Ubur-ubur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ubur-ubur
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Cnidaria
Subfilum: '''Medusozoa'''
Kelas: Skifozoa
Order: (sila lihat di bawah)
Famili: Rencana am
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Susunan:
Stauromedusae
Coronatae
Semaeostomeae
Rhizostomae


Ubur-ubur (juga dikenali sebagai ampai-ampai) merupakan haiwan yang tergolong dalam filum cnidaria, termasuk dalam kelas biologi skifozoa. Ia juga digunakan bagi merujuk kepada kelas biologi yang berkait dengan medusa (hidrozoa) dan ampai-ampai kotak (box jellyfish) (Cubozoa). Hampir kesemua ampai-ampai tinggal di laut dan walaupun mereka kekurangan struktur, organ mereka mempunyai ciri-ciri tisu khas.

Bentuk ampai-ampai dewasa terdiri daripada 95-99% air. Kesemua spesies terdapat di kesemua lautan dunia, kecuali beberapa spesies yang tinggal di air tawar. Kebanyakan ampai-ampai terapung bebas yang makan ikan dan zooplankton kecil yang terperangkap dalam sesungut mereka. Ampai-ampai mempunyai sistem penceranaan yang tidak lengkap, bererti bukaan yang sama digunakan untuk memasukkan makanan dan mengeluarkan najis. Mereka merupakan Coelenterates yang bererti "perut lopong" (hollow gut), dan terdiri daripada lapisan kulit epidermis, gastrodermis dan lapisan seperti gel yang dipanggil mesoglea yang memisahkan epidermis dari gastrodermis.

Ampai-ampai berenang dengan kuasa denyutan yang dikawal oleh otot-otot dan sarafnya. Alat pengimbang udara yang terdapat pada tubuhnya membolehkan ampai-ampai terus terapung atau tenggelam. Sesungut yang terdapat pada ampai-ampai digunakan sebagai senjata dengan menyengat mangsanya. Ikan dan juga manusia boleh menjadi lumpuh jika terkena sengatan ampai-ampai ini.

Anti Venom Untuk Sengatan Obor-obor Kotak

Cuka boleh digunakan untuk menatrulkan bisa obor-obor kotak dengan mencurahkan cuka di atas bekas sengatan obor-obor kotak itu. Tetapi bekas sengatan obor-obor kotak akan kekal pada kulit. Rawatan ini perlu dilakukan dalam masa 3 minit selepas disengat obor-obor kotak kerana mangsa akan mati selepas 3 minit. Namun rawatan ini di dalam sesetengah kes mangsa terselamat namun ada juga sebaliknya.