Sesil (motiliti)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rumpun Hydra yang rata-rata sesil melekat pada substrat

Sesil merupakan sifat biologi organisma yang tiada kaedah bergerak alih. Organisma sesil yang tiada motiliti semula jadi biasanya tidak dapat bergerak alih (berjalan). Ini berbeza daripada makna sesil dalam bidang botani yang merujuk kepada organisma atau struktur biologi yang dilekatkan secara langsung oleh dasarnya tanpa tangkai.

Organisma sesil dapat bergerak melalui daya luaran (seperti arus air), tetapi biasanya melekat secara berkekalan pada sesuatu objek. Sestengah organisma sesil seperti karang menghasilkan substrat sendiri untuk tumbuh, walhal yang lain tumbuh dari pepejal seperti batu, batang pokok mati, atau objek buatan manusia seperti pelampung atau lambung kapal. [1]

Mobiliti[sunting | sunting sumber]

Haiwan sesil biasanya mempunyai fasa motil (bergerak alih) dalam perkembangannya. Bunga karang mempunyai peringkat larva yang motil sebelum menjadi sesil sewaktu matang. Sebaliknya, banyak ubur-ubur berkembang sebagai polip yang sesil pada awal kitaran hidup mereka.

Cochineal merupakan sejenis serangga sesil yang hidup dengan menduduki pokok kaktus pada peringkat dewasa, tetapi pada peringkat larva (nimfa), ia berpencar ke merata tempat untuk mencari sumber makanan. Setelah hinggap di atas daun kaktus, ia menghasilkan filamen lilin yang panjang. Kemudian ia bergerak ke tepi daun kaktus di mana angin meniupi filamen lilin dan membawa larva cochineal yang kecil ke perumah baru.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan haiwan sesil termasuk bunga karang, batu karang, dan Hydra, mampu melakukan pembiakan aseksual di kedudukan asal secara penunasan. Organisma sesil seperti teritip dan tunikat memerlukan suatu mekanisme untuk memindahkan anaknya ke wilayah baru. Inilah sebabnya mengapa teori yang paling umum diterima untuk menjelaskan evolusi tahap larva ialah perlunya organisma berkenaan untuk melakukan penyebaran jarak jauh. Kajian ahli biologi Wayne Sousa pada tahun 1979 dalam gangguan antara perbani (intertidal) menambahkan sokongan untuk teori struktur komuniti tak seimbang (nonequilibrium community structure) dengan hujah bahawa perlunya ruang terbuka diperlukan memelihara kepelbagaian dalam kebanyakan komuniti organisma sesil. [2]

Perkumpulan[sunting | sunting sumber]

Kupang spesies Mytilus edulis adalah sesil dan bersifat berkumpul

Selalunya bagi organisma sesil, banyak individu dalam suatu spesies berkumpul menjadi satu kawanan untuk manfaat semua, seperti yang dapat diperhatikan di terumbu karang dan populasi cochineal. Ini membolehkan pembiakan lebih cepat dan perlindungan yang lebih kukuh dari pemangsa.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pechenik, Jan (2016). Biology of the Invertebrates. ISBN 9781497006515.
  2. ^ Sousa, Wayne P. (1979). "Disturbance in Marine Intertidal Boulder Fields: The Nonequilibrium Maintenance of Species Diversity". Ecology. 60 (6): 1225–1239. doi:10.2307/1936969.
  3. ^ James H. Thorp; Alan P. Covich (2001). Ecology and Classification of North American Freshwater Invertebrates. Academic Press. m/s. 213. ISBN 0-12-690647-5.