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Serigala barat laut
Julat zaman: Hujung Pleistosen - kini
C. l. occidentalis at the Grizzly and Wolf Discovery Center at West Yellowstone, Montana.
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Famili: Canidae
Genus: Canis
Spesies: C. lupus
Subspesies: C. l. occidentalis
Nama trinomial
Canis lupus occidentalis
Richardson, 1829
Wilayah C. l. occidentalis (hijau)
Sinonim

Serigala barat laut (Canis lupus occidentalis), juga dikenali sebagai serigala Lembah Mackenzie[3] atau serigala balak utara[1] ialah satu subspesies serigala kelabu yang berwilayah dari hulu Lembah Sungai Mackenzie, ke selatan ke dalam Alberta tengah.[3] Bersama dengan C. l. nubilus, C. l. occidentalis ialah anggota paling meluas daripada kelima-lima subspesies serigala kelabu di Amerika Utara, dengan sekurang-kurangnya enam sinonim berlainan.[1]

Subspesies ini pertama kali dituliskan oleh ahli alamiah Scotland Sir John Richardson pada 1829. Beliau memilih untuk memberinya nama occidentalis ("barat") sebagai rujuk kepada lokasi geografinya lebih daripada dengan warnanya, kerana mewajarkan warnanya adalah terlalu berubah-ubah.[4] Analisis-analissi filogenetik bagi serigala kelabu Amerika Utara menunjukkan bahawa terdapat tiga klad yang berpadanan dengan C. l. occidentalis, C. l. nubilus dan C. l. baileyi, setiap satu mewakili invasi terpisah ke Amerika Utara daripada leluhur Eurasia tersendiri. C. l. occidentalis, subspesies paling barat laut, diturunkan daripada serigala kelabu terakhir untuk mengkolonisasi Amerika Utara. Ia mungkin sekali menyeberang ke Amerika Utara melalui jambatan darat Bering selepas zaman ais terakhir, menyesarkan populasi C. l. nubilus apabila melanjut, suatu proses yang telah berterusan sehingga kini.[1]

Serigala barat laut merupakan salah satu daripada subspesies serigala terbesar dengan jantan dewasa berberat antara 100–135 lb (45–61 kg).[5] Spesimen tercatat terberat dibunuh di Sungai 70 Batu di Alaska timur-tengah pada 12 Julai 1939 dan berberat 79.4 kg (175 lb).[6] Sir John Richardson memerihalkan serigala barat laut sebagai mempunyai binaan lebih teguh daripada serigala Eropah, dengan kepala lebih besar dan lebih bundar dan muncung lebih tebal dan lebih cakah. Telinganya juga lebih pendek, dan bulunya lebih lebat.[4]

Di Taman Negara Yellowstone, serigala barat laut yang ditempatkan semula secara buatan telah didokumenkan dengan baik memakan elk. Ia biasanya merempuh kawanan elk dengan menggunakan kerja sepasukan kawanan untuk memisahkan elk lebih muda daripada yang dewasa. Ia juga akan menyerang anak elk muda yang terpisah daripada induknya. Elk yang lemah musim sejuk atau sakit juga memainkan peranan penting bagi diet serigala Yellowstone dan melebihi 50 peratus dairpada elk lemah musim sejuk atau sakit di Yellowstone dianggarkan dibunuh oleh serigala. Daripada ini, kira-kira 12 peratus bangkai dimakan oleh pemangsa lain seperti raven atau koyote.[7] Di taman negara sama, serigala juga memangsakan bison, tetapi serangan sedemikian biasanya melibatkan haiwan sakit atau anak, kerana bison boleh membunuh serigala dengan mudah dengan telapuknya.[8] Serigala barat laut bertanggungjawab untuk beberapa serangan terhadap manusia yang juga ketara dengan sekurang-kurangnya dua serangan maut pada abad ke-21 yang melibatkan kedua-dua mangsa dimakan separa: pada 2005, seorang lelaki dibunuh di Saskatchewan, Kanada,[9] sementara pada 2010, seorang wanita dibunuh semasa berjoging dekat dengan Tasik Chignik di Alaska.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 Chambers SM, Fain SR, Fazio B, Amaral M (2012). "An account of the taxonomy of North American wolves from morphological and genetic analyses". North American Fauna 77: 1–67. Diperoleh pada 2 Julai 2013. 
  2. 2.0 2.1 Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M. Mammal Species of the World (edisi ke-3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494. 
  3. 3.0 3.1 Mech, L. David (1981), The Wolf: The Ecology and Behaviour of an Endangered Species, Akhbar Universiti Minnesota, ms. 352, ISBN 0-8166-1026-6
  4. 4.0 4.1 Richardson, J. (1829) Fauna boreali-americana, or, The zoology of the northern parts of British America, London : J. Murray [dll.], ms. 60-65
  5. Table listing the 1996 Northwestern wolves introduced into Idaho. Forwolves.org (1 November 2002). Dicapai pada 29 Disember 2012.
  6. Lopez, Barry H. (1978). Of Wolves and Men. J. M. Dent and Sons Limited. ms. 18. ISBN 0-7432-4936-4.
  7. "Yellowstone Elk". Perkhidmatan Taman Negara. 
  8. "Wolf -Bison Interactions in Yellowstone National Park". Universiti Nebraska. 
  9. McNay, M. E. (2007) "A Review of Evidence and Findings Related to the Death of Kenton Carnegie on 8 November 2005 Near Points North, Saskatchewan". Jabatan Ikan dan Buruan Alaska, Fairbanks, Alaska.
  10. Butler, L., B. Dale, K. Beckmen, dan S. Farley. 2011.Findings Related to the March 2010 Fatal Wolf Attack near Chignik Lake, Alaska. Wildlife Special Publication, ADF&G/DWC/WSP-2011-2. Palmer, Alaska.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]